Gaun putih biasa menjadi pilihan utama pengantin perempuan, baik rekaan jenis ball gown, straight cut atau empire cut. Alasannya kerana menyangka di hari perkahwinan itulah satu-satunya waktu mereka boleh menyarung gaun putih yang sebegitu.
Berbeza buat pereka jewelry Caitlin Mociun, dia memilih melawan pilihan biasa pengantin perempuan dengan memakai gaun bercorak dan berwarna di resepsi perkahwinannya bersama suaminya pereka perabot Tammer Hijazi. “Saya mencari gaun paling cool dan yang saya jumpa bukan berwarna putih. Saya pilih adalah satu-satunya gaun yang saya cuba, sebaik membelinya saya terus membuat rekaan barang kemas dan terakhir sekali memilih kasut. Saya mencuba banyak kasut. Sebenarnya ia lebih sukar daripada memilih pakaian, dan kemudian saya menambahkan tali pinggang baldu merah yang saya pilih sendiri,” terang Caitlin yang memilih gaun merah jambu berbelang biru Carolina Herrera, sepatu flat Gucci dan subang Mociun yang merupakan rekaannya sendiri.
Caitlin sedia tahu yang dia tidak mahu menyarung gaun berwarna putih, “Saya mahu mencari dress yang mempunyai gabungan warna yang baik, dan saya terbuka dengan cetakan dan corak,” jelasnya.
Lihat gaun perkahwinan Caitlin di bawah;