PERSONALITI

‘Treat your makeup like jewelry for the face. Play with colors, shapes, structure – it can transform you.’ Francois Nars

Kata-kata di atas pilihan jurusolek Siti Khadijah Ismail. Katanya bukankah barang kemas sesuatu yang amat berharga, begitulah wajah kita ia adalah harta terbesar, masakan ia boleh diperlakukan begitu sahaja. ‘Layan, jaga dan ‘pamper’ ia sebaiknya. Untuk menambah seri pada muka, maka bermainlah dengan warna-warna.”

Dilahirkan di Kampung Baru Kuala Lumpur, katanya sejak usia 15 tahun dia sudah menunjukkan minat dalam dunia solekan sementelah ibu saudaranya juga ialah seorang mak andam. Minatnya pula tidak ditentang oleh ibunya, jadi waktu terluang selepas sekolah, kala anak-anak gadis lain barangkali leka mendengar muzik mahupun bersembang-sembang, dia bermain dengan warna-warna alat solek, modelnya dirinya sendiri dan bila dia sudah selesa dengan solekannya, mula lah dia menyolek kawan-kawan. 

“Ilmu menyolek memanglah kena belajar dengan orang yang pakar untuk mendapat teknik terbaik, tetapi yang lebihnya ialah mesti rajin melatihkan diri, menyolek dan terus menyolek.”

Membahasakan dirinya sebagai Ct, hari ini Ct lebih senang bekerja di set-set persembahan/pertunjukan di stesen-stesen tv khasnya di Astro. Ct juga kerap dijemput untuk solekan pengantin dan membuat solekan ruangan fesyen dan hiasan kulit majalah-majalah tempatan.

“Menjadi jurusolek atau ringkasnya MUA, nampak kerjanya senang dan glamor kata orang tetapi bagi Ct, ia satu tanggungjawab yang besar.  Tak tahu di mana glamornya tetapi tugas seorang MUA adalah mencantikkan orang dan ini bukan kerja mudah. Jurusolek perlu ‘study’ betul-betul wajah insan yang akan disolek, dan banyak ‘preparation’ yang perlu dilakukan sebelum ke set.”

“Saya memulakan kerja dengan berbincang dahulu dengan editor kecantikan (kalau untuk majalah) dan penyelaras set untuk satu-satu pertunjukan. Saya mesti mendapatkan maklumat akan tema dan konsep dan hal-hal lain yang bersangkutan, jadi beberapa hari sebelum jadual,  kebiasaannya editor akan memberitahu perincian tentang shooting. Untuk itu selalunya gambar wajah yang bakal disolek akan dihantar (lainlah kalau sudah kenal orangnya). Kalau kenal orangnya dan dengan konsep diberikan saya sudah boleh merancang yang terbaiknya. Persediaan seterusnya ialah menyediakan bag solekan. Sebagai jurusolek kami punya bagasi-bagasi alat solek, yang demikian, setelah mengetahui perincian shooting menjadi mudah untuk menyediakan apa yang patut dibawa dan yang perlu ditinggalkan. Tidak kurang masa diambil untuk idea-idea solekan seperti dirancang.

“Oh ya, yang amat penting ialah kelengkapan seperti berus-berusnya mesti tip top condition. Selalunya hal pertama yang saya lakukan, selepas setiap shooting, sebelum saya tidur saya akan mencuci bersih semua peralatan yang digunakan.

“Dan ada satu bag solek khas yang sedia untuk dibawa ke mana sahaja, selalu juga ada peristiwa tidak dirancang dan kalau Ct free, Ct buat. Kerja kami ini tiada waktu tertentu, ada masa banyak job, ada masa kurang dan hari minggu adalah hari yang paling sibuk buat mana-mana MUA.” 

Majalahwm.com sempat menerumah Ct ketika beliau menjadi tetamu MajalahWM.com siaran secara langsung ‘Sepetang Bersama WM’. Ikuti temu ramah Editor Gaya Hidup, Jantra Naqiah dengan Siti Khadijah Ismail yang berlangsung cuma 15 minit kerana Ct ada lagi temujanji pada sebelah petang. 

Sedikit latar belakang anda, ahli keluarga dan kerjaya?

“Ct orang Kampung Baru, Kuala Lumpur. Adik beradik tujuh orang dan Ct yang nombor tiga. Anak perempuan sulung dan anak Ct sendiri tiga orang, semua lelaki. Ct bermula dengan andaman pengantin, hiasan pelamin dan gubahan. Sekarang Ct hanya buat mekap dan menjahit (tailor), sambil itu membantu suami business MBE Courier ETC.”

Sudah berapa lama terbabit dalam dunia kecantikan, dan apa paling menyeronokkan sebagai MUA?

“Ct bermula dengan andaman pada 1987 dan paling Ct seronok bila Ct mengajar orang dan kawan-kawan yang berminat dengan kecantikan, dan orang yang kita mekap sangat-sangat puas hati dengan hasil mekap kita.”

Anda banyak memberi khidmat di stesen ASTRO, sedikit mengenai tugas. Siapa yang disolek dan untuk rancangan apa?

“Tugas bila kita dipanggil kita tidak akan menolak malah kita memang minat dengan solekan. Antara programnya termasuk DAC Maharaja Lawak, Karaoke SuperStar dan I Am Model serta Miss World Plus dan banyak lagi.”

Apa beza Mak Andam dengan MUA?

“Beza Mak Andam, ia penuh dengan teliti penjagaan pengantin. Dari rambut hingga ke kaki… baik luaran mahupun dalaman. Selagi tidak selesai selagi itu Mak Andam tak boleh balik.

“MUA pun tidak kurang hebatnya tetapi penjagaan teliti tidak ada, berbeza kan. Ada MUA lengkap dengan dandanan rambut tapi ada juga MUA yang tidak nak buat dandanan, ini yang bezanya Mak Andam dan MUA.”

Masih mengadam pengantin dan apakah anda menggunakan jampi serapah Mak Andam yang selalu dibuat oleh mak andam?

“Masih dengan tugas keduanya. Ct hanya berselawat dan  membaca ayat-ayat pelindung supaya semuanya berjalan lancar. Ini ‘hadiah’  turun temurun daripada nenek Ct dan mak dan juga makcik-makcik Ct.”

Orang melihat kerja menyolek mendandan ini kerja yang glamor, pandangan anda?

“Hahaa, ikut pada diri masing-masing tetapi bagi Ct kerja masing-masing (kata orang tua-tua)..kalau itu dah rezeki kita, alhamdulilah dan yang penting jangan lupa diri, jangan meninggi diri dan sentiasa beringat insha Allah. Glamor tak ke mana, janji kerja dan hasil itu ikhlas dan bagus.”

Bagaimana melayan pelanggan yang sombong dan tidak puas hati dengan solekan?

“Alhamdulilah Ct tidak pernah mendapat pelanggan sombong sebab bila Ct bercerita Ct tak tahu dan tak nampak ada yang sombong dalam hubungan kerja Ct. Namun kalau ada pun yang tak puas hati selalunya warna gincu, kita tukarkan saja pasti okay. Pelanggan berbeza-beza ada yang suka bibir terang dan ada pula yang warna tidak terang, kita yang olahkan keadaan majlis, kita yang tentukan tak menjadi masalah.”

Produk apa yang anda gunakan untuk menyolek?

“Mak Andam dan MUA pasti menggunakan alat-alat yang baik dan bagus seperti kosmetik Tart, Dior, NARZ, MAC dan NRC antara. Ini juga yang Ct gunakan.”

Apakah anda mengikuti trend solek, dan apa trend solekan terkini?

“Kita mesti ambil tahu tentang trend kerana itu Ct banyak check Utube dan website solekan. Setiap musim pasti ada pembaruan dalam solekan dan kita kena peka keadaan sekeliling dunia solekan dan dandanan.”

Agaknya berapa jenis produk yang perlu ada untuk mendapatkan hasil yang memuaskan dan cantik?

“Kita harus tahu BASIC mekap kerana itu yang penting dan selebihnya ikut kreativiti anda.” 

Perlukah seseorang wanita itu sentiasa dalam keadaan cantik dan berhias bersolek?

“Harus dan mesti. Harus sebab kita cantikkan diri untuk suami dan Mesti sebab kita seorang wanita yang berabab dan wanita mestilah dilihat cantik selalu.”

Mengapa solekan untuk pengantin perlu tebal dan very detail?

“Pengantin adalah raja sehari, pasti tumpuan tetamu dan ahli keluarga adalah pada pengantin. Seharusnya dia dilihat cantik, tidak semestinya tebal tetapi solekannya mesti lain daripada hari-hari biasa. Pada Ct inilah waktu yang paling dinantikan oleh raja sehari, kalau sama saja, tidak  ada wow!”

Siapa selebriti yang anda rasa sangat cantik dan kenapa dia?

“Semua selebriti cantik-cantik, itu kan ciptaan Allah.”

Siapa ikon cantik anda?

“Ikon cantik di mata Ct ialah ibu Ct. Arwah seorang yang paling cantik di mata Ct dan tiada tandingnya. Bukan sahaja wajahnya yang jelita tetapi peribadinya yang sungguh mulia, arwah disayangi semua.”

Pengertian cantik itu sendiri bagi anda?

“Cantik tidak mengenal usia, betul tidak kenal tua atau muda. Jadinya pada usia berapa pun setiap wanita mesti bersiap supaya setiap masa nampak segar, anggun dan ceria, itu pengertian Ct. Ya, jangan tunggu hendak ke majlis baru bersiap. Di rumah ada suami, dan anak menantu. Kita mahukan keceriaan di mana-mana. Pada Ct hari-hari mesti happy dan hari-hari mest nampak ceria, alat solek amat membantu dalam hal ini.”

Adakah anda berbelanja banyak pakaian dan penjagaan wajah?

“Haha…soalan yang tidak boleh lari. Ya Ct cukup berminat dengan baju-baju dan tidak perlu pun yang  berjenama besar asal cantik dan bermutu tinggi. Pada Ct kualiti amat penting berbanding kuantiti. Dan kalau rasa sesuai Ct tidak terangak untuk membelinya biarpun mahal sedikit, alah membeli menang memakai, terutama pada kasut, Ct suka simple dan look great.”

Produk kecantikan apa yang mesti ada dalam tas tangan wanita kalau tas itu cuma boleh memuatkan satu atau dua produk cantik atau alat solek?

Yang penting  gincu matte pink @ oren, dan oleh dijadikan blusher dan gincu serta maskara.

Pada usia seorang wanita itu menjejaki 40 tahun ke atas, apa yang harus dia lakukan dan tidak boleh ditinggal supaya dia awet muda?

“Rajin memakan supplemen kerana dalaman wajib dijaga sekarang kalau sebelumnya tidak begitu diambil perhatian. Banyak produk- produk di pasaran menjaga kulit dan kesihatan luaran dan dalaman kita. Dan ‘makeup can make a woman look more beautiful at any age.”

Sampai bila hendak menjadi jurusolek?

“Selagi Allah mengizinkan Ct menyolek orang, selagi itu Ct akan buat kerja ini, Insha Allah.”

Peristiwa yang tidak boleh anda lupakan?

“Oh ini cerita sedih. Bila kak Wirda hubungi Ct beritahu Didie Nasir meninggal dunia, air mata Ct mengalir laju. Ct mengenalinya masa membuat shooting cover majalahWM. Sambil menyoleknya Didie bercerita mengenai penyakit kanser. Dia suka sangat solekannya pagi itu. Dia kata lama juga dia tidak borsolek beria-ia, kalau tidak sering juga dia keluar di majalah dan pergi event, mestinya bersiap sakan. Katanya kadang-kadang untuk menghilang rasa jemu di rumah, dia bermain juga dengan mekap di meja soleknya. Dulu katanya rambutnya panjang berkilat, dek kanser dia memotong pendek, mudah diurus. Sedih, bila mengetahui Didie yang masih muda pergi buat selama-lamanya.”   

Your quotes about beauty?

“Beauty is power. And makeup is something that really enhances that, it’s a woman’s secret.”

Related posts

Rasa Rosz Lahir Daripada Rasa Ingin Memberi

admin

Vanessa Kirby The Newest Cartier Ambassador

admin

Penata Gaya Rambut Profesional Albert Nico Bercakap Tentang Buku Fotografi Terbitannya

admin

Leave a Comment