Hidangan

CITARASA KELAINAN SEMPENA TAHUN BARU DI THE COFFEE BEAN & TEA LEAF® MALAYSIA

Merai ketibaan Tahun Baharu Lunar, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia bawakan citarasa baharu bagi mereka yang dahagakan keunikan dan pengembaraan.

Tahun Arnab membuka tirai bersama menu Tahun Baru Lunar oleh The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia, di samping pelbagai jenis bru dan minuman baharu yang menyegarkan! 

Ramuan seperti buah pic, raspberi, karamel garam laut dan banyak lagi akan menaikkan keinginan dan citarasa yang unik untuk anda terokai sempena tahun baharu ini “Penuh dengan sifat ingin tahu, riang, dan sentiasa bertenaga – itulah perwatakan yang dibayangkan apabila sang arnab terbenak dalam fikiran anda! Dan itulah bibit yang The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia ingin sampaikan kepada orang ramai melalui perkhidmatannya, sementara kami terus melangkah ke arah sebuah tahun yang baru serta banyak lagi pengembaraan bersama dengan anda!” sebut Fiona Rodrigues, Ketua Pemasaran & Inovasi, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia. “Berani merumus citarasa yang baharu, dan berpegang kepada cita inovasi kami – pasti ada sesuatu di kafe kami yang dapat menambat selera anda pada musim ini.”

Related posts

Semporna Green Avocado

adminwm

BYORK KL

admin

Resepi Nasi Kabsah (ayam/daging/kambing)

admin

Leave a Comment