AGAMA

Wahai Lelaki Carilah Isteri Yang Perawan, Duhai Wanita Jagai Perawanmu Sehingga Bernikah

Keperawanan atau perawan merupakan seseorang yang belum pernah melakukan persetubuhan. Beberapa budaya mahupun tradisi agama menempatkan keperawanan sebagai suatu kehormatan, yang umumnya disandang oleh perempuan yang tidak menikah. Konsep keperawanan biasanya membabitkan isu moral. 

Kata perawan awalnya merujuk pada perempuan yang tidak berpengalaman dalam hubungan seksual, tetapi saat ini tidak hanya sebatas itu. Seseorang yang berorientasi heteroseksual bisa beranggapan bahawa keperawanan hanya akan hilang melalui penetrasi penis dan vagina, sementara orang yang berorientasi seksual lain juga menganggap seks oral, anal, hingga masturbasi sebagai seks yang menghilangkan keperawanan. 

Islam Agama Suci

Wahai lelaki, carilah isteri yang perawan. Duhai wanita, jaga terus keperawananmu hingga menikah. Kerana wanita perawan itu benar benar istimewa.

Perawan adalah sebuah istilah yang lazim disandingkan pada seorang wanita. Sementara bagi pria memiliki istilah lain iaitu perjaka. Kedua istilah ini kerap kali dikaitkan khususnya di saat menunjukkan keasliannya. Dalam istilah Arab dikenal dengan istilah al-Bikr dan al-Adzro’ dan  dalam bahasa Inggeris dikenal dengan istilah virgin.

Sementara perawan dalam konteks Fiqh memiliki definisi khusus iaitu:

جاء في الموسوعة الفقهية: البكارة (بالفتح) لغة: عذرة المرأة، وهي الجلدة التي على القبل . والبكر: المرأة التي لم تفتض

“Disebutkan dalam Al Mausu’ah Al Fiqhiyah : Al-Barokah (dengan Fathah) secara etimologi adzrohnya wanita, adzroh yaitu kulit yang ada di dalam vagina. Adapun al-Bikr bermakna wanita yang belum pecah selaput kulit vaginanya.”

وبعض العلماء يفرق بين البكر والعذراء، فيجعل العذراء هي التي لم تزل بكارتها مطلقا، والبكر التي لم توطأ في قبلها في نكاح صحيح أو مختلف فيه.

“Sebahagian ulama membagi antara al-Bikr dan al-Adzro’ dengan menjadikan adzro wanita yang masih memiliki keperawanannya secara mutlak (total virgin), sedangkan al-Bikr sebutan bagi wanita yang belum bersenggama di vaginanya melalui pernikahan yang sah atau mukhtalaf fih (diperselisihkan).” 

Ada pula ulama yang mengklasifikasi antara bikr dan adzro dengan pengertian berbeza;

الشرح الكبير للشيخ الدردير:  الْبِكْرُ عِنْدَ الْفُقَهَاءِ هِيَ الَّتِي لَمْ تُوطَأْ بِعَقْدٍ صَحِيحٍ أَوْ فَاسِدٍ جَارٍ مَجْرَى الصَّحِيحِ، وَأَمَّا الْعَذْرَاءُ فَهِيَ الَّتِي لَمْ تُزَلْ بَكَارَتُهَا بِمُزِيلٍ، فَلَوْ أُزِيلَتْ بَكَارَتُهَا بِزِنًا أَوْ بِوَثْبَةٍ أَوْ بِنِكَاحٍ لَا يُقَرَّانِ عَلَيْهِ فَهِيَ بِكْرٌ، فَهِيَ أَعَمُّ مِنْ الْعَذْرَاءِ. وَقِيلَ: الْبِكْرُ مُرَادِفَةٌ لِلْعَذْرَاءِ فَهِيَ الَّتِي لَمْ تُزَلْ بَكَارَتُهَا أَصْلًا.

Sementara dalam As-Syarhul Kabir Karya Syeikh Dardiri berkata, “Perawan atau dara menurut fuqoha’ iaitu wanita yang belum disenggama dalam pernikahan yang sah ataupun rosak yang dianggap seakan-akan sah.

Ada pun adzro iaitu wanita yang tidak hilang keperawanannya dengan yang menghilangkan itu, maksudnya apabila dihilangkan keperawanannya dengan zina, nikah yang tidak dilakukan, maka ia masuk dalam kategori al-Bikr dan kata al-Bikr lebih luas maknanya daripada al-Adzro’. Ada yang mengatakan; al-Bikr itu persamaan kata dari al-Adzro’ yang mana keduanya bermakna wanita yang masih perawan secara asli.”

Keistimewaan Wanita Perawan

قال ابن عاشور رحمه الله:

” الْبِكْرُ أَشَدُّ حَيَاءً وَأَكْثَرَ غِرَارَةً وَدَلَّا ، وَفِي ذَلِكَ مَجْلَبَةٌ لِلنَّفْسِ، وَالْبِكْرُ لَا تَعْرِفُ رَجُلًا قَبْلَ زَوْجِهَا ،  (28/ 362) .

“Wanita perawan itu sangat pemalu, dalam hal itu menarik bagi seseorang dan perawan tidak mengenal laki-laki sebelum suaminya.”

نساء أهل الجنة حور أبكار ، ليس فيهن ثيب ، قال تعالى : (إِنَّا أَنْشَأْنَاهُنَّ إِنْشَاءً * فَجَعَلْنَاهُنَّ أَبْكَارًا * ) الواقعة/ 35 – 37.

“Dikatakan juga dalam surah al-Waqiah bahawa perempuan penghuni syurga dalam keadaan perawan, tidak ada satu pun yang janda. Allah berfirman, “Kita menjadikan wanita-wanita syurga dan Kita jadikan mereka semua perawan.”

Penghuni syurga berada dalam puncak kebahagiaan dan kenikmatan. Dan tentu perawan di sini, ertinya paling lazatnya bersenang-senang, paling banyak bergantung dan paling dekat pada suami.

Dalam Fiqh pun dianjurkan untuk memilih isteri dari kalangan wanita yang memiliki sifat baik. Antara sifat baik itu adalah si wanita masih perawan. Kerana perawan itu mencintai suami dan kasih sayangnya lebih besar daripada janda. Tentu saja hal semacam ini adalah dambaan semua orang.

Dalam sebuah Hadis dikatakan;

وفي الحديث عن جابر – رضي الله عنه – أن النبي – صلى الله عليه وسلم – قال : ((عليكم بالأبكار ، فإنهنَّ أنتق أرحامـًا ، وأعذب أفواهـًا ، وأقل خبـًا ، وأرضى باليسير)) .

Bahawa Nabi bersabda, “Pilih wanita yang masih perawan, kerana ia paling bersihnya rahim dan paling tawar mulutnya dan paling sedikitnya cinta, serta paling rela dengan hal yang sedikit.

وتزوج جابر – رضي الله عنه – ثيبـًا ، فقال له رسول الله – صلى الله عليه وسلم – : (هلا بكرًا تلاعبها وتلاعبك) .

Dan Jabir pun menikah dengan seorang janda, maka Rasulullah SAW berkata pada Jabir: “Tidakkah engkau mencari perawan yang bisa kau ajak bermain-main dan dia pun bermain-main denganmu.”

Sementara Imam Ghazali Berpandangan:

يقول الغزالي – رحمه الله – : في البكر خواص لا توجد في الثيب ، منها : أنها لا تحن أبدًا إلا للزوج الأول ، وأكد الحب ما يقع في الحبيب الأول .و منها إقبال الرجل عليها ، وعدم نفوره منها ، فإن طبع الإنسان النفور عن التي مسها غيره ويثقل عليه ذلك

Dalam diri perawan ada keistimewaan yang tidak ditemui pada janda. Antaranya; Bahawa ia tidak akan menjerit rindu kecuali pada suami pertama dan memastikan cintanya jatuh pada kekasih pertamanya. Antaranya juga lelaki akan perihatin padanya dan tidak akan pergi darinya. Kerana tabiat dasar manusia pasti akan pergi dari sesuatu yang pernah disentuh orang lain dan berat akan menerima hal itu.

Kesimpulanannya. Duhai lelaki, carilah isteri yang perawan, dan wanita, jaga terus keperawananmu hingga menikah. Kerana wanita perawan itu benar benar istimewa. 

 

Related posts

‘The Only Living Sahabi’, Pohon Ini Pernah Menaungi Rasulullah SAW

adminwm

Hukum Menyertai Kutu Emas

adminwm

Terlalu Ego Untuk Meminta Maaf? Ketahui Pandangannya Dalam Islam

admin

Leave a Comment