FESYEN

Koleksi Musim Cuti Fiziwoo ‘22

All the Colours, Prints, Silhouettes and Attitude…

Seperti yang dijangka Fiziwoo kembali membawa kesegaran dan semangat bercuti melalui koleksi Cruise Line ’22. Menonton runway beliau pada pentas KLFW, Pavillion baru-baru ini membuat hati teruja. Walau tidak di Maldives atau di Cape Town, setidak-tidak pun pantai putih bersih dua pulau terkenal negara, Langkawi dan Perhentian tergambar indah di depan
mata.

Well, enough dreaming and back to the collection. Fizi kali ini bermain dengan sulam dan renda, warna dan cetakan yang walaupun pernah terlihat sebelumnya namun setiap helai membawa bersamanya satu keharmonian yang seolah-olah bercanda dengan alam, segar dan paling penting… it comes with an attitude.

What’s exactly in every piece of a cruise line? Ini selalunya ditanya para wartawan dan penonton. Kebiasaannya, and to be exact, corak segar tumbuh-tumbuhan, bunga dan flora sering diangkat oleh pereka ini sebagai sumber ilham ke dalam rekaan cruise line mereka. Secara logiknya cruise line seharusnya berciri, ceria, nyaman dan dekat dengan alam.

Tidak kisahlah seandainya corak yang terhasil sekadar computer-manipulated print atau eye-popping graphic designs, seketul batu pantai atau rama-rama yang sedang hinggap pada sekuntum bunga, seringnya sumber ilham ini diiringi idea-idea segar dengan subject matter terlalu biasa atau kadangkala mungkin jauh di luar jangkaan.

Hitam dan juga putih yang dianggap bukan ‘warna’ dalam dunia rekaan fesyen, namun satu kemestian dalam setiap koleksi musim bunga/panas mahupun sejuk/luruh para pereka terkenal dunia. Fiziwoo tidak terkecuali untuk koleksi cruise line kali ini.

Since fashion repeats itself dan pengunaan bahan serta ciri-ciri musim bunga/panas menuntut pilihan, warna, corak dan silhouette tertentu, untuk koleksi musim ini Fizi memilih kuning, sentuhan renda pada satu rangkaian koleksinya berjaya mencetuskan that romantic look, something like ‘love is in the air

Fizi… sentuhan akhir sebelum pertunjukan dan satu ilham menarik untuk gaya lela

Idea dan Terjemahan Yang Tersirat

Kuning padu banyak digunakan dengan gabungan tona-tona alam seperti coklat dan Teh Tarik. Menggunakan buah mangga harum manis kebanggaan negara sebagai subject matter untuk salah satu rangkaian cruise linenya, adalah satu idea yang brilliant. Keceriaan kuning Harum Manis menyuntik dan kesegaran harumnya diterjemahkan dengan baik pada beberapa garmen yang menggamit semangat untuk pergi jauh dan berseronok-seronok.

Kuning yang sering dikaitkan dengan kesegaran,matahari, smiley faces dan sebagai warna yang mencetus rasa ceria, seronok juga dikaitkan sebagai simbol youthful, full of hope and positivity was well applied on the garments.  Itulah mesej yang tersirat dan mungkin ingin disampaikan oleh Fizi dan Kai untuk koleksi ini.

Antara lain yang menarik perhatian ialah rangkaian renda dalam hitam dan putih yang feminin dan romantik. Sekiranya anda gemarkan dua ciri ini pada pakaian anda, rangkaian renda yang datang dalam hitam, putih dan The Tarik in pasti menepati cita rasa anda.

Di akhir pertunjukan, apa yang dipertontonkan tidaklah begitu kompleks; warna ceria satu kemestian untuk mengembalikan keseronokan dunia fesyen yang suram, corak kembali bertahta, silhouette yang menawan, ringkas namun romantik… all you need is an attitude to move forward and grab your chance to have fun and be happy.

Related posts

KOLEKSI MUSIM LURUH/SEJUK 2024 CARLO RINO

adminwm

In memory of French Couturier Pierre Cardin

admin

Up-to-Bags

admin

Leave a Comment