FESYEN

SEMBANG FESYEN Bersama Dato’ Emma Ibrahim

Dato’ Emma Ibrahim, seorang entrepreneur yang berjaya, pengasas dan Pengerusi Red Profile Group Companies

“Fashion is booming. All the local designers are coming up with their own like Borneo Fashion Week. I am proud to be Sarawakian. Last time we were left behind, but now they are more daring to try new things, which is very positive.”

Ini adalah antara petikan temuramah Dato’ Emma Ibrahim daripada sebuah majalah tempatan. Seorang yang berjaya, amat bergaya, ramah mesra, dan mudah dibawa bicara. Bersamanya berasa sudah kenal lama, sebagai seorang image consultant bertauliah Emma tidak lokek ilmu malah dalam banyak hal dia menumpahkan secara percuma, kerana katanya ia penting dalam kehidupan hari ini. Sewaktu di London menemani anak belajar, saya kata pada ini, “inilah masa terbaik saya sendiri menceduk ilmu imej ini. Image consultant is a necessity now. You see people dressing as they please, even when they go to work. There’s a dress for every occasion.”

Dato Emma juga menjalankan perniagaan mengeluarkan kasut, “Shoes are fashion, but I’m not into fashion as though I wanted to be a fashion designer. I cannot be a fashion designer because I don’t know how to design. However, I love to see people dressing nicely, looking good, dress well and all.”

Saya sempat bersembang santai mengenai fesyen dengan Dato’ Emma.

Apa pandangan Dato’ tentang fesyen. Dan mengapa setiap wanita sepatut melihat berfesyen perkara yang penting pada dirinya?

Bagi saya, fesyen adalah salah satu cara kita mengekspresi diri dan menggunakan  kreativiti masing-masing dalam mempamerkan gaya dan personaliti unik individu melalui pakaian, aksesori dan dandanan. Ianya sangat penting untuk wanita kerana secara keseluruhannya, wanita menjadikan fesyen itu sebagai aspek yang menyeronokkan dan menarik dalam kehidupan kita.

Setiap kali Dato’ di khalayak – you look so good sentiasa lain daripada orang lain. Komen sikit.

Terima kasih. Bagi saya penelitian sewaktu pemilihan busana yang bersesuaian dengan acara atau aktiviti yang dilakukan akan memberi keselesaan optimum untuk gaya peribadi saya.Jadi secara tidak langsung akan menyerlahkan keyakinan diri dan mungkin itu salah satu faktor mengapa saya dilihat sentiasa ‘’lively’ dalam apa jua yang saya lakukan.

Dato’ have a very good taste, the baju that you choose, the colour, the bag, the shoes. Pendek kata from top to toe ada kelas. Ceritakan mengenai pemilihan yang Dato’ lakukan bila keluar rumah.

Ada beberapa perkara yang saya sangat titik beratkan. antaranya

1. Peka mengenai jenis majlis sama ada majlis rasmi, ‘work related’ atau acara santai dengan rakan-rakan.

2. Berpakaian mengikut cuaca.

3. Pemilihan aksesori yang bersesuaian dan paling penting tidak berlebihan.

Kebanyakan busana yang Dato’ ada mempunyai ciri elegent dan sofistikated, Adakah Dato’ juga berminat dengan pemakaian casual?

Ya, mengapa tidak? Kasual adalah menjadi pilihan saya sebagai pakaian harian dan ia sangat selesa dan bergaya pada masa yang sama. Secara keseluruhan, pakaian kasual boleh menjadi pilihan yang serba boleh dan praktikal.

Saya melihat di wardrobe Dato’ dipenuhi dengan koleksi beg berjenama terkenal. Bolehkah saya tahu, sejak bila Dato’ mula mengumpul koleksi beg ini?

Saya mula mengumpul koleksi beg berjenama sejak tahun 90-an lagi.

Saya amat terpersona dengan koleksi Hermes yang dimiliki oleh Dato’. Bukan sahaja beg tangan tetapi juga koleksi baju dan skaf. Adakah jenama Hermes pilihan utama Dato’ selain jenama terkenal yang lain?

Ya produk Hermes memang jenama kegemaran saya. Namun, saya menilai Hermes sebagai jenama produk yang berkualiti terbaik dari segi pemilihan bahan-bahan seperti  kulit, sutera dan kashmir. Saya juga amat meminati reka bentuk ‘timeless’ dan  klasik, dan bukannya mengikuti aliran fesyen yang seketika. Selain Hermes, saya juga mempunyai koleksi jenama lain seperti Chanel, Prada dan Gucci juga mempunyai kualiti, nilai dan rekabentuk yang menarik and sofistikated.

What is your favorite style?

Simple, sophisticated and elegant.

Berapa kerap Dato’ membeli-belah. And where is your favorite fashion destination?

Sebagai seorang ahli perniagaan saya mempunyai kekangan masa untuk membeli-belah Untuk busana, saya menggunakan ‘fashion designer’ peribadi  yang akan mereka bentuk busana mengikut cita rasa saya. Mungkin untuk koleksi beg atau aksesori saya akan ke Pavillion atau ke luar negara jika masa mengizinkan.

Kata yang ada di kondo di KL cuma sedikit sahaja, bagaimana pula wardrobe di Kucing, apa lagi yang ada di sana?

Sama seperti di KL juga, kerana perniagaan utama saya dijalankan di Kuching jadi sudah tentulah saya perlu bersiap sedia untuk sebarang temujanji atau acara yang perlu saya hadiri.

Do you remember all the things that you bought? Dan siapa yang menjaganya?

Ya, kerana setiap pembelian koleksi busana dan lain lain mempunyai memori yang tersendiri dan ianya hasil titik peluh saya dalam menjalankan perniagaan mestilah saya hargai sewajarnya.Sekiranya ada masa terluang, saya sendiri akan melakukan ‘spring cleaning’ dan dibantu oleh pembantu rumah.

Berapa kerap Dato’ menggunakan sesuatu bag dan baju itu sebagai contoh? Adakah akan tunggu lama untuk mengulang menggunakannya lagi?

Bergantung kepada padanan warna dan fesyen busana yang dikenakan. Saya akan menggunakan beg  dan busana yang sesuai dengan rona warna yang sepadan.Paling  penting ianya praktikal sesuai dengan aktiviti yang saya lakukan.

Warna kesukaan Dato’?

Tiada yang spesifik. Cuma saya ke arah rona warna pastel.

You love shoes, kasut jenama apa pula yang menjadi pilihan no satu Dato’?

Bagi saya pemilihan kasut haruslah menggunakan kasut daripada  ‘shoe maker’.Jadi saya memilih Christian Louboutin, Manolo Blahnik dan Jimmy Choo sebagai pilihan utama.

You quote on dressing up?

Do well, live well and dress really well.

What makes a woman look classy?

Konsep ‘classy’ adalah sangat subjektif. Selain daripada ciri-ciri yang saya sebutkan mengenai pemilihan material dalam busana dan aksesori, ramai mungkin terlupa kepada amalan penjagaan diri dengan bersenam. Postur badan yang baik adalah elemen penting untuk tampil menarik, elegen, sofistikated dan sudah tentulah ‘look classy’. Selain menjaga fizikal badan, jangan lupa kesihatan dalaman kita. Amalkan sikap hormat dan memberi layanan baik kepada orang lain adalah bahagian penting dalam keterampilan sebagai seorang wanita.

Saat yang mengumpul kenangan paling manis (dalam kontek fesyen).

Saat saya memiliki beg Hermes saya yang pertama.

Do millionaires dress well?

Majoriti daripada jutawan mungkin berketerampilan mewah dan bergaya, tetapi bukan semua. Gaya dan cita rasa peribadi masih menjadi faktor dalam cara mereka memilih untuk berpakaian. Sesetengah jutawan mungkin memilih untuk berpakaian dengan cara yang lebih kasual atau bersahaja. Kesimpulannya, cara berpakaian seorang jutawan bergantung pada gaya peribadi mereka, nilai dan imej yang ingin mereka tunjukkan kepada semua.

Pandangan Dato’ tentang trend sekarang.

Pada pendapat saya, trend semasa dalam fesyen sentiasa berkembang dan berubah. Beberapa trend popular pada masa ini termasuk pakaian bersaiz besar, cetakan tebal dan warna terang. Saya ambil contoh, Pandemik COVID-19 juga telah memberi kesan kepada trend fesyen, dengan tumpuan pada pakaian yang selesa dan berfungsi untuk kita semua ‘WFH dan ‘virtual event’. Secara keseluruhannya, trend fesyen cenderung untuk mencerminkan iklim sosial dan budaya semasa, dan ia sangat menarik minat saya untuk melihat bagaimana ia terus berkembang pada masa hadapan.

Fotografi:  Syarief Nurlette
Solekan dan Dandanan dan styling: Rossa Talip menggunakan alat solek Note Turki
Pakaian dan perhiasan: Dato’ Emma Ibrahim

Related posts

Street Style Moments Minggu Fesyen Milan SS2019

admin

Dah Bagus Promosi Tudung, Tapi Baju Pula Ketat: Banana Republic Tak Hormati Sensitiviti Orang Islam

admin

LILIT.’s 2022 Raya Collection Made Eid Easy

adminwm

Leave a Comment