FESYEN

Temubual Bersama Pengasas UMMA, Zairin Azman

Semenjak 2016, jenama koleksi pakaian modest, UMMA membuat peminat dan pembeli koleksi modest bertambah rambang mata dek pilihan pakaian yang pelbagai. Jenama ini diasaskan oleh Zairin Azman yang berpengalaman dalam perniagaan fesyen.

Baca temubual bersama Zairin tentang koleksi raya 2022 di bawah;

Akhirnya tahun ini kita dapat menyambut Raya tanpa sekatan seperti sebelumnya. Adakah anda bersetuju dengan pendapat musim perayaan menjadi penyelamat untuk bisnes selepas berbulan-bulan perlahan kerana pandemik? Daripada segi peratusan % bagaimana perbezaan permintaan antara waktu biasa dan musim perayaan?

Alhamdulillah, memang setiap tahun, musim perayaan Aidilfitri adalah waktu yang paling sibuk dan meriah sekali untuk kami. Jadi masa inilah yang kami kena beri perhatian sepenuhnya sebagai satu syarikat dan turun padang untuk sama-sama menjayakan Raya sales di web dan juga offline raya booth kami.

Perbezaan selalunya memang agak ketara kerana waktu Raya ada perasaan perayaan berbeza berbanding bulan yang lain.

Dan insyaAllah, pada tahun ini juga – semua orang boleh pulang ke kampung untuk Raya bersama keluarga, jadi keseronokan amatlah berbeza berbanding dengan dua tahun yang lepas.

Jika % meningkat, pastinya team anda ada jadual yang sibuk. Jadi bagaimana aktiviti harian di pejabat? Berapa ramai ditugaskan melayan pelanggan di Shopee dan di laman web lain, siapa pula yang uruskan pembungkusan dan urusan-urusan lain? Mungkin akan terpaksa stay back, buka puasa atau bersahur di pejabat? Dan kalau pernah ada pengalaman tu, kongsikan

Pada musim Raya, memang kami satu syarikat akan selalunya banyak ke offline booth kami untuk beri support kepada promoters kami. Memang seronok bila dapat berjumpa dengan pembeli produk UMMA, dapat berborak dan mengenali mereka dengan lebih rapat lagi.

Boleh dikatakan everyone in the team akan beri support in all areas; customer service, warehouse, online dan juga offline operations.

Buyers are more price conscious now. Jadi bagaimana anda menangani situasi ini?

Walaupun kami tahu buyers lebih conscious dengan harga di pasaran, yang penting untuk kami adalah sentiasa mengutamakan kualiti dan fungsi produk kami. Jadi pembeli akan selalu datang lagi dan beli barangan daripada UMMA.

UMMA ada tiga offline stores. Apa persediaan UMMA untuk menerima kedatangan pelanggan? Adakah setiap hari butik disanitisi? Do you also accept walk-in guests atau kena buat temujanji?

Offline kami buat masa sekarang ada di Isetan KLCC, AEON Shah Alam dan juga di dalam Fashion Journal di Setia City Mall. Pop up store Raya kami di AEON Shah Alam di concourse, Publika dan insyaAllah akan buka di RIUH jika diberi peluang.

Untuk keselamatan pelanggan UMMA, SOP dijalankan seperti biasa di semua butik kami dan kami menerima semua walk-ins. Tak perlu set appointment.

Saya tertarik dengan kempen Raya anda, model berlari-lari – menunjukkan freedom, relaks, happy, no stress (ini cara saya mentafsir) sesuai dengan outfit yang loose, warna pastel. Jadi saya mahu tahu kenapa memilih konsep sebegitu juga kenapa bajunya loose dan warnanya pastel?

Tahun 2022, kita dah nampak cahaya di penghujung jalan dan sudah pun masuk ke fasa endemik Covid-19, jadi kami percaya semua orang sudah pun bersedia untuk mencapai kebebasan daripada rasa terperangkap dalam emosi ketakutan dan juga stress.

It is time to break-free and celebrate with your loved ones with joy and to appreciate those around you.

Last but not least, kenapa menggunakan orang biasa sebagai wajah kempen. Adakah UMMA tidak tertarik dengan ‘the power of celebrity / social media influencer?’ Adakah juga kerana budget conscious?

Untuk kempen UMMA sepanjang tahun, memang kami selalunya bekerjasama dengan influencers, tetapi untuk Raya, kami merasakan lagi sesuai untuk menggunakan wajah beautiful Malaysians untuk merapatkan lagi rasa brand kami dengan semua followers kami. 

Kami juga menyediakan saiz pakaian yang lebih besar so that everyone can wear and enjoy our Raya pieces, untuk men dan juga women. It is easier to relate our everyday-wear to everyone.

Baru saya ingat, Zairin, anda juga pemilik jenama barang kemas OLA, apa jadi pada jenama tersebut? Adakah masih lagi beroperasi?

Ye betul tu, OLA berada di Bangsar Village selama 10 tahun. Selepas Zairin mengambil keputusan untuk tutup butik tersebut, saya beralih arah ke modest fashion label, UMMA. Alhamdulillah, semangat saya dalam bidang fesyen dan perniagaan masih lagi kuat selagi Allah beri lagi peluang kepada saya. Impian Zairin adalah untuk menyenangkan pemakaian tudung dan fesyen muslimah kepada semua wanita yang baru nak memulakan dan berjinak-jinak dalam hijrah mereka insyaAllah. Semoga dipermudahkanNya, please make doa for me and UMMA.

Related posts

Pelaburan Trend Fesyen Musim Luruh/Sejuk 2018

admin

Semarak Fesyen Self Portrait

admin

SENANG TOM ABANG SAUFI

adminwm

Leave a Comment