EYE ME

NASIHATKU UNTUK  2025

Dua puluh tahun terpenjara dalam rumah sendiri. Dijadikan seperti hamba.
Hati tersiksa jiwa merana.
Apakan daya, aku insan biasa
Pedih, kurasa jiwaku dihina
Hanya linangan oh air mata
Menjadi teman kala duka

Ya Tuhan, kenapa ini semua boleh terjadi? Kerana sayang kata kamu. Tetapi bukankah diri amat tersiksa? Allahu akbar. Kamu, antaranya? Jangan tunggu esok untuk bangun dan bertindak segera. Hidup ini sementara. Terlalu singkat untuk sekian lama derita itu ditanggung. Kamu ada hak merasai nikmat sebuah kehidupan. 

Let’s meet in another life
Where fate ain’t so cruel
And we can wave to each other
From the very steps of our front doors

Tanggal 1 Januari 2025, maka bermulanya tahun yang baru. Start a new path. Tolong katakan goodbye to old habits, problems and difficulties. A new year is a new beginning. Seperti ia baru dilahirkan maka bersihkan segala kekotoran. Baiki apa yang tersembunyi dari dirimu, nescaya Allah akan memperbaiki apa yang terlihat daripada dirinya.Tidak selamanya orang yang dekat dengan kamu akan sentiasa dapat menolongmu. Dan tidak selamanya orang yang biasa kamu harapkan akan terus hadir di sisimu.

Benar setiap orang diuji tetapi tetap dibolehkan untuk kamu keluar daripada takdir yang satu itu kepada takdir yang lain. Kerana Allah swt tidak akan mengubah nasib seseorang tanpa usaha daripada orang itu sendiri. Semuanya terpulang kepada keputusan kamu. Kerana tujuan hidup kita adalah menjadi bahagia. Dan jangan buang waktu untuk membuktikan dirimu pada mereka yang tidak pernah peduli.

Hari ini saya mahu bercerita tentang apa yang saya fahami dan alami daripada pengalaman.

Hari yang berlalu biarkan ia berlalu. Jangan lagi bercerita mengenai masalah lama setiap kali kamu dan pasangan bersama. Atau bila bertengkar kamu membuka kisah lama yang sudah pun diselesaikan. Berbuka balik kisah silamnya yang hitam, tidak akan membawa kepada kebaikan malah memulakan semula kekeruhan dalam hubungan. 

Kalau kamu masih bersama, apakah itu yang kamu mahukan? Not like women, men normally forget everything after any incident. 

Kalau kamu upset, kerana ada yang tidak kena, just tell him about it. Saya teringat apa kata arwah suami kepada saya, “kadang I tidak tahu apa yang you nak marahkan. Cakap yang terbuku di hati. Bermasam muka, merajuk, eh tidak payahlah. Semua itu buang masa.” Kemudian saya faham semua adegan tadi tidak membuatnya mahu mengatakan dia berasa bersalah. Lalu apa, good communication is very important. Otherwise, they don’t know what we are thinking and they don’t like seeing our angry mood each and every day.

Saya melihat ramai isteri, sementelah dia merasakan suaminya orang baik, lalu dia pun naik tocang. Do not boss him around. Atau kamu hendak dia saja ikut cakap kamu. Kami pernah melancong bersama dengan beberapa kawan yang juga membawa pasangan masing-masing. Sang isteri asyik mahu suaminya mengikut katanya, “I kata I nak makan di situ, tempat sama semalam, eh you tidak ingat ke tempat kita makan semalam dan semalamnya.” “But why darling, we are in London, let’s go to another restaurant which is also halal, and let’s try some new dishes.” Dan si isteri menjawab, “you ni tidak reti bahasa ke, I kata i nak makan yang sama seperti semalam.” Suami diam, termalu dengan kami, dan ikutlah kemahuan isteri. Isteri langsung tidak peduli sang suami lapar, yang penting dia menang dan dia kenyang. 

Inikah sifat seorang isteri yang baik? Dan bila kami mendengar mereka berpisah, kemudian sang isteri bercerita pula suaminya curang, lalu kahwin satu lagi,  tidak seorang pun daripada geng kami simpati kepadanya, sebaliknya mengatakan tindakan si suaminya itu adalah yang terbaik. 

Berikan dia sedikit kebebasan. Ya baik suami mahukan isteri, jangan kongkong dia terlalu. Berikan dia masa untuk bersama kawan-kawannya. Kamu juga, bukan kah ada masa kamu mahu bersama-sama kawan kamu juga. Siapa kata bila sudah berkahwin kamu mesti pergi ke sana sini dengan pasangan? Dia juga punya kawan sebelum kamu menjadi kawannya, sebelum kamu menjadi isteri atau suaminya. Nah, it gives them a chance to relax their minds. Dan jangan asyik mengganggu bila dia bersama mereka, menghubungi setiap dua minit dan bertanya jam berapa nak balik, you dengan siapa, dia cakap apa, hah… dia benci, dan lagi benci kalau kamu kemudian buat spot check.  

Jangan bandingkan dia dengan orang lain, sekalipun orang itu ayah kamu sendiri. Mengapa you tidak seperti father I, he is so loving, understanding, so caring, so and so many so. Mahupun membandingkan dengan sesiapa sahaja. “Sayang, suami kawan I, dia tidak seperti you, you, birthday I pun you lupa. I bukan hendak you belikan I rumah ke, kereta BMW ke, I hanya hendak you sayang I aje, susah ke?” Stop. If you love him truly, why do you want to make some comparisons? 

Hem, menjadi lelaki tidak bererti dia membuat segalanya. Kerana isteri berpegang kepada kata ulama, “ya isteri yang enggan memasak tidak dianggap derhaka (nusyuz). Isteri tidak wajib memasak untuk suami, isteri tidak wajib basuh baju suami.” Lalu tanya suami, “habis isteri hendak buat apa?” 

Begitu pun ramai isteri mengadu kerja rumah semua tertanggung atas bahunya sebab bila suami meminta tugas-tugas itu dilaksanakan oleh sang isteri, wajib isteri mentaatinya. 

Apa salahnya suami yang mengemas bilik, menolong menyusukan dan memandikan bayi. Apa salahnya lelaki, kalau kamu mahu makan, kamu masak sendiri? Isteri juga kalau kamu rasa beras sudah habis, dan dia sibuk, kamu pergilah ke kedai membelinya. Saya ada seorang saudara, sanggup lah dia menunggu sampai ke malam tidak makan kerana beras habis dan dia tak mahu membelinya kerana katanya tanggungjawab suami memberi naskah. Kalau kamu juga bergaji, dan kereta di depan mata, apa salahnya pergi beli? Ada isteri sanggup lihat anak lapar, “ah.. anak dia juga… biarlah yang lapar anaknya.” Adooi ibu apa kamu ini. Don’t be a gold digger. Share bills with him. If you don’t have a job, help him save and manage his money. 

Dan yang paling penting, kamu mampu menghadapi apa juga cabaran dan rintangan bersamanya. Ramai juga isteri, masa senang sahaja dia mahu bersama, masa susah, “eh tolong, aku tidak mahu tanggung biawak hidup.” Lalu dihantar suami yang sakit balik ke rumah mertuanya. Senang cerita, kemudian minta dilepaskan. Namun anda yang membaca ini jangan terus menuduh dia insan yang tidak berperi kemanusiaan, kejam. Bersamanya dia menanggung kesemua tujuh anak mereka, cukup untuk dia berasa tidak bersalah mungkin.  Barangkali dia rasa dia masih muda, cantik, mengapa tidak memulakan penghidupan baru. Wallahualam. 

 Allaahumma ak-tsir maalii wa waladii, wa baarik fiima a’thoitii wa athil hayaatii ‘ala tho ‘ atik wa ahsin ‘amalii wagh-fir lii

Ya Allah perbanyakkan harta dan anak serta berkahlah kurniaan yang Engkau berikan. Panjangkan umurku dalam ketaatan padaMu dan baguskanlah amal serta ampunilah segala dosa-dosaku. (HR Bukhari dan Muslim).

Selamat Tahun Baru

Related posts

Niniku, Masih Belum Aku Padam Nombor Telefonmu

Wirda Adnan

Aku dan Azamku…

Wirda Adnan

Doa, Pesanan & Kenangan…

Wirda Adnan

Leave a Comment