COVER STORY

Selamat Pengantin Baru IMTIAZ & ELISA

Dalam perhubungan, sakinah bererti ketenangan, mawaddah itu rasa cinta, rahmah maknanya kasih sayang. Jika ketiga-tiga itu ada pada dirimu maka percayalah, keberkahan akan selalu mendampingimu.”

Cinta merupakan suatu hal yang dialami oleh setiap orang manusia. Dengan hadirnya cinta, bisa membuat orang bahagia tanpa alasan dan dapat merasakan kesedihan yang mendalam. Cinta juga dapat didefinisikan  dua hati dan dua fikiran yang harus dijalankan menjadi satu agar selaras. Namun, untuk menyatukannya tidaklah mudah, perlu banyak bersabar agar berhasil dan menjadi sebuah cinta sejati.

Begitulah kerana cinta membawa dua insan ini ke mahligai bahagia. Tanggal 1.10. 2022 jam 10 pagi disaksi kedua belah keluarga, Eliza Soraya sah sebagai isteri kepada Imtiaz Hisham. Elisa memilih kurung moden putih sementara Imtiaz juga memilih putih lengkap bersampin songket. Majlis resepsi di tempat sama  pada sebelah malam di mana hampir 500 menjadi tetamu keluarga Elisa. 

Dewan besar Hotel Concorde Shah Alam dihiasi secantik-cantiknya. Terbuai jiwa tiupan saksofon mengiringi kedua mempelai berjalan menuju ke singgahsana. Sebelum penyanyi jemputan Farhan Azizan menghiburkan tetamu sepanjang majlis sehingga tamat.

Ibu tercinta Puan Elieyati, menyebut, “Hari ini saya mendapat anak lelaki, sebagai teman sehidup semati inshaAllah kepada satu-satunya anak saya Lisa. Imtiaz, welcome to the family, dan mama berharap kamu menjaga anak mama sebaik-baiknya.”

“Cinta sejati bukanlah bagaimana kamu memaafkan, tetapi bagaimana kamu melupakan, bukan apa yang kamu lihat tetapi apa yang kamu rasakan, bukan bagaimana kamu mendengarkan tetapi bagaimana kamu mengerti, dan bukan bagaimana kamu melepaskan tetapi bagaimana kamu bertahan.” 

Saya tidak tahu siapa penulisnya tetapi inilah yang mahu saya sampaikan kepada anak lelaki saya, Imtiaz dan menantu Elisa.. Semoga kalian berdua berjaya menempuh onak dan duri dalam perkahwinan. Kerana percayalah pelbagai rintangan yang akan ditempuh saat kamu mengharungi kehidupan yang amat mencabar ini. Perlu sabar dan matang, perlu saling faham memahami, bantu membantu, bertolak ansur, jaga tutur kata, jaga maruah keluarga dan seribu satu hal lain yang akan mendatang yang kamu berdua  tidak terfikir dan menduganya. 

Cinta sejati kata BJ Habibie (Presiden Indonesia 1998-1999)  adalah  memandang kelemahan, lalu dijadikan kelebihan untuk saling mencintai. Dia menyambung, “Cinta sejati adalah mengetahui kesalahan seseorang, dan lebih mencintainya untuk itu.”

Resepsi kedua di Villa Rimba, tetamu berbatik dan pengantin bersongket

Tanggal  15 Oktober, sekali lagi keluarga Elieyati menjemput lebih 30 ahli keluarga Imtiaz (kali ini tetamunya daripada sebelah bapa Imtiaz) untuk bersantapan bersama-sama dengan ahli keluarganya sebelah bapa Elisa dan keluarga nenek sebelah lelaki Elieyati.

Elieyati memilih Villa Rimba sebagai venuenya kali ini. Di banglo mewah dipagari kehijauan alam semulajadi dengan pelamin dihias cantik, pasangan pengantin memilih kebaya songket dan pengantin lelaki dengan sampin songket sedondon warna peach

Islam menggalakkan umatnya supaya memelihara hubungan kekeluargaan dan saling menyayangi. Inilah konsep kehidupan yang perlu dilaksanakan oleh kita semua. Islam mengambil berat silaturahim dalam pembentukan keluarga yang bahagia dan sejahtera lalu menjadi tanggung jawab setiap ahli keluarga menjaga hubungan baik sesama ahli keluarga.  Membentuk keharmonian dan kemuafakatan. Jesturu itulah diadakan kenduri kendara supaya pengantin baru diperkenalkan kepada saudara mara dan rakan taulan kedua belah keluarga. Kerana berkahwin itu sendiri adalah perkongsian dua keluarga menjadi satu.

Pengantin Baru

Duhai, senangnya pengantin baru

Duduk bersanding, bersenda gurau

Bagai raja dan permaisuri

Tersenyum simpul bagai bidadari

Duhai senangnya menjadi pengantin baru

Empat majlis, terdahalu di sebelah keluarga Elisa diadakan majlis pertunangan pada 5 Jun 2022, diikuti majlis pernikahan dan dua resepsi. Tiba masa untuk pihak keluarga Imtiaz pula menjadi tuan rumah.

Mohamed Imtiaz Hisham bin Mohamad Hisham, bapanya berketurunan Pakistan. Adat dan budaya itu mahu dikekalkan oleh ahli keluarga bapanya. 

Kata nenek Imtiaz, buatlah walaupun kecil majlis mehndi atau majlis berinai, tak mengapa kiranya tetamunya cuma 20 ke 30 orang. Meminjam kata daripada Edward T. Hall, ‘Kebudayaan tidak dibuat-buat melainkan sesuatu yang berkembang iaitu manusia. Dan katanya dikuatkan lagi oleh penulis terkenal Marcus Garvey, “Orang yang tidak mengetahui sejarah, asal usul dan budaya masa lalunya seperti pohon tanpa akar.” Bisik nenek Imtiaz, “Lagipun saudara mara dari Pakistan juga akan turut hadir pada majlis tersebut. Kamu pastikan  mereka yang datang jauh dari sana terhibur dan dialu-alukan kedatangan mereka.

Dan pada 29 Oktober bertempat di B’York KL, dewan yang memuatkan 100 tetamu berubah menjadi istana indah berwarna warni dan berkedip cahaya neon yang berkerlipan. Malam  menjadi bertambah segar kerana tetamunya rata-rata mengenakan pakaian tradisional Pakistan, Lengha bagi yang perempuan dan tetamu lelaki mengenakan kurta. Lagu-lagu irama Bollywood berkumandang sesuai tema. Begitu juga hidangan di malam itu, dimasak khas oleh Chef dari Pakistan. 

Saat dinantikan apabila  kedua pengantin dibawa masuk menuju pelamin yang disediakan oleh sang ibu bersama perancangan perkahwinan dari B’York KL. Semua tertumpa kepada kejelitaan pengantin perempuan yang mengenakan pakaian lengha berwarna merah hati lengkap aksesori dengan solekan ala bollywood, sementara Imtiaz dalam kurta keemasan yang ditempah khas hasil kerja tangan orang Pakistan. Sama cantik sama padan. 

Majlis resepsi di sebelah pengantin lelaki diadakan pada tanggal 5 November 2022. Lebih 500 tetamu terdiri daripada saudara mara kedua belah pihak dan rakan taulan. Inilah masa saudara jauh dan dekat berkumpul. Inilah masa menjalin kembali silatulrahim setelah lebih dua tahun kita  terpenjara di dalam rumah sendiri.

Jika pada malam mehndi Imtiaz dan Elisa memilih pakaian Pakistan, pada majlis resepi Elisa memilih gaun putih dengan weil yang bertatah batu permata pada logo memancar cahaya. Siapa pereka gaun pengantin Elisa? Tidak lain tidak bukan tempahan khas daripada pereka terkenal Zang Toi. Mengapa Elisa memilih Zang Toi? 

“Mummy sejak dulu menyenangi Zang Toi, dan kagum dengan kejayaan Zang di New York. Selain mummy,  mama Lisa sendiri meminati Zang Toi, dan sudah tentu mama teringin melihat anak tunggalnya itu secantik bidadari. Begitu juga Imtiaz, tuxedonya juga ditempah di butik Zang Toi di Bangsar. 

Most people get married believing a myth that marriage is a beautiful box full of all the things they have long for, companionship, intimacy, friendship etc. The truth is that marriage at the start is an empty box, You must put something in before you can take anything out. There is no love in marriage. Love is in people, and people put love in marriage. There is no romance in marriage. A couple must learn the art and form the habit of giving, loving, serving, praising and keeping the box full. If you take out more than you put in, the box will be empty. 

Kepada kedua pengantin Majalahwm.com mengucapkan selamat Pengantin Baru, dan berbahagia sehingga ke anak cucu.

Related posts

Linda Olivia Founder/CEO OLIVIAZModels – The fashion world has always intrigued me…

admin

Julia Farhana Marin Bercakap Tentang Cinta dan Perkahwinan, Media Sosial dan ‘Me Time’nya

adminwm

DATO’ SHAKE

Wirda Adnan

Leave a Comment