CANTIK

Rangkaian Cantik Buds

Buds Organics adalah jenama penjagaan kulit peribadi organik terkemuka dunia yang menyediakan rangkaian lengkap produk yang bersesuaian untuk seisi keluarga. Ianya terdiri daripada enam rangkaian produk – Buds Cherished Organics, Buds Everyday Organics, Buds Soothing Organics, Buds Oralcare Organics, Buds for Kids, dan Buds Household Eco yang memenuhi keperluan seluruh keluarga.

Kesemua produk Buds Organics menerima pengiktirafan ECOCERT bagi memberikan keyakinan untuk setiap pengguna.

Buds Cherished Organics: Menawarkan penjagaan dan perlindungan terbaik kepada ibu. Buds Organics kekal komited dalam menyediakan penjagaan terbaik untuk wanita yang Kali pertama  bergelar ibu. Koleksi Buds Cherished Organics (BCO) adalah rangkaian penjagaan kulit pilihan utama yang memenuhi keperluan bakal ibu yang mengalami proses sewaktu dan selepas kehamilan dan penyusuan susu ibu. 

Rangkaian yang tinggi dengan bahan organik dan bebas daripada bahan pengawet ini memenuhi keperluan para ibu – hanya yang terbaik untuk para ibu. Sebagai sebuah syarikat yang menerima pensijilan ECOCERT, produk-produk Buds Organics diperbuat daripada ramuan-ramuan semulajadi dan sumber daripada tumbuh-tumbuhan yang berkualiti tinggi serta diperoleh secara beretika menerusi pertanian lestari, sekaligus menjadikannya selamat untuk para ibu dan bayi yang baru lahir. 

Rangkaian produk Buds Cherished Organics terdiri daripada Organic Breast Massage Oil yang membantu menggalakkan laktasi, mengatasi masalah saluran susu tersumbat dan mengurangkan kesakitan akibat bengkak payudara. Bersesuaian dengan produk ini ialah Nursing Salve yang membantu untuk menyembuhkan puting yang merekah dan memberikan kelegaan terhadap kesakitan di bahagian tersebut.

Bagi penjagaan selulit (stretch marks), Beautiful Blooming Belly Stretch Mark Cream membantu mencegah, menyembuh dan mengurangkan pembentukkan kulit yang berlekuk di kawasan-kawasan yang terlibat. Sementara Anti-Itch Soothing Vit-C Belly Cream memberi kelegaan pada kegatalan dan melembabkan kulit meregang yang sensitif. Akhir sekali, produk Organic Massage Oil yang baru dilancarkan mengandungi formulasi khas untuk ibu yang baru melahirkan bayi. Produk ini mengandungi bahan dan ekstrak yang berkualiti tinggi supaya dapat membantu mengurangkan pegumpulan cecair dalam badan (water retention), meningkatkan aliran darah, menggalakkan penurunan berat badan dan mengurangkan rasa penat dan sakit otot. 

Related posts

STEMEY PRODUK PENJAGAAN RAMBUT ‘STEM CELL’ TUMBUHAN

adminwm

The Red Cica Story

admin

Bangun Dan Bersoleklah

admin

Leave a Comment