Lockdown kesan pandamik Covid -19 telah meletakkan realiti kehidupan ‘at a standstill’. Ketidaktentuan ini menimbulkan suasana suram dalam industri fesyen dan hingga ke hari ini dijangka akan terus mencatatkan kerugian berbilion dolar US di serata dunia setelah empat minggu fesyen utama dunia membatalkan semua pertunjukan runway untuk musim terkini.
Lebih menyedihkan segala ramalan dan program tradisi sistem bermusim atau ‘seasonal system’ juga ‘Fashion fundamentals’ yang menjadi asas arah tuju fesyen berdekad-dekad sebelum ini, dalam sekelip mata sudah dilabelkan sebagai ‘sampah’ dan out-of–date. Ia dikatakan gagal mempromosi apa lagi menjual produk fesyen. Kenyataan ini telah membuat masyarakat fesyen seperti pengkritik, peramal dan pereka fesyen berasa sangat tercabar.
Hasilnya terjadi lah timbunan ‘sampah sarap fesyen’ yang tidak terjual di serata dunia. Sudahlah beberapa bulan sebelum itu permintaan dan perdagangan perniagaan fesyen sememangnya menunjukkan penguncupan kesan kegawatan ekonomi, wabak ini telah menambah burukkan lagi situasi.
Gaya terkini…diramal sebagai trend 2020 namun semuanya telah terhumban sebagai ‘sampah sarap’ kesan wabak Covid-19
Berita Baik Untuk Fesyen
Walaupun dunia bersedih dengan keadaan dan cabaran getir ini, namun menariknya, impak krisis Covid-19 juga telah mencetuskan evolusi terhadap industri. Segelintir penganalisa industri fesyen berpandangan ia juga turut membawa bersamanya satu pembaharuan yang baik dan bakal membentuk semula ekosistem industri. Apabila terhapusnya wabak ini dan dunia kembali ‘normal’, kita akan melihat bagaimana industri akan bangun berubah dengan ketara dan secara drastik.
Pada tahap itu nanti, kita akan melihat bagaimana para pereka dan masyarakat pengeluar juga pembekal berusaha menyesuaikan diri dan meneruskan kerja masing-masing seperti sebelumnya. Persoalannya, bagaimana jika aktiviti mereka terus disekat dengan Movement Control Order (MCO) yang mana sudah pasti hubungan fizikal antara mereka dilarang? Apa kata masyarakat industri fesyen?
“Setiap jenama fesyen perlu teliti semula produk mereka dan produksi masing-masing. Relook and reboot the norm,” kata pereka tersohor Malaysia, Dato’ Tom Abang Saufi. Beliau yang baru saja dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pembangunan, Seni Visual Negara oleh Balai Seni Negara menambah, apa yang diperlukan sekarang ialah beralih daripada kebiasaan. Mengaitkan hal tersebut dengan jenama TAS, jenama itu katanya sejak awal lagi adalah digerakkan daripada naluri rekaan muzium dan diturunkan kepada orang ramai.
“Pengguna tidak lagi hanya membeli fesyen tetapi mengaitkan hasil kerja pereka dengan nilai-nilai estetika yang tersendiri… they need story telling yang membuat mereka berasa selamat, selesa dan seronok untuk memilikinya. Apa yang dunia perlukan sekarang ialah produk yang membuat mereka berasa selesa dan terlindung.”
Beliau yang telah empat tahun beroperasi secara online berpendapat ia sangat mudah, murah kerana tiada kos ruang dan dapat mengurangkan banyak perbelanjaan tetap operasi. Itulah realitinya sekarang yang kita mesti lalui jika mahu bisnes kita bersaing dan bertahan.
“Mengapa mesti takut? Perlu kerja lebih keras. Seperkara lagi yang saya lihat ialah banyak masalah sosial yang akan muncul daripada situasi ini. Misalnya ekonomi tidak bagus yang kita alami sekarang pasti saja akan membawa kepada depresi dan gangguan mental di kalangan masyarakat,” katanya prihatin.
“Sebagai pereka, mereka mempunyai tanggungjawab untuk membantu dalam hal ini,” tambahnya. Sebab itu beliau banyak menggunakan warna-warna ceria, meletak harga yang berpatutan supaya lebih ramai dapat memiliki hasil kerjanya.
Dato’ Tom – Setiap Era ada cabarannya tersendiri
Antara rekaan dan corak signature Tom yang sentiasa dinanti-nantikan peminat dan tidak mustahil akan diperagakan secara virtual dalam waktu terdekat.
“Jangan bimbang! Saya amat optimistik sama ada kita dilanda krisis atau tidaknya, we are facing the moment,” pintas pengkritik fesyen tersohor tanah air Zaihani Mohd Zain yang juga digelar ‘Malaysia’s Fashion Guru’ dalam kalangan masyarakat fesyen tempatan. “Saya tidak fikir pandemik ini akan menjadi penyebab kehancurannya industri fesyen or rather the death of the fashion industry.”
Begitupun jelasnya, ‘the game plan’ perlu berubah dan mesti ada strategi yang mengikut keperluan era. Beralih ke arah online bukan sesuatu yang buruk dan sukar malah masyarakat fesyen harus menganggap itu sebagai satu platform alternatif untuk mempromosi dan menjual produk malah ia adalah cara membeli-belah digemari pada zaman ini lebih lagi dengan situasi PKP sekarang ini.
Apa yang beliau sarankan itu adalah logik lebih lagi dengan teknologi canggih masa kini. Bahkan sebelum berlakunya gejala ini sesetengah masyarakat fesyen telah pun membuat eksperimen dengan “virtual fashion” atau ‘fesyen maya’. Hanya kita saja yang tidak prihatin untuk melihat perubahan itu.
“Inilah masanya menentukan siapa yang terbaik. Only the fittest will survive! Dan ini juga bergantung pada mutu produk yang dihasilkan. Apa yang saya ramalkan, jenama yang mempunyai track record yang baik sebelum pandamik mempunyai lebih peluang untuk bertahan.”
Sejujurnya saya menyokong pandangannya itu, jika betul caranya, tidak mustahil label tersebut akan terus melonjak dari sebelumnya kerana pengguna semakin bijak dan selepas apa yang mereka lalui kesan pandemik ini, they will be true to themselves.
Waktu tersebut telah memberi ruang untuk masyarakat menilai diri dan ikhlas dengan kehidupan. Dalam kata lain mereka mungkin tidak mahu lagi menghiraukan hal-hal jenama mewah namun sebaliknya memilih produk yang berkualiti dan memenuhi citarasa pada harga berpatutan.
Dan pada pereka dan pengeluar produk fesyen pula mereka perlu sensitif dengan keperluan fizikal dan mental pengguna. Dengan menghasilkan produk bijak, tahan dan pada harga berpatutan adalah antara ciri-ciri yang dapat membantu pengguna dari sudut tersebut.
Zaihani – optimistik masyarakat fesyen akan terbiasa dengan pembaharuan dan masyarakat juga akan terima perubahan.
“Fashionable clothes will still be in demand though subdued,” tambahnya yakin, “Saya berpendapat para pereka fesyen sepatutnya meneruskan kerja mereka dan jangan berhenti membuat rekaan. Satu perkara penting dan perlu diambil kira, kita tidak boleh terlalu bergantung kepada sumber bahan dari luar,” sarannya serius.
Beliau menyarankan bekalan bahan dan fabrik khususnya dihasilkan di dalam negara termasuklah di peringkat pembuatannya. Sesungguhnya itu bukan satu kerja mudah namun ia perlu diusahakan oleh semua yang terlibat jika kita mahu melihat industri fesyen tempatan terus bertahan dan berkembang.
“The virtual concept is nothing new, samalah seperti e-commerce. Apa yang berlaku sekarang ialah memberi platform digital satu perspektif baru dalam pilihan juga signfikannya,” tambah beliau yang amat menyokong jika London Fashion Week, Paris Fashion mahupun Kuala Lumpur Fashion Week untuk beralih kepada runway digital.
Pentas peragaan tersebutlah yang mempromosi hasil kerja pereka tempatan dan antarabangsa mengikut musim setiap tahun dan amat dinanti-nantikan peminat dan pemerhati fesyen. Saya menyokong fesyen maya demi meneruskan kesinambungan industri dan untuk mengelakkan industri daripada berkubur.
Kita Telah Merentas Maya
Sekiranya ada di antara kita yang menggunakan perkhidmatan butik online Zalora atau Fashion Valet contohnya, anda sebenar telah pun merentasi alam maya dalam membuat pembelian anda itu. Jadi mengapa kelam kabut dan bimbang tidak tentu fasal?
Proses jual beli yang anda buat bermula daripada memilih imejan-imejan yang dimuat naik oleh syarikat-syarikat tersebut hinggalah anda membuat keputusan membeli dengan menyetujui terma-terma yang ditetapkan, melakukan transaksi bayaran menggunakan kad hinggalah anda menerima produk anda melalui perkhidmatan pos laju, Lalamove atau Grab Delivery yang menyerahkannya di depan pintu alamat yang anda berikan sebenarnya telah melalui proses digital dan maya.
Bukankah setiap peringkat aktiviti tersebut adalah sistem yang kita telah biasa dan menjadi sebahagian kehidupan kita dan telahpun kita terima pakai dengan meluas sejak beberapa tahun lalu?
Hanya dengan pergerakan hujung jari dan berlangsung secara maya. Jadi mengapakah keadaan kawalan pergerakan yang kita alami sekarang ini menjadi perkara besar? Ia tidak sepatutnya begitu dan persepsi ini mesti dihakis daripada diri kita jika kita mahu terus hidup selesa dan melalui evolusi ini.
“Kita perlu bertindak pantas, jadi kami berubah ke ‘New Normal Business’,” kata Indrawati Abdul Rahman, seorang entrepreneur/pereka fesyen yang juga Pengasas Anugerah Couture, “Perniagaan online adalah platform dan pilihan yang terbaik buat masa ini.
Dan di sini juga kita dapat membantu ekosistem dalam perniagaan dengan berganding bahu bersama pihak lain misalnya yang menjalankan servis penghantaran sama ada penghantaran ekspres penghantaran sehari seperti Grab Express dan Lalamove ataupun melalui perkhidmatan kurier atau Poslaju, J&T Express dan ABX Express misalnya,” kata wanita gigih ini yang mahu dipanggil Watie saja.
Watie di butiknya. Walaupun bisnes tidak serancak sebelum pandemik, butik beroperasi seperti biasa secara online.
Berniaga online menurut Watie juga lebih pantas dan mudah urusannya. Segalanya hanya di hujung jari. Daripada peringkat memilih rekaan baju, ukuran, corak dan warna, pelanggan boleh menerima pesanan dalam masa satu hingga tiga hari sahaja. Pelanggan juga tak perlu bersusah payah untuk keluar membeli lagi.
Namun beliau tidak nafikan bukan semua pelanggan biasa dengan pembelian online. Sama juga dengan pengusaha perniagaan lain. Bukan semua tahu menggunakan dan biasa dengan kaedahnya. Begitupun panamik ini telah mengubah sikap dan persepsi ramai. Yang penting katanya, bagi yang masih asing dengan teknologi online, harus berubah dan berusaha untuk belajar. Biasakan diri dengan cara hidup yang baru ini kerana ia adalah kehidupan kita hari ini.
Koleksi Anugerah Couture diperagakan di pentas. Watie bersedia terima kenyataan pergaan fesyen virtual untuk koleksinya di masa terdekat.
“Pengalaman saya yang sudah hampir 10 tahun dalam perniagaan online, Virtual Business ini sudah biasa bagi saya dalam urusan jual beli secara online. Cuma fashion runways and event itu agak baru, namun kita boleh saja fikirkan dengan cara digital dan maya. Saya terbuka dan bersedia dalam perkara ini. Mungkin ia lebih menarik,” tambah Watie.
Sebagai contoh ‘runways show’ dan promosi setiap pereka boleh dibuat secara live di instagram atau Facebook masing-masing. Kalau kreatif, sepatutnya ketika PKP inilah peluang bagi kita untuk memperkenalkan beli-belah cara terkini di mana pelanggan tidak boleh keluar dan semestinya membeli-belah di online adalah pilihan terbaik. Beliau menyarankan pereka supaya jangan lemah semangat dan teruskan aktif supaya jenama mereka terus kekal di pasaran walaupun ketika PKP.
Koleksi Anugerah Couture diperagakan di pentas. Watie bersedia terima kenyataan pergaan fesyen virtual untuk koleksinya di masa terdekat.
Terbuka Dengan Virtual Concept
Menyebut hal krisis dan mengelakkan hubungan fizik bagi sesetengah juga bukanlah satu perkara besar bagi industri, di Malaysia misalnya, seingat saya sejak di tahun 1990-an lagi ramai pereka telah menggunakan kaedah digital dalam menghasilkan fabrikasi mereka. Malah ramai yang memuat naik rekaan mereka sendiri ke para pengeluar tekstil di China, Indonesia dan India misalnya untuk dicetak tanpa perlu langsung ke negara berkenaan. Bukankah itu sistem digital atau maya?
Apakah ini petanda berakhirnya dunia supermodel?
Menarik untuk kita imbas kembali ialah tentang pemilihan tekstil itu sendiri, misalnya dari segi ketentuan tekstur, karakteristik dan sifat-sifat asli fabrik tersebut hanya dibuat melalui imejan komputer. Malah pemilihan warna turut dibuat secara maya menggunakan perkhidmatan kod warna digital Pentone misalnya.
Menurut Pengasas The Fabricant, Kerry Murphy sebuah pusat fesyen antara bangsa yang hanya menghasilkan pakaian digital yang juga terkenal dalam kepakarannya dalam bidang fesyen digital dan fesyen maya, pelanggannya sudah mula beralih secara radikal dalam mentakrifkan semula tradisi dan cara operasi perniagaan mereka ke arah pemikiran digital.
Perubahan ini adalah kerana desakan keadaan dan permintaan dunia yang bergerak pantas. Dan para pengusaha sedar jika mereka lambat membuat keputusan dan mengadaptasi keadaan, mereka pasti menemui kegagalan dan kerugian.
Beliau yang pernah bekerja dengan beberapa jenama terkemuka dan pelopor fabrik denim dunia seperti Soorty Enterprise yang mana syarikatnya mencipta koleksi denim digital misalnya, mengambil Digital Fashion Campaign oleh Selfridges satu contoh yang baik menerangkan apa yang Murphy perkatakan tentang pentakrifan semula corak perniagaan konvensional.
Kempen tersebut telah menjelajahi masa depan dunia fesyen dan peruncitannya misalnya melalui seni digital 3D yang beliau hasilkan bagi pereka fesyen Cat Taylor telah berjaya mengubah koleksi untuk musim terkininya menjadi lebih canggih dan dihubungkan terus ke Selfridges e-Commerce.
Virtual supermodels digunakan sepanjang wabak – adakah teknologi digital ‘new normal’ untuk jenama mewah?
Secara jujur, pereka atau pengeluar jenama fesyen tidak perlu bimbang dan merasa tergugat dengan kawalan pergerakan kerana sejak beberapa tahun kebelakangan ini jika kita perhatikan bagai sudah ada persediaan ke atas cabaran ini. Banyak produk fesyen dan kecantikan juga gaya hidup dijual dengan mudah dan membuat transaksi mencecah bilion dolar US dalam jangka masa satu hari di serata dunia dengan hanya pengaruh ‘internet infulescers’.
Ini diperakui juga Katie Baron-Cox, Pengarah Talian Penjenamaan, Stylus. Beliau berpendapat masyarakat mempunyai ekspektasi tinggi tentang kreativiti yang bukan sahaja terletak pada rekaan namun harga dan paling penting imaginasi yang memenuhi ekspektasi dan escapismse masyarakat.
Pengguna bijak akan memilih secara lebih hati-hati dan teliti sambil menyulam kreativiti sendiri dalam setiap rekaan pereka dan menilai apakah konsep serta ideologi label tersebut berbaloi untuk mereka asosiasikan dengan gaya hidup mereka yang kian tertekan bagai seseorang yang sedang lemas dan baru diselamatkan.
Inilah pengaruh wabak Covid-19, topeng muka menjadi trend terkini. Persoalannya, bagaimana nasib pengeluar gincu bibir? Apapun perlu kita buat dengan belasan, puluhan (atau mungkin ada yang memiliki lebih daripada itu) yang beratur di meja solek? Anda fikirkan!
China Mendahului Garisan Penamat
Tidak keterlaluan jika dikatakan China sudah pun lewat garisan penamat dalam menghadapi kesan wabak dari segi persediaan dalam industri fesyennya. Percaya atau tidak dan walaupun empat pusat fesyen dunia iaitu Paris, Milan, New York dan London telah sekian lama mengukir nama dalam arena fesyen, China telah lama mempraktikkan ‘luxury e-commerce revolution’.
Seorang model memakai rekaan HAZZYS by JD.com pada Minggu Feysen London – seperti Alibaba, e-retailer telah mencipta platform yang dikhususkan hanya untuk menjual produk jemaa mewah, Toplife. Photo: EPA-EFE
Sedang kota raya fesyen dunia sibuk dan berbangga-bangga dengan estetika dan keistimewaan mereka dalam gaya dan rekaan, mereka tidak sedar China telah melewati tradisi itu malah sudah menawan masa depan industri fesyen dengan teknologi canggih.
Mampukah China mengambil alih establishment fesyen barat yang sudah bertapak kukuh berkurun ini? Apakah China juga punya daya kuasa dan DNA yang telah menjadi signature eksklusif empat kota fesyen itu? Paling penting juga, apakah yang telah dipelajari oleh barat daripada Luxury Pavilion dan Toplife yang dicipta China untuk bertahan cabaran ini?
Kenyataan di atas membuktikan bahawa fesyen maya telah pun lama bertapak malah sebelum terjadinya wabak Covid-19 lagi. Apa yang perlu dilakukan oleh pereka dan pemilik jenama ialah mencari ruang di online untuk terus kekal.
Menurut Doug Stevens, seorang Peramal Masa Depan industri peruncitan juga sependapat dan percaya bukan sahaja tindakan pantas dan bijak perlu tetapi sesuai cabaran sekarang yang mana sentimen dan sensitiviti pengguna mesti diambil kira.
Pandangan beliau itu dibuktikan oleh Nike NKE misalnya apabila telah segera menutup butik-butik mereka dan membuat rayuan kepada masyarakat jenamanya supaya menyokong dan mematuhi arahan lockdown serta social distancing. Tindakan tersebut rupa-rupanya telah membuka mata masyarakat betapa prihatinnya mereka tentang persekitaran seterusnya membuat orang ramai tersentuh dan lebih dekat dengan jenama tersebut. Keadaan sebaliknya pula berlaku pada Adidas.
Seorang model memakai rekaan HAZZYS by JD.com pada Minggu Feysen London – seperti Alibaba, e-retailer telah mencipta platform yang dikhususkan hanya untuk menjual produk jemaa mewah, Toplife. Photo: EPA-EFE
Masyarakat sensitif tentang jenama mewah yang tidak mematuhi kontrak mereka dalam urusan perniagaan dan sentiasa dekat dengan mana-mana jenama yang sealiran dengan gaya sosial, politik juga pandangan mereka terhadap dunia secara spiritual.
Ini bererti jenama yang tidak mematuhi peraturan kontrak, enggan membayar produk yang mereka pesan daripada kilang pengeluar dengan memberi alasan kerana wabak ini akan disisih. Pengguna tahu bagaimana tindakan tidak bertanggungjawab mereka itu akan bukan sahaja membawa risiko kepada kebajikan pekerja buruh fesyen malah melumpuhkan setiap peringkat ekosistem industri.
Penjenamaan hari ini terletak sepenuhnya pada kepercayaan pengguna terhadap sesuatu produk, bukan bukan lagi apa yang anda kata atau pemerkan dalam iklan. Pengguna memilih dengan mata, hati dan fikiran yang matang.