FESYEN

Yang Bergaya Dan Yang Opps Di Anugerah Emmy

Fesyen artis Hollywood kala menghadiri Anugerah Emmy semalam berbeza berbanding penampilan artis di Festival Filem Venice beberapa minggu lalu yang nyata mengecewakan.

Tracee Ellis Ross yang paling menyerlah di karpet merah Emmy, memakai gaun volume besar Valentino Haute Couture, selain Penelope Cruz dalam Chanel, Allison Janney dengan gaun sekuin ungu dan Angela Sarafyan dalam Christian Siriano.

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]

Juga selebriti lain yang tidak kalah gaya seperti Thandie Newton dalam Brandon Maxwell dan Kristen Bell dalam gaun putih polos. Jangan terkejut, gaun putih Bell ini tidaklah semahal gaun couture selebriti lain yang rata-rata melebihi $10 ribu sebaliknya hanya berharga $530 daripada jenama kontemporari Solace London. Sama juga halnya dengan Felicity Huffman yang memakai jenama Babaton for Aritzia – blazer $225 dan seluar berharga $145.

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]

Manakala dress berbunga tulip Carolina Herrera yang disarung Meghan Mullaly pula bukan ditaja sebaliknya dibeli sendiri secara atas talian. Saya juga cukup berkenaan dengan pilihan Jessica Biel dan Stefani Robinson yang cukup sesuai dipakai ke majlis anugerah.

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]

Gaun rekaan Prabal Gurung yang dipakai Tiffany Haddish bukan tidak cantik rekaannya tetapi corak berbelang terlalu kasual untuk dipakai ke majlis anugerah formal seperti Emmy.

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]

Di sebalik deretan selebriti bergaun mewah, Jennifer Lewis mencuri tumpuan kerana menyarung baju panas dan legging Nike. Tentunya saya tidak berkenan dengan penampilan Lewis ini, namun ada sebab dia memakai sebegitu. Ujarnya, “Saya memakai Nike untuk memuji mereka yang menyokong Colin Kaepernick dan protesnya terhadap ketidakadilan kaum dan kekejaman polis.”

Beberapa minggu yang lalu, Nike melancarkan kempen” Just Do It “ke-50 yang dibintangi Kaepernick dengan mesej:” Percaya akan sesuatu, walaupun ia bermaksud anda perlu mengorbankan segala-galanya. “Iklan itu dihujani pelbagai tindak balas dan banyak dilaporkan orang awam membakar koleksi Nike mereka.

[thb_gap height=”40″][thb_gap height=”40″]

Related posts

CARLO RINO STYLIST AND VERSATILE

admin

Pesona Kim Kardashian

admin

Wardrobe Basic Mesti Ada

admin

Leave a Comment