Wajah Sasha yang unik dan ketinggiannya sentiasa mendapat perhatian ramai. Peminatnya ratusan ribu dan dia seorang yang lebih suka bekerja daripada berbual kosong. Mari kita mengenali wanita yang kini sudah pun memanjat usia 41 tahun, dan kita tanya lebih lanjut akan siapa Sasha Saidin?
“Sasha Saidin adalah seseorang yang sangat simple dalam cara kehidupan sehariannya dan senantiasa ingin menimba ilmu pengetahuan tentang apa saja. Pendidikan awal dari darjah satu hingga tingkatan lima di Bukit Bintang Girls School. Menyambung Diploma in Business Admin di KDU dan telah memperolehi BSc in Business Information Systems di University East Anglia UK.
“Ayah Sasha berdarah Melaka/Minangkabau sementara ibu berdarah England/Itali. Sasha dilahirkan pada 20/12/1976 dan kini berumur 41 tahun. Mempunyai seorang abang dan seorang adik lelaki dan pada 2009 telah dikurniakan seorang anak lelaki bernama Adam Aryasenna Notosoemarsono.
“Sasha telah menyertai kumpulan Elite setelah menghadiri open audition KRU Records dan lulus pada 1996. Waktu itu Sasha merancang untuk mengambil ‘gap year’ untuk melibatkan diri dalam dunia lakonan dan peragawati tetapi menyangkakan akan terbabit dalam dunia nyanyian cuma beberapa tahun sahaja, namun hakikatnya Elite masih bertahan sehingga kini.
“I started doing tv commercials when I was seven years old after being spotted by a modelling agency in a shopping complex. With that I also did catalogue shoots followed by fashion shoots at the age of 13. Later around 17 I started doing catwalk shows. “
Bagaimana ‘fame’ boleh mengubah seseorang itu dan apakah Sasha juga antara yang berubah saat dikenali ramai?
“I don’t think fame has changed me perhaps being in the limelight is all I’ve ever known since I was a child so I kinda took it in my stride but my parents have always kept me grounded and taught me to be realistic. “Ya ibu bapa saya amat menekan tentang pelajaran, apa pun yang saya mahu kerjakan saya mesti pastikan pelajaran yang utama. They put a heavy emphasis on education so I was not allowed to slack in my school work if I wanted to be involved in the art world on the side. So they kept their promise when I performed well for my SPM and gave me their blessing to join Elite with the promise that I would one day continue my studies once again which was what I did eventually.”
“Like it or not, I feel that it was mostly luck or being in the right place at the right time but with technology these days and in particular social media has changed the world of the local entertainment scene completely. Kini saya percaya terlalu banyak platform yang kita temui dan bisa ke sana untuk mendapat perhatian penerbit dan juga pengarah. Namun yang lebih penting jadilah diri anda yang sebenarnya, inilah yang terbaik.”
Apa perkara yang Sasha belajar mengenai kehidupan sebagai insan biasa dan selebriti khasnya?
“Hidup ini cuma sementara, hidup ini terlalu singkat dan orang yang kita cintai baik ahli keluarga mahupun kawan-kawan dan peminat juga, mereka ini adalah sebagai satu rahmat yang Allah telah kurniakan kepada kita. Sebagai selebrtii dari semasa ke semasa anda menjadi perhatian dan ‘target’ dan pentingnya ahli keluarga, kawan dan sahabat handai yang memandu dan mengalakkan kita supaya tidak mudah mengalah. Perjuangan harus diteruskan.
Pastinya Sasha sudah seribu kali ditanya wartawan mengenai pelbagai soalan tetapi adakah SATU soalan yang paling Sasha ingin ditanya namun belum pernah ada seorang pun bertanya hal demikian. Apa soalannya dan jawapan kepada soalan yang satu itu? “Tiada. Rasanya every type of question has been asked.”
Projek Sasha buat sekarang?
“I’m working on a programme where I am a host of a documentary tv series that talks about South African architects where I got to personally interview them and visit the many projects that they’ve worked on. I am also right now working on directing the music video for my next single to come out of my solo album called Kerana Cinta.”
Kejayaan terbesar Sasha, terutama dalam dunia seni?
“Sudah tentu bila mana saya berjaya mengimbangi antara kerjaya saya dengan saya sebagai ibu, juga sebagai anak. Memang tidak mudah, kata ringkasnya sebagai selebriti kehidupan ini sendiri amat mencabar namun bagi saya keluarga adalah yang paling utama dan ia satu tanggungjawab yang besar yang sedikit pun tidak boleh diabaikan. Saya suka menggunakan istilah ‘saya part time selebriti, dan full time ibu. Namun, saya berterima kasih kepada peminat-peminat saya yang ada melihat saya sebagai’role model’ dan saya akan membuat yang terbaik dalam setiap projek yang saya mengambil bahagian. Yang demikian ia bukan sahaja memanfaat diri saya tetapi ia memberi insipirasi kepada yang di luar sana yang barangkali juga menghadapi jalan sukar atau dalam persimpangan.”
“Mengenai siapa selebriti yang saya kagumi… jawapan saya begini, “In today’s world I feel that Angeline Jolie is today’s Audrey Hepburn. They both give their best in their fields of acting and movie making but also give back by going out on a limb and going to poverty stricken areas to create awareness under the United Nations banner. “
Adakah Sasha punya ramai kawan atau lebih gemar bersendiri dan apa yang Sasha buat jika bersendirian, dan adakah pengalaman yang tidak akan Sasha lupakan sehingga kini, yang suka dan yang duka?
“Untungnya saya mempunyai ramai kawan-kawan sejak kecil dan sesetengahnya semenjak umur saya tujuh tahun lagi, dan waktu sama saya juga punya ramai kawan yang saya baru kenal tetapi saya dapat rasakan mereka adalah kawan untuk selama-lamanya, friends for life.”
“Dan pengalaman yang tidak boleh saya lupakan adalah sewaktu kami membuat persembahan untuk Sukan Komenweld di Stadium Bukit Jalil dan keluarga ibu saya di United Kingdom menontonnya di televisyen secara langsung. Pengalaman yang duka adalah bila mana ayah saya pergi buat selama-lamanya pada 2016.”
Sekarang Sasha pada usia awal 40-an… apa yang menariknya pada Sasha mengenai usia anda kini. Atau rasa perlu slow down?
“Saya rasa saya perlu bergerak lebih cepat dan cergas disebabkan terlalu banyak yang mahu saya lakukan, dan terlalu banyak tempat yang saya mahu kunjungi yang mana saya belum sempat terokai dan juga terlalu ramai orang saya mahu temui. Saya diberkati dengan kehidupan saya kini dan saya tidak mahu cuba mengubah walau satu pun. Dan tiga perkara yang amat penting bagi saya ialah keluarga saya, kawan-kawan saya, dan juga ilmu yang saya miliki.
Mengenai Fesyen
Yani Bakhtiar atau lebih dikenali sebagai Kak Yan mengatakan Yans Creation tanpa Sasha macamkan tak lengkap. Komen sikit? Komen mengenai Yani Bakhtiar yang Sasha kenali?
“Saya mengenali Kak Yan semenjak saya berumur 18 tahun iaitu kali pertama saya membuat penggambaran fesyen dengan dia… dan sejak itu kak Yan tidak pernah berubah. Beliau seorang yang sangat positif. Her positive vibes and spirit is something that I often wish to emulate.”
Ada kata, Sasha sepatutnya berhenti modelling untuk Yans Creation atau apa juga jenama kerana sudah melewati paras usia yang menarik untuk seorang model… komen sikit?
“Saya rasa sebagai seorang model tiada had umur yang menghalang sesiapa pun untuk terus berkecimpung dalam dunia ini. Lihat model seperti Claudia Schaffer, Naomi Campbell, Cindy Crawford and Linda Evangalista, mereka masih berjalan di catwalk dan memperagakan fesyen untuk majalah.”
Dan ke mana sudah Sasha pergi modelling untuk Yans Creation…
“Dengan Yans Creations saya pernah modelling di Indonesia, Singapura dan Australia.”
Jika Sasha tidak memakai Yans Creation, Sasha memilih siapa?
“Saya tidak memilih designer sebab saya bekerja dengan semua designers dan mahu mencuba pelbagai rekaan daripada pereka-pereka fesyen yang ada.”
Mengenai cantik
“Cantik datang dari dalam walaupun cliche but it shows on the outside if you are happy and in love with yourself inside. Dan rutin cantik saya sebelum saya tidur walau macam mana letih sekalipun saya tetap akan menanggalkan make-up saya, mencuci, menyapukan toner dan juga krim muka atau pelembap.
Sasha, what have you always wanted. Dan adakah Sasha sudah mendapatkannya?
“I had always wanted to have a child/children and am so grateful that I have been blessed with a pleasant mannered, hardworking and loving child.”
Gambar IqqiVR
IG: iqqivr.photogministry
Solekan: Khainina Khalil
Pakaian & Perhiasan: Yans Creation
Pengarah Seni: Wirda Adnan
Terima kasih kepada Yani Baktier daripada Yans Creation