Hidangan

BYORK KL

Satu pengalaman berinovasi yang merangsang deria.

Keterujaan untuk acara-acara sosial, majlis keraian dan jamuan yang direka-khusus di tengah kota Kuala Lumpur

Syeba Yip, seorang konseptualis, dikenali sebagai seorang “guru” dan pemacu-trend yang menjayakan pelbagai acara yang meninggalkan kesan berkekalan kini muncul dengan satu lagi konsep menarik yang bakal menjadi bualan ramai.

Selepas kejayaan 10Warung di Zebra Square Kuala Lumpur,  Syeba dan pasukan perunding acaranya yang berbakat kini mencipta ruang acara yang serba baharu untuk memuaskan keperluan dan keinginan warga KL, yang tidak berkesudahan untuk pengalaman F&B dan acara yang unik di tengah-tengah suasana yang terbuka dan mesra serta mereka-cipta acara yang memberi keriangan secara menyeluruh.

Byork KL – yang bermaksud ‘Be Your Own Rare Kind’ – terletak di lokasi yang menarik di G Village, Desa Pandan, hanya 10 minit pemanduan dari KLCC. Daripada acara-acara parti intim dan peribadi hingga ke pelancaran majlis gaya hidup, majlis korporat kepada sidang akhbar dan sesi media, Byork KL memenuhi keperluan acara dari semua saiz dan skala. Sejak awal pembukaannya pada awal 2022, BYork telah menjadi lokasi pilihan kepada pelbagai pelanggan untuk majlis dan acara seperti seminar, bengkel kewangan, sidang akhbar dan acara keraian tertutup.

“Pasukan kami terdiri daripada pengurus acara dan penjenamaan yang berpengalaman, perancang dan katerer F&B, pakar fabrikasi pentas dan prop, serta pereka kreatif dan artistik akan membantu anda mengkonseptualisasikan, merancang dan melaksanakan setiap aspek sehingga butiran terakhir.”

Bercakaplah dengan perunding Byork hari ini dan mulakan mencipta acara impian anda.

Suasana yang sempurna untuk majlis anda

Tiada acara yang terlalu kecil untuk kami; sama ada makan malam peribadi untuk sekumpulan pelanggan VIP terpilih atau majlis intim di kalangan keluarga dan rakan-rakan, kami boleh menyusun dan mengolahkan keseluruhan pengalaman untuk anda, daripada persediaan suasana hingga menu khusus dan hiburan secara “live”.  Ruang Byork KL yang boleh disesuaikan dan fleksibel sesuai untuk mengadakan pelbagai idea.

“Untuk acara yang berskala besar, pasukan kami bekerjasama dengan rakan-kerja di lokasi-lokasi pilihan di sekitar bandar untuk menyampaikan kecemerlangan yang berorientasikan perincian yang sama berkualiti.”

Bercakap tentang hiasan acara, anda boleh menjangkakan sesuatu yang luar biasa. Sentuhan ajaib dan penggayaan oleh Syeba terserlah dalam gaya taman dongengnya yang dihidupkan oleh sentuhan gaya kontemporari abad pertengahan yang bergaya. Untuk melengkapinya, masuklah ke dalam inventori Byork KL yang kaya dengan perhiasan unik, gubahan bunga dan barangan istimewa yang boleh anda sewa atau beli untuk membawa acara anda yang ke seterusnya – jangan terkejut jika mendapati diri anda memesan beberapa hiasan untuk rumah anda sendiri!

Pengalaman Menjamu Selera Bespoke (Direka-khusus)

Pendekatan unik Byork KL terhadap perkhidmatan makanan memberi anda banyak pilihan, daripada menu hidangan-berkongsi kepada perkhidmatan butler. Anda juga boleh mempertimbangkan untuk menggembirakan tetamu anda dengan stesen memasak secara langsung, di mana chef akan menyediakan makanan atas pesanan sambil menghiburkan anda dengan gaya kesenian masakan mereka. Para tetamu akan terpesona kerana mereka menikmati hidangan “à la minute”.

Satu lagi pengalaman yang unik yang bakal diadakan ialah rancangan memasak Crazy Asian Kitchen. Ianya menampilkan studio memasak di mana tetamu boleh mengintai aksi di sebalik tabir sambil para cef berdepan dengan cabaran memasak dan menyajikan karya-agung mereka. Para chef akan didatangkan dari seluruh Asia, selebriti dan YouTuber terkenal akan melibatkan diri dalam ujikaji kulinari di depan kamera khas untuk anda.

“Biar kami menghidupkan acara impian anda, silalah bercakap dengan perunding kami hari ini.”

Related posts

Semporna Green Avocado

adminwm

CITARASA KELAINAN SEMPENA TAHUN BARU DI THE COFFEE BEAN & TEA LEAF® MALAYSIA

admin

Resepi Nasi Kabsah (ayam/daging/kambing)

admin

Leave a Comment