Anda takut pada kehidupan yang anda lalui sekarang? Anda juga tentu perasan, banyak perkara dan benda-benda pelik berlaku di persekitaran namun tiada jawapannya. Buat anda tertanya-tanya, bilakah berakhirnya wabak ini? Mungkinkah diketemukan vaksinnya dan mengapa Allah turunkan makhluk pelik ini memerangi kita? Jika itu yang anda risaukan, anda tidak keseorangan!
Kerisauan melampau sesetengah memang tiada batasannya. Mengapa tidaknya, setakat ini banyak negara termasuk China dan Amerika membuat kenyataan mereka telah menemui penawarnya tetapi hairan hingga hari ini, tiada bukti atas tuntutan mereka itu secara rasmi.
Yang pasti, manusia terus kalut, cemas dan sentiasa dalam dilema.
Pasti ramai masih ingat serangan pengganas pada 11 September 2001 ke atas World Trade Center New York, ia dianggap satu peristiwa geopolitikal dan sejarah hitam yang memberikan impak paling besar dalam hidup masyarakat dunia kerana sejak detik itu, perspektif dunia terhadap keselamatan, isu sempadan dan agama khususnya Islam mengalami perubahan besar.
Begitupun, pandamik Covid-19 diramal memberikan impak lebih besar daripada itu, mahupun jika dibandingkan dengan kesan Perang Dunia Kedua pada 1941. Walaupun kadar kematian jauh lebih rendah daripada jumlah manusia yang tidak berdosa terkorban dalam dua peristiwa terdahulu, impak Covid-19 berbeza daripada pelbagai sudut.
Perang Dunia Kedua
Pada Perang Dunia Kedua tidak ramai yang tahu sebenarnya apa yang berlaku ketika itu, nobody knows what to expect. Apabila pemerintah Amerika dan Inggeris mengenakan The Atlantic Charter yang mana ianya adalah satu undang-undang baru ketika itu yang merangka tatacara kehidupan pasca perang antarabangsa yang hingga ke hari ini kelangsungan kehidupan masih mengguna pakai sistem tersebut.
Persoalannya bagaimana pula corak kehidupan kita selepas wabak ini? Sains menghuraikan fenomena ini sebagai transisi yang kita lalui dalam ‘perjalanan’menuju ke era dunia baru yang punya tata peraturan dan kaedah tertentu yang mesti dipatuhi undang-undangnya dalam segenap segi. Sepertimana Atlantic Charter mengawal dunia selepas Perang Dunia Kedua, lebih kurang begitulah perjalanan fenomena pasca Covid-19 yang kita alami.
Secara ringkasnya inilah juga permulaan revolusi industri 4.0 yang banyak diperkatakan dan berkait rapat perihal sains, teknologi, kejurteraan dan matematik (STEM). Lihat sekeliling, kita sedang diperkenalkan dengan ideologi tersebut canggih yang mana dengan kecemerlangan STEM, dunia menjadi serba mudah, ringkas dan pantas walaupun sebenarnya complicated.
Dunia bebas tanpa sempadan dan segala keinginan terlaksana di hujung jari. Itulah realitinya dan menjadi sebati dengan kehidupan masa depan kita. Untuk merealitikannya maka akan wujud suatu kuasa besar juga sistem pentadbiran dunia yang berpusat dan diterajui oleh beberapa kuasa besar dunia. Tidak perlulah kita bincangkan di sini secara terperinci sistem NWO yang punya kaitan hal-hal agama, anutan, kepercayaan dan iluminati. Secara ringkas kita boleh ramalkan sekarang ini China dan Amerika misalnya, mungkin juga United Kingdom dan negara Eropah sebagai kuasa yang bergabung dalam sistem ini bagi mengendalikan setiap perihal dan kegiatan manusia di muka bumi ini.
Ratu Elizabeth II dan berapa Presiden Amerika sentiasa terkait dengan Illuminati, The New World Order dan teori Rothschild
Apapun Islam menolak sistem pentadbiran NWO ini dan lebih baik kita berikan tumpuan kepada perkara yang boleh mengubah kehidupan menjadi lebih baik dan positif. Islam mengajar kita untuk kelestarian hidup, kita perlu mula membiasakan diri dengan perubahan-perubahan sekitar kerana ‘dunia lama’ yang kita kenal ini semakin tua dan akan pupus sementara ‘dunia baru’ akan muncul dan menuntut kita bersifat realistik, minimalis, tidak membazir dan guna hanya yang perlu jika mahu selamat dan menjamin kelestarian hidup dan bumi ini.
Kehidupan yang lebih ringkas adalah kunci kesejahteraan hidup masa depan. Paling penting, Covid-19 telah mengajar kita bahawa manusia sejagat saling memerlukan antara satu sama lain bagai aur dan tebing sifatnya. Sebagai contoh jika negara jiran kita dalam kehancuran kita juga dalam waktu terdekat terkesan dengan akibat kehancuran tersebut.
Usah pergi jauh, kesan wabak Covid -19 yang menjejaskan ekonomi dunia kini, akhirnya mencengkam kehidupan masyarakat dunia buat jangka waktu yang agak panjang. Ini sudahpun berlaku khususnya bagi rakyat negara miskin seperti Indonesia, Bangladesh dan Myanmar misalnya. Ke mana mereka akan lari apabila keadaan semakin menghimpit?
Jangkaan dan Kenyataan
Bayangkan, sebelum wabak berlaku pun sudah ratusan ribu malah mencecah jutaan pendatang luar membanjiri negara kita dan kini menjadi isu hangat apabila mereka yang datang tanpa izin atau tinggal lewat masa bersikap mendesak dan menggunakan kekerasan untuk menuntut hak sama rata yang tidak munasabah. Jika ini dibiar berterusan, negara pasti berdepan masalah dan jadi huru-hara. Keadaan nanti tidak mungkin berupaya menjamin keharmonian yang kita nikmati sekarang dan lebih teruk ia merencatkan perkembangan kemajuan dan mengganggu gugat perancangan masa depan negara.
Pendatang Rohingya (Gambar oleh The Guardian)
Berita penangkapan ribuan pendatang tanpa izin, kegawatan ekonomi negara dan dunia sudah tentu tidak memberangsangkan langsung untuk kita mengimpikan masa depan yang indah lagi terjamin dan itu belum lagi keluhan ramai tentang kehilangan pekerjaan.
Pemimpin dan kuasa besar dunia pula sibuk bertelagah berebut kuasa hingga tidak mengutamakan lagi kepentingan rakyat malah pemimpin-pemimpin ini hanya menunggu masa untuk mencetuskan perang. Kes bunuh diri di negara jiran seperti Indonesia dan di Eropah, Itali khususnya yang terkesan dengan wabak Covid-19 buat mata sukar lelap waktu malam dan jantung berdegup deras.
Berapa lama lagikah harus kita terpenjara di rumah sendiri? Keinginan untuk ke tempat-tempat yang kita suka pun tidak dibenarkan lagi. Tidak kiralah ke pusat beli-belah, untuk ke tempat kerja mencari rezeki pun menjadi amat sukar. Untuk beriadah mahupun ke masjid dan kelas agama pun turut tersekat. Paling sedih untuk pulang beraya di kampung pun menjadi satu kebiasaan yang kini mustahil. Sudah tentu kehadiran Aidilfitri tahun ini tidak seceria dan indah seperti selalu.
Inilah cabaran buat kita. Tiga bulan sejak lockdown di Wuhan, dunia tidak sama seperti sebelumnya. Negara mundur dan miskin kian menerima padahnya. Walaupun negara maju juga turut terkesan namun mereka berada dalam kedudukan yang jauh lebih baik dan ini membuat mereka terus menindas.
European Union (EU) misalnya, pada tahap ini tidak mungkin berdaya membantu sedangkan negara masing-masing tersepit. Lihat saja sekarang, Presiden Amerika, Trump sudah pun membuat kenyataan tidak akan meluluskan apa-apa bantuan kewangan untuk World Health Organisation (WHO) sedang dia tahu inilah pertubuhan terbesar yang dipertanggungjawabkan untuk membantu memantau dan menangani krisis seperti sekarang ini di peringkat antarabangsa.
Keadaan ekonomi seperti yang kita semua tahu akan terus bertambah buruk apabila banyak syarikat gah daripada kuasa besar dunia menggulung tikar dalam pelbagai sektor perniagaan khususnya di bidang pembuatan. Kita akan lihat kesannya begitu drastik dan tragis apabila mereka menutup kilang-kilang mereka di negara-negara mundur seperti Vietnam, Kemboja, India dan juga Indonesia. Di China dan Vietnam kilang-kilang sudahpun mula ditutup oleh kuasa besar ‘pengeluar’ dunia seperti Amerika dan negara-negara Eropah seperti Itali, Perancis dan Spain.
Jenama peruncitan fesyen seperti Primark, MNG dan Zara misalnya telah menutup ratusan cawangan di serata dunia. Jenama H&M yang mempunyai hampir 3,000 cawangan di 50 negara juga dikatakan menutup lebih 200 cawangannya di serata dunia.
Suasana ini akan diekori oleh kegawatan ekonomi yang serius di mana sejurus itu akan timbul pula isu-isu yang berkait rapat dengan kebajikan manusia sejagat seperti kepincangan sistem kesihatan dan pergelutan politik negara dunia.
Ini baru beberapa perkara yang diramal dan belum lagi menyebut perihal kegagalan sistem pendidikan, kekurangan sumber makanan dunia dan hal-hal sahsiah yang membentuk sistem demokrasi baru yang dikatakan akan tercabar dan goyah. Untuk seketika kita tidak tahu apakah sistem pentadbiran yang dunia akan perkenal dalam waktu terdekat ini. Yang pasti, dunia tidak akan sediakala seperti dulu lagi.
Banyak perniagaan fesyen terpaksa tutup akibat desakan ekonomi
Di negara kita sendiri contohnya, kerajaan yang menerajui sekarang juga telah pun melalui proses evolusinya yang tersendiri dan melalui sistem demokrasi mengikut undang-undang perlembgaannya ‘tersendiri’ juga. Namun setakat ini pentadbiran kerajaan diterima dan disenangi oleh banyak pihak. Malah ramai sudah melupakan kekalutan ‘Backdoor Government” yang muncul ekoran pergelutan kuasa kerajaan beberapa bulan lalu. Sebaliknya rakyat mula menerima kerajaan yang sedia ada dan mula berasa selesa. Ataukah ini mungkin juga boleh dihuraikan melalui satu pepatah Melayu, tiada rotan akar pun berguna.
Dunia Tetap Sama
Apakah dunia semakin kejam atau kita yang masih belum bersedia melalui transisi dunia baru yang jangkaannya kita sendiri belum faham sepenuhnya? Kehidupan “new normal” yang kita harungi hari ini dan hari-hari selepas ini sebenarnya bukanlah normal seperti kehidupan biasa yang kita tahu dulu.
Dunia mungkin sama saja cuma sejak manusia dikenakan PKP ada perubahan ketara daripada segi udaranya yang semakin bersih, sungai-sungai dan lautan yang mana airnya kian jernih dan hidupan liar di hutan tebal boleh lega dengan kesegaran persekitaran yang tiada ancaman daripada tindakan rakus manusia. Tapi untuk berapa lama keadaan persekitaran ini akan berterusan begitu? Jawapannya terletak di tangan manusia sendiri!
Musnahnya atau sejahteranya dunia, kita manusia yang tentukan. Ini telah dibuktikan; selama tiga bulan kita tidak campur tangan dalam urusan dunia, ternyata ia telah menjadi lebih baik. Kita juga sedar bahawa dunia ini bukan milik kita dan seharusnya bertanggungjawab menjaga kesejahteraannya untuk semua termasuklah binatang, tumbuhan dan alam semulajadi kurniaan Allah. Manusia memerlukan kaedah dan bentuk pemikiran baru dalam percubaan untuk meneruskan kehidupan kini. Itu realiti yang harus kita terima.
Bermulanya Tata Dunia Baru
Forbes@10 turut menyebut perihal dunia sedang menyaksikan kebangkitan Tata Dunia Baru (TDB) atau NWO ini. Rencana yang diitulis oleh Khuloud Al Omian, Ketua Editor, Forbes Timur Tengah mempersoalkan apakah dunia bakal berdepan dengan perubahan mendadak? Sebenarnya perubahan sudahpun bermula cuma akan terus bergerak dengan lebih pantas.
Namun begitu kita juga sedar bahawa sistem teknologi global ciptaan manusia yang begitu canggih kita nikmati lebih dua dekad lalu masih belum bersedia menangani virus Covid-19. Kenyataan ini membuat manusia semakin tercabar. Covid-19 telah berjaya menjadi satu pandemik hingga membuat kita terasing dari lumrah norma kehidupan sediakala.
Persoalannya, apakah selepas wabak ini berakhir dunia akan kembali pulih seperti sediakala? Terima atau tidak, bermulanya serangan wabak ini, manusia secara tidak langsung telahpun didedahkan dengan perubahan-perubahan dalam setiap segi kehidupan.
Wabak ini telah mencabar tentulah ekosistem ekonomi, politik, prinsip kesihatan sejagat, undang-undang sempadan negara dunia, sistem pendidikan malah budaya manusia sejagat juga pasti berubah mengikut sistem dunia baru. Semua itu bakal kita lalui dan lihat.
Apakah sebenarnya Tata Dunia Baru ini? Secara ringkasnya ia merujuk kepada sebuah teori konspirasi yang berusaha mewujudkan pemerintahan satu dunia secara total di mana sekelompok elit yang berkuasa secara rahsia dengan agenda global yang merencanakan kuasa ke seluruh dunia melalui pemerintahan dunia yang otoriter. Dari mata kasar, khususnya golongan marhaen, mereka menganggap TDB ini sebagai proses globalisasi yang mesti mereka hadapi sedangkan mereka tidak tahu yang mereka punya kuasa untuk menolaknya dan tidak perlu menerima apa yang disogok.
Apa yang ramai tidak tahu, sistem TDB ini bakal menggantikan sistem negara bangsa dunia yang sedia ada. Seperti yang saya sebutkan awal tadi, tidak mahu memperincikannya kerana punya banyak kepincangan khususnya daripada perspektif Islam. TDB bakal mewujudkan dunia tanpa sempadan dan melemahkan institusi negara berdaulat dan menerajui kelompok elit yang menguasai arena politik, kewangan, kesihatan, pendidikan, moral dan budaya dunia sejagat.
Persekitaran dunia pulih selepas lama berlangsungnya kawalan pergerakan
Kesan Globalisasi
Ketidaktentuan peraturan dunia hari ini juga sebenarnya punya kaitannya dengan globalisasi. Sesetengah orang menafsirkan globalisasi sebagai proses pengecilan dunia atau menjadikan dunia sebagaimana layaknya sebuah perkampungan kecil. Sebahagian lainnya pula berpendapat bahawa globalisasi adalah satu daya penyatuan masyarakat dunia daripada sisi gaya hidup, orientasi, dan budaya.
Pengertian lain bagi globalisasi seperti yang dikatakan oleh Barker (2004) adalah bahawa globalisasi merupakan kesinambungan global ekonomi, sosial, budaya dan politik yang semakin meluas di seluruh penjuru dunia yang merasuk kesedaran kita. Sepertimana penjelasan A.G. Mc.Grew,1992, proses globalisasi berperanan mencetus pelbagai peristiwa, keputusan dan kegiatan di satu bahagian dunia yang mana ia dapat membawa impak atau konsekuensi penting terhadap individu dan masyarakat di bahagian dunia yang lain.
Kita tidak begitu pasti bagaimana keadaan dunia baru yang kita perkatakan kini, namun sebahagiannya, khususnya di bidang teknologi dunia sudahpun menjalaninya kehidupan itu. Dunia bergerak secara virtualisasi dalam segala sudut aktiviti harian seperti ekonomi, politik, automasi dan produk dalam kelangsungan gaya hidup kini.
Teknologi Itu Infiniti
Kita semua tahu proses perkembangan globalisasi pada awalnya ditandai kemajuan bidang teknologi informasi dan komunikasi. Bidang tersebut merupakan penggerak globalisasi. Kemajuan bidang ini kemudian mempengaruhi sektor-sektor lain dalam kehidupan, seperti bidang politik, ekonomi, sosial, budaya dan lain-lain.
Contoh sederhana dengan teknologi internet, parabola dan TV, orang di belahan bumi manapun akan dapat mengakses berita dari belahan dunia yang lain secara cepat. Hal ini akan terjadi interaksi antara masyarakat dunia secara luas, yang akhirnya akan saling mempengaruhi satu sama lain, terutama pada kebudayaan daerah, seperti kebudayaan gotong royong, menjenguk tetangga sakit dan lain-lain. Globalisasi juga berpengaruh terhadap generasi muda dalam kehidupan sehari-hari, seperti budaya berpakaian, gaya rambut, trend beriadah juga persepsi terhadap pemakan dan sebagainya.
Begitupun kita perlu sedar kebaikan hasil globalisasi dalam perkembangan dunia sejagat namun ia turut menimbulkan pelbagai masalah dalam hal-hal lain kehidupan. Antara sudut kehidupan yang ketara terkesan ialah bidang kebudayaan misalnya di mana hilangnya budaya asli sesuatu daerah atau suatu negara kerana akan terjadinya haskisan nilai-nilai budaya.
Secara tidak kita sedari, globalisasi juga secara tidak langsung telah menurunkan semangat nasionalisme dan patriotisme dalam diri seseorang atau sesuatu masyarakat. Paling pedih untuk ditelan ialah hilangnya sifat kekeluargaan dan kerjasama yang akhirnya boleh saja menjurus kepada kehilangan kepercayaan pada diri.
Aishah dan Ebit Lew antara figura yang aktif melakukan kerja amal.
The New World Struggles to Be Born, The Old World Is Dying
Persoalannya sejauh manakah kejayaan Tata Dunia Baru? Walaupun selama beberapa dekad ini sudah menunjukkan fakta di mana para pemimpin dunia membicarakan mengenai sebuah “Tata Dunia Baru” dalam konteks agenda politik dan dalam rangka konsep pentadbiran mereka untuk mengurangi kekuatan negara berdaulat yang menuju kepada pemerintahan global. Namun hingga ke hari ini, masih dianggap sebagai sebuah khayalan paranoid daripada sebuah teori konspirasi dan samar-samar.
Seperti yang dikongsikan oleh seorang pakar psikologi dan penulis tersohor Barat, Metzl tentang kata-kata seorang ahli teori Komunis Itali, Antonio Gramsci; “The old world is dying and the new world struggles to be born. Now is the time of monsters.”
Jika benar kita sedang menempuh permulaan Tata Dunia Baru, kenapa kita mesti takut? Sepatutnya kita berusaha persiapkan diri. Sepertimana The old Normal yang pada suatu ketika itu adalah The New Normal bagi dato nenek kita pada pertengahan 1900, New Normal yang kita temui hari ini sudah tentu buat kita terkejut dan kalut namun ia akan menjadi satu dunia yang amat terbiasa bagi anak cucu kita. Cuma sudah tentu juga ada beberapa perbezaan yang kritikal dan indah antara pertengahan 1900 dan sekarang jika mahu kita membuat perbandingan.
Penjarakkan sosial di tempat awam seperti masjid, stesen dan di dalam LRT, pusat membeli-belah juga pasaraya akan menjadi kebiasaan baru atau ‘new normal’ dan akan berterusan untuk beberapa ketika.
Sebagai contoh, ketika pandemik Spanish flu pada 1918, ketika itu hanya ada dua bilion penduduk dunia dan daripada dua bilion tersebut 30 peratus sahaja yang celik huruf. Bijak pandai yang untuk menjadi ‘think tank’ mungkin lebih kurang 600 juta orang sedangkan populasi dunia 7.7 bilion dan mempunyai 86 peratus celik huruf yang mana bererti 6.5 bilion bijak pandai untuk memperbetulkan apa juga kerosakan dan masalah dunia ini.
Menarik dan indahnya, kini dengan teknologi kita dapat berkomunikasi dengan lebih baik dan pantas. Peralihan maklumat dan ilmu dapat beralih deras melalui internet dalam jangka waktu minit. Ini membuat kita berasa lega kerana masalah dapat diselesaikan dengan lebih cepat.
“The pandemic moves at the speed of globalization, but so does the response,” kata Metzl. “The tools we’re bringing to this fight are greater than anything our ancestors could have possibly imagined.”
Jadi janganlah berasa takut atau kalut. Kita cuma perlu faham pengertian dunia baru dan globalisasi sebenar yang memiliki hubungan dengan peningkatan keterkaitan dan kebergantungan antara manusia di seluruh dunia tidak kira sama ada melalui perdagangan, pelaburan, perjalanan, budaya dan bentuk-bentuk interaksi yang lain sehingga batas-batas suatu negara menjadi semakin sempit.
Persoalannya, apakah kita bakal menukar sikap dan cara hidup kita selepas pandamik ini? Apakah yang telah kita pelajari daripadanya? Yang pasti Covid-19 merubah tatacara kehidupan kita, bagaimana kita bekerja juga citarasa kita dalam banyak perkara di masa mendatang. Paling penting sejauh mana ia mengubah cara manusia menggunakan teknologi dengan bjiaksana.
Presiden Trump dan Presiden China Xin Jinping