AGAMA

Wanita Penghuni Syurga

Di dalam syurga, penghuninya akan beroleh apa sahaja yang mereka inginkan. Dan antara kenikmatan syurga adalah beroleh pasangan/isteri yang berupa bidadari syurga yang jelita. Al-Quran menggambarkan sifat dan kemolekan mereka dalam banyak ayat, antaranya Surah An Naba ayat 31-33 “Sesungguhnya orang yang bertakwa akan beroleh kesenangan iaitu kebun-kebun buah anggur dan kawa’ib atraba (gadis-gadis perawan yang sebaya. An Naba. Ibnu Abbas, mujahid dan selainnya menafsirkan bahawa kawa’ib adalah nawahid, yakni buah dada bidadari-bidari tersebut tegak, tidak terkulai jatuh kerana mereka adalah gadis gadis perawan yang atrab iaitu sama umur/sebaya (tafsir ibni Katsir 7/2410)

Al-Quran menyebutkan kenikmatan-kenikmatan yang dijanjikan Allah kepada mereka yang beriman yang akan diperoleh kelak di syurga. Dalam syurga, penghuninya akan beroleh apa saja yang mereka inginkan. Allah khabarkan dalam kalamNya yang agung:

“Di dalam syurga itu terdapat segala apa yang diidamkan oleh jiwa dan sedap (dipandang) mata.” (az-Zukhruf: 71)

Al-‘Allamah Abdurrahman ibnu Nashir as-Sa’di t menafsirkan ayat di atas dengan ucapannya, “Kalimat (dalam ayat) ini merupakan lafaz yang jami’ (mengumpulkan semuanya). Ia mencakupi seluruh kenikmatan dan kegembiraan, penenteram mata dan penyenang jiwa. Jadi, seluruh yang diinginkan jiwa, baik makanan, minuman, pakaian, maupun pergaulan dengan pasangan hidup, demikian pula hal-hal yang menyenangkan pandangan mata berupa pemandangan yang bagus, pepohonan yang indah, haiwan-haiwan ternak dan bangunan-bangunan yang dihiasi, semuanya bisa didapatkan di dalam syurga. Semuanya telah tersedia bagi penghuninya dengan cara yang paling sempurna dan paling utama.” (Taisir al-Karimir Rahman, hlm. 769)

Di antara kenikmatan surga adalah beroleh pasangan/isteri berupa bidadari syurga yang jelita. Al-Quranul Karim menggambarkan sifat dan kemolekan mereka dalam banyak ayat, di antaranya:

  1. Surat an-Naba ayat 31—33

“Sesungguhnya orang yang bertakwa akan beroleh kesenangan, (iaitu) kebun-kebun, buah anggur dan kawa’ib atraba (gadis-gadis perawan yang sebaya).” (an-Naba’: 31—33)

Ibnu Abbas, Mujahid dan selainnya menafsirkan bahawa kawa’ib adalah nawahid, yakni buah dada bidadari-bidadari tersebut tegak, tidak terkulai jatuh, kerana mereka adalah gadis-gadis perawan yang atrab, iaitu sama umurnya/sebaya. (Tafsir Ibni Katsir, 7/241)

  1. Surat al-Waqi’ah ayat 35—37

“Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (wanita syurga) dengan langsung dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan, penuh cinta lagi sebaya umurnya.” (al-Waqi’ah: 35—37)

Wanita penduduk syurga diciptakan Allah dengan penciptaan yang tidak sama dengan keadaannya ketika di dunia. Mereka diciptakan dengan bentuk dan sifat yang paling sempurna yang tidak dapat binasa. Mereka semuanya, baik bidadari syurga mahupun wanita penduduk dunia yang menghuni syurga, dijadikan Allah sebagai gadis-gadis yang perawan selamanya dalam seluruh keadaan. Mereka senantiasa mengundang kecintaan suami mereka dengan tutur kata yang baik, bentuk dan penampilan yang indah, kecantikan paras, serta rasa cintanya kepada suami.

Apabila wanita syurga ini berbicara, orang yang mendengarnya ingin andai ucapannya tidak pernah berhenti, khususnya ketika wanita syurga berdendang dengan suara mereka yang lembut dan merdu menawan hati. Apabila suaminya melihat adab, sifat dan kemanjaannya, penuhlah hati si suami dengan kegembiraan dan kebahagiaan. Apabila si wanita syurga berpindah dari satu tempat ke tempat lain, penuhlah tempat tersebut dengan wangian yang semerbak dan cahaya. Saat ‘berhubungan’ dengan suaminya, ia melakukan yang terbaik.

Usia mereka, para wanita syurga ini, sebaya, 33 tahun, sebagai usia puncak/matang dan akhir usia anak muda.

Allah menciptakan mereka sebagai perempuan yang selalu gadis lagi sebaya, selalu sepakat satu dengan yang lain, tidak pernah berselisih, saling dekat, redha dan diredhai, tidak pernah bersedih, tidak pula membuat sedih yang lain. Bahkan, mereka adalah jiwa-jiwa yang bahagia, menyejukkan mata dan mencemerlangkan pandangan. (Lihat keterangan al-Allamah as-Sa’di t dalam Taisir al-Karimir Rahman, hlm. 834)

  1. Surat ar-Rahman ayat 55—58

“Maka nikmat Rabb kalian yang manakah yang kalian berdua dustakan? Di ranjang-ranjang itu ada bidadari-bidadari yang menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin. Maka nikmat Rabb kalian yang manakah yang kalian berdua dustakan? Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan.” (ar-Rahman: 55—58)

Mereka menundukkan pandangan daripada melihat selain suami-suami mereka sehingga mereka tidak pernah melihat sesuatu yang lebih bagus daripada suami-suami mereka. Demikian yang dinyatakan oleh Ibnu Abbas dan lainnya.

Diriwayatkan bahawa salah seorang dari mereka berkata kepada suaminya, “Demi Allah! Aku tidak pernah melihat di dalam syurga ini sesuatu yang lebih bagus daripada dirimu. Tidak ada di dalam syurga ini sesuatu yang lebih ku cintai daripada dirimu. Segala puji bagi Allah yang Dia menjadikanmu untukku dan menjadikanku untukmu.” (Tafsir Ibni Katsir, 7/385)

Bidadari yang menjadi pasangan hamba yang beriman tersebut adalah gadis perawan yang tidak pernah didekati oleh seorang pun sebelum suami-suami mereka dari kalangan manusia dan jin. Mereka diibaratkan permata yakut yang bersih bening dan marjan yang putih kerana bidadari syurga memang berkulit putih yang bagus lagi bersih. (Taisir al-Karimir Rahman, hlm. 385)

  1. Surat ar-Rahman ayat 70

“Di dalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik (akhlaknya) lagi cantik-cantik parasnya.” (ar-Rahman: 70)

Terkumpullah kecantikan lahir dan batin pada bidadari atau wanita syurga itu. (Taisir al-Karimir Rahman hlm. 832)

  1. Surat ar-Rahman ayat 72

“(Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih dan dipingit di dalam rumah.” (ar-Rahman: 72)

Rumah mereka daripada mutiara. Mereka menyiapkan diri untuk suami mereka. Namun, bisa jadi mereka pun keluar berjalan-jalan di kebun-kebun dan taman-taman syurga, sebagaimana hal ini biasa dilakukan oleh para puteri Raja dan yang semisalnya. (Taisir al-Karimir Rahman, hlm. 832)

  1. Surat ad-Dukhan ayat 51—54

“Sesungguhnya orang bertakwa berada dalam tempat yang aman, (iaitu) di dalam taman-taman dan mata air. Mereka memakai sutera yang halus dan sutera yang tebal, (duduk) berhadap-hadapan, demikianlah. Dan Kami nikahkan mereka dengan bidadari-bidadari.” (ad-Dukhan: 51—54)

Wanita yang berparas jelita dengan kecantikan yang luar biasa sempurna, dengan mata mereka yang jeli, lebar dan berbinar. (Taisir al-Karimir Rahman, hlm. 775)

  1. Surat ash-Shaffat ayat 48—49

“Di sisi mereka ada bidadari-bidadari yang tidak liar pandangannya (qashiratuth tharf) dan jeli matanya, seakan-akan mereka adalah telur burung unta yang tersimpan dengan baik.” (ash-Shaffat: 48—49)

Qashiratuth tharf adalah afifat, yakni wanita-wanita yang menjaga kehormatan diri. Mereka tidak memandang lelaki selain suami mereka. Demikian kata Ibnu Abbas, Mujahid, Zaid bin Aslam, Qatadah, as-Suddi, dan selainnya.

Mata mereka bagus, indah, lebar dan berbinar-binar. Tubuh mereka bersih dan indah dengan kulit yang bagus. Ibnu Abbas berkata, “Mereka ibarat mutiara yang tersimpan.”

Al-Imam al-Hasan al-Bashri mengatakan, “Mereka terjaga, tidak pernah disentuh oleh tangan.” (Tafsir Ibni Katsir, 7/11)

Ini menunjukkan ketampanan lelaki dan kecantikan wanita di syurga. Sebahagiannya mencintai yang lain dengan cinta yang membuatnya tidak memiliki hasrat kepada yang lain. Hal ini juga menunjukkan bahawa mereka seluruhnya menjaga kehormatan diri, tidak ada hasad di dalam syurga, tidak ada saling benci dan permusuhan, kerana tidak adanya sebab yang membolehkan mereka berada demikian. (Taisir al-Karimir ar-Rahman 703)

Related posts

Amalan & Doa-Doa Untuk Memancarkan Cahaya Wajah

admin

Hukum Mengambil Sayuran Yang Tumbuh Secara Sendiri di Tanah Orang Lain

adminwm

APA ITU ISTIDRAJ ?

adminwm

Leave a Comment