FESYEN

Sepetang Bersama Hidaya International x Judith Leiber

Di satu petang yang tenang di tengah kesibukan ibu kota, sekumpulan wanita ternama berkumpul untuk majlis jamuan teh yang diadakan oleh dua jenama antarabangsa iaitu Judith Leiber New York dan Hidaya International. Majlis yang diadakan di Hotel Ritz Carlton di Kuala Lumpur ini menyaksikan kolaborasi kedua jenama ini buat pertama kalinya di mana kedua duanya mempamerkan koleksi terbaru mereka bagi Musim Luruh/Sejuk 2018.

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]

Jenama tas tangan Judith Leiber yang terkenal dengan evening bag  ataupun miniaudiere bertatah swarovski tampil dengan koleksinya yang bertemakan Conspicuous Consumption. Koleksi ini mengambil inspirasi daripada elemen-elemen consumer capitalism seperti gold bullion, hamburger dan kantung wang ringgit dan membuahkan ekspresi dalam bentuk tas malam bertatah swarovski.

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]

Manakala, Hidaya International pula telah menampilkan koleksinya yang diberi nama Secret Soiree. Koleksi ini terdiri daripada 16 ‘look’ kesemuanya. lapan daripadanya merupakan abaya berwarna pastel yang dihiasi dengan sulaman bunga-bunga, manakala lapan lagi look adalah abaya chiffon berwarna hitam berhias manik serta renda dan Swarovski  yang lebih sesuai untuk digayakan pada waktu malam. Koleksi Secret Soiree ini adalah eksklusif dan hanya boleh didapati di butik mereka di Bangsar shopping Centre untuk masa yang terhad sahaja.

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]

Majlis ini telah diserikan lagi dengan kehadiran tetamu kehormat DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Norashikin yang telah sudi mencemar duli berangkat ke majlis tersebut.

[thb_gap height=”40″]

Related posts

Dunia Fesyen Dahaga Pentas

admin

CARRERA Meraikan Ulang Tahun ke 65 Tahun, Melancarkan Semula Karya Agung Paling Ikonik

admin

kate spade in Pavilion Bukit Jalil

adminwm

Leave a Comment