COVER STORY

Janna Is In Love

Kali pertama mengenalinya ketika dia hadir pada satu majlis keluarga. Dia memakai jubah hitam, tudung juga berwarna hitam. Tidak bersolek cuma bibirnya sedikit kemerahan. Oh… saya terpaksa mengakui yang gadis ini punya kecantikan asli, sekali pandang seperti gadis Hindustan… macam Kajol masa dia muda, kata di hati.

Kerana saya tidak berkesempatan hadir pada majlis pertunangannya, dengan Ihtisham Hisham yang kami panggil Tisham, saya lantas bersalaman, “Saya Aina, sepupu Tisham. Maaf saya tidak dapat hadir pada majlis pertunangan Tisham, abah tiba-tiba sakit.”

“Saya Janna,” dia menyambut salam saya dan mencari tempat duduk di sebelah saya. Buku-buku surah yasin diedarkan kepada tetamu dan kami semua larut dalam bacaan surah ini yang ditujukan khas kepada ahli keluarga, tahlil kepada mereka yang telah pergi. Nampak dia lancar sangat, selepas majlis saya tanya. Katanya, mama dan abahnya mempersiapkan anak-anak dengan dididikan agama, malah dia dimasukkan ke sekolah aliran agama sewaktu di sekolah rendah. Selepas itu kami bersembang rambang, dan saya juga sibuk melayan dan menghidangkan makanan kenduri, saya lihat dia rajin juga di dapur.

“Pandai memasak?”

“Boleh juga tapi lebih kepada makanan Barat. Sebab semasa di Australia Janna belajar dengan kawan-kawan memasak hidangan Barat dan lagi pula, masakannya lebih ringkas. Rendang dan lemak cili padi itu bolehlah tetapi tidaklah sedap macam mama masak.”

Nurjanna Syaqira Ahmad Nurhisham…. Hari ini dia isteri kepada sepupu saya Ihtisham Hisham. “Banyaknya nama Hisham dalam famili ni,” saya berlawak. “Hemm tulah… Janna pun rasa nama Hisham yang buat Janna nak kenal dia lebih lanjut.”

Allah mendekatkan hubungan kami, dan dapatlah saya mengenali wanita ini yang berjaya mencuri hati sepupu saya Tisham. Sebagai sepupu saya dan Tisham rapat, tetapi kebiasaan kami berjumpa jika ada majlis kenduri-kendara keluarga, (memang kerap sangat) atau Hari Raya di kampong. Yang saya tahu, Ihtisham tidak punya teman wanita sewaktu di kolej, dan bila sepupu-sepupu bertanya dia akan menjawab, “Lambat lagi, keutamaan untuk menyimpan duit, beli kereta sendiri dan beli rumah. Tak cool lah kalau tidak ada rumah. Lagipun Tisham muda, kak Aina kahwin dulu, juga biar Safwan dan lain-lain kahwin. Girlfriend pun tidak ada. Not now lah… kerja dan simpan duit.” (Ihtisham graduan dari Coventry University United Kingdom, (Twinning program by Linton University) Degree in Mechanical engineering.)

Namun tiba-tiba ibu saudara yang saya panggil Aunty mewar-warkan kepada keluarga akan majlis pertunangan Ihtisham yang akan berlangsung pada bulan Mei bulan Disember 2017, majlis pernikahan Disember, dan resepsi pula pada Febuari. Gosh… segalanya berlaku dengan cepat sekali.

“Banyak duit Tisham hendak kahwin cepat?” saya berlawak dengan Tisham, tersenyeh dia. “Simple wedding aje kak Aina. Waste no time ha ha… I already found my love one.”

Dan melihat wajah jelita gadis yang di sebelah saya ini, fahamlah saya mengapa jejaka seperti Tisham tidak mahu melengahkan pertunangan. Enam bulan bertunang dan kemudian majlis akad nikah diadakan, bersanding dan resepsi, kemudian ke Mekah mengerjakan umrah. Semuanya berlaku dalam masa kurang setahun. Betullah kata pepatah kalau jodoh tidak ke mana. ‘I created you from one soul, and from the soul I created its mate so that you may live in harmony and love.’ Surah daripada al Quran.

Siapa Janna? Lahir pada 12 May, 1991, (hem barulah saya tahu mengapa bulan Mei dan Febuari dipiih, rupanya mengambil sempena tarikh kelahiran Janna dan Tisham. Februari (2.2.1992) pula tarikh lahir Tisham.

Janna anak sulung daripada empat beradik dilahirkan di Kalamazoo, Michigan, Amerika Syarikat. Pada waktu itu ibu bapanya masih belajar. Mereka pulang sekejab untuk mengadakan majlis perkahwinan dan kembali menyambung pengajiaan peringkat sarjana (master). Janna dan adiknya lahir di sana.

[thb_gap height=”20″]
[thb_image alignment=”center” lightbox=”true” image=”7493″ img_size=”large”]
[thb_image alignment=”center” lightbox=”true” image=”7496″ img_size=”large”]
[thb_gap height=”20″]

Graduan dari University of South Australia dalam jurusan Applied Finance, Janna kini berkerja di bahagian investment di Amanah Raya. “Arwah abah, mama, saya dan adik… semuanya dalam bidang sama,” katanya bila ditanya tentang kerja. Tengoklah bila jemu nanti, Janna rasa hendak memulakan perniagaan. Janna minat fesyen dan kecantikan, mungkinlah satu hari akan melebarkan sayap ke situ.

Dulu masa lapang Janna sering diajak untuk modelling, dan membantu bapa saudara yang buat bisnes pakej perkahwinan. Biasa membantu di belakang tabir. Tetapi untuk modelling Janna hanya terima kalau kalau berhijab dan pakaian menutup aurat.

Sejak bila bertudung? “Hemm masa di sekolah rendah lagi… arwah abah dan mama pastikan hal itu, kata mereka kalau tidak menutup aurat jangan keluar rumah. “

Macam itulah Janna belajar menyimpan duit, daripada hasil modelling untuk pelbagai iklan tudung, juga untuk tv dan majalah.. Sebenarnya best juga kerja begitu, teringat arwah abah kata, jangan sampai terbawa-bawa, belajar sampai ke peringkat paling kurang Ijazah. Ikutkan mama, Janna mesti menyambung pengajian sehingga ke peringat Master.

“Sebenarnya, Janna merancang untuk terus belajar dan bekerja di Australia sebaik tamat latihan amali di sana. Kerja pun sudah menanti, tetapi…

Wajah ceria Janna bertukar muram. “Janna ingat satu malam abah menghubungi (abah memang rajin call dan Janna pun kalau abah tidak hubungi dalam dalam seminggu Janna gelisah, and I will call him. Kami rajin bercerita, and I told abah, Janna hendak kerja sahaja di sini. Abah pun setuju… kata abah dapatkan sebanyak pengalaman di negara orang, kemudian baru balik. Janna gembira sangat, ingatkan abah dan mama mahu Janna pulang segera sebaik tamat pengajian. They gave  green light for me to stay longer in Australia.”

Dan airmata mula mengalir, dia mengesatnya apabila air mata itu terus mengalir. “Abah yang sihat, yang tidak berpenyakit tiba-tiba jatuh dan meninggal di pejabatnya.”

Janna pulang, awalnya untuk seketika dan selesai pengebumian dan kenduri kendara Janna mahu balik Australia. Tetapi Janna tidak sampai hati untuk kembali ke sana lagi. Hubungi majikan dan menguruskan barang-barang untuk dibawa pulang ke sini. Sebab mama di dalam keadaan masih terkejut… dia perlukan Janna masa itu. Lagipun adik-adik masih kecil. Lama juga mama mengalami depression. Langsung Janna lupakan hasrat menyambung pengajian ke peringat master dan bekerja sambilan. Janna rasa keluarga lebih penting.

Begitulah kisahnya… dan langsung mencari kerja di Malaysia sahaja..

Pernah dikecewakan oleh seorang jejaka, katanya dia memang tidak merancang untuk berkahwin pun, tetapi satu hari tangan yang gatal ini suka-suka mencari kenalan di alam maya… dan mereka ‘mematchkan’ dengan seorang. Orang di sana juga rupanya hanya bertujuan main-main… jemu keseorangan di Selatan dengan kerja yang di kelilingi hanya lelaki, lelaki di sana menghantar salam dan Janna sahaja balas ‘hai’ dan kemudian kami chat ala kadar. Namun ada pula teman yang kenal both of us.. what a small world actually, teman lelakinya ialah kawan rapat Tisham. Dan satu hari mereka merancangkan pertemuan keduanya.

Kali pertama dan kedua bertemu, “upp bosannya Mamat ni,” kata di hati. Tahu kenapa, dia asyik bercerita mengenai kerjanya, ‘crane’nya. Laa kita perempuan mana minat ‘machinery’ lebih-lebih lagi crane. Saya tahulah awak engineer tapi tiada cerita lain ke?”

“Tetapi, ya ada tapinya, ada sesuatu yang menarik perhatian Janna… dia seorang yang rajin bekerja, bersemangat untuk maju dan bercita-cita tinggi dan Janna suka lelaki begini. Janna suka lelaki yang mahu go big in life, lelaki yang bijak, dan yang penting ada ilmu agama. Kata arwah abah, cari lelaki yang beragama, yang bersolat.”

Cinta pandang pertama? “Nak kata tidak, tidak juga, dan hendak kata ya… not really. Satu hari Janna dan famili pergi holiday. Janna hantar gambar padanya dan cerita akan Morocco yang cantik. Tisham balas dan memberitahu mummynya banyak travel dan ada bercerita tentang keindahan tempat itu.

Janna beritahu dia akan balik awal manakala mama dan adik-adik menyambung percutian di Eropah. Janna terpaksa pulang sebab tiada cuti lagi. And he replied, “I will fetch you and I like to buy you lunch.” Dan lepas itu dia hantar Janna pulang.

“Not long after that, he sent me a little note. It was beautifully written… how he misses me… dan dia menyatakan kerinduannya, dan dia menyatakan dia juga merasai apa yang Janna rasai.

It took us only four months untuk kami merancang diikatkan percintaan ini dengan pertunangan. Dia di Selatan, Janna di sini jadi jikalau di dalam waktu itu perasaan sayang bertambah utuh, maka kami akan melangsungkan perkahwinan.

Tentu mama orang pertama yang Janna beritahu kala mula merasakan he is the one. Janna bawa dia bertemu Mama. Airmata mama mengalir… kerana namanya mengingatkan mama pada abah. Nama Hisham menyentuh sangat perasaan mama dan mama senang dengan dia. Mama juga mahu memperkenalkan Tisham  kepada ibu dan bapa mentuanya. (Tuk dan opah sebelah mama kebetulan hari Janna bawa jumpa mama, mereka berada di rumah, kata Opah budak itu hormat orang tua. Dan jikalau mereka (atuk sebelah abah) setuju maka diteruskan rancangan. Datuk di sana juga berasa keterujaannya. “Atuk menangis, dia rasa kalau ini pilihan Janna dia juga merestuinya.”

[thb_gap height=”20″][thb_image alignment=”center” lightbox=”true” image=”5035″ img_size=”medium”][thb_gap height=”20″]

Kata Janna tentang cinta..

“I love you not because of anything you have, but because of something that I feel when I am near you… I know that you are the one I truly love until the end of my life.”

Mengenai perkahwinan, “The happiest marriages have a husband who feels admired by his wife and a wife who feels adored by her husband ~ Davewillis.org. “Ya Allah jadikan kami pasangan yang pandai bersyukur atas apa yang kau berikan. Jadikanlah kami suami isteri yang saling mencintai di kala dekat, dan saling menjaga kehormatan di kala jauh, dan dia menghiburkan di kala duka.”

Tentang keluarga, Rasulullah SAW bersabda, “Paling dekat dengan Baginda kedudukannya kelak pada hari kiaamat adalah orang yang paling baik akhlaknya dan sebaik-baik daripada mereka ialah yang paling baik terhadap keluarga.”

Saya sempat menghantar message kepada Tisham. Dibalas dengan fotonya masih dalam ihram. “Ni baru lepas umrah ke tiga, dan esok kami akan berangkat ke Madinah.”

Apa yang Tisham doakan? “Semoga perkahwinan kami kekal hingga ke Jannah. Semoga jarak tidak lagi memisahkan kami… I want my wife to be near me always.”

Tisham your quotes about love?

And he wrote, “I didn’t plan it, but you’re the best thing that’s ever happened to me. Janna, you make me complete. I love you so much. I didn’t know what love meant until I met you.”

Semoga keduanya bahagia sehingga ke Janna. #TishamtillJanna.

[thb_gap height=”40″]

Related posts

Linda Olivia Founder/CEO OLIVIAZModels – The fashion world has always intrigued me…

admin

Yan Lim “Social Media Has Made It Possible For Everyone”

admin

DATO’ EMMA IBRAHIM – “I AM IN LOVE”

Wirda Adnan

Leave a Comment