CANTIK

Suntikan Bibir: Kesan Sampingan Negatif Yang Anda Tidak Tahu

Sama ada anda mengecam lonjakan doktor kosmetik yang suka mempamerkan hasil kerja mereka di media sosial atau kemunculan ‘smarter injectable fillers’ yang baru diperkenalkan atau standard terkini dunia kecantikan merujuk kepada wajah adik beradik Kardashian; satu yang jelas trend bibir tebal kini telah tiba secara rasminya kini. Apa yang ada di sebalik obsesi ini? “Bibir bersaiz penuh dan cantik membuatkan wajah kelihatan muda dan lebih mudah dikenakan alat solek,” kata Karyn Grossman, ahli dermatologi kosmetik yang berpangkalan di Santa Monica dan New York. “Dan kemudian ada pula obsesi ini, dalam bahasa Inggeris dipanggil pillowy lips atau bibir mungil seperti Angelina Jolie, yang sememangnya seksi.”

Pun begitu, dalam berita yang kurang jelas, Grossman memberi amaran bahawa ada kelemahan tersembunyi jika saiz bibir dimaksimumkan. “Apabila anda berulang kali membesarkan bibir dengan membiarkan ia disuntik sebanyak mungkin, pengisinya boleh bertindak sebagai pengembang tisu, ia meregangkan kulit secara kekal dan menyebabkan bibir anda mengendur dan mengosong apabila bahan-bahan yang diisi itu merosot, akhirnya bibir jadi lebih buruk berbanding sebelum melakukan suntikan,” jelasnya. “Oleh kerana ini bukan risiko yang dibincangkan secara umum seperti bengkak, lebam atau benjolan, doktor jarang menyebut akan kemungkinan risiko tersebut pada pesakit. Sekiranya anda dibiarkan dengan bibir yang ‘longgar’ akibat terlebih suntikan, satu-satunya penawar adalah pembedahan mengurangkan saiz bibir iaitu rawatan membuang kulit berlebihan, yang boleh menyebabkan parut yang besar.”

Bercakap tentang saiz bibir, berapa besar ia boleh jadi? “Itu bergantung kepada anatomi individu seseorang,” kata Grossman, “Tetapi ahli dermatologi atau pakar bedah yang baik, yang memiliki mata yang tajam dan tahu membaca had melakukan suntikan akan dapat menilai ruang yang berpotensi dalam bibir anda dan boleh menyuntik dengan sewajarnya.” Ia sesungguhnya merupakan satu rahmat kerana untuk mendapatkan bibir mungil ditentukan atas keupayaan doktor. “Ada ramai anak muda milenium yang datang berjumpa saya untuk mendapatkan suntikan bibir. Mereka mahukan hasilnya ‘kelihatan semula jadi’ tetapi kemudian mereka suakan gambar-gambar yang menunjukkan bibir terlebih suntikan. Terlalu banyak yang terpampang di media sosial, membuatkan isu ini nampak normal dan menyangka bibir mereka yang sedia sempurna itu terlalu kecil jika dibandingkan dengan bibir seperti dalam gambar yang mereka lihat.”

Walau bagaimanapun, milenium bukanlah satu-satunya golongan yang gila menyuntik bibir. Pernah ada seorang ahli perniagaan wanita berusia 65 tahun dengan bibirnya yang terlebih suntikan datang berjumpa Grossman. Selepas doktor lain mencadangkan dia mendapat suntikan bibir setiap empat bulan, pesakit ini melawat Grossman untuk mengisi kekosongan baki suntikan untuk suku tahunannya. “Saya beritahu dia bahawa secara estetik, saya fikir bibirnya sudah cukup besar, jadi sebaliknya dia mungkin perlu mempertimbang untuk mengurangkan saiznya. Bukan itu saja, saya juga tidak merasakan saya boleh menyuntik bibirnya dengan selamat tanpa mengakibatkan aliran darah merebak ke daerah bibirnya itu.” Tambah Grossman lagi, “Bibirnya sangat ketat dan padat. Jika terus disuntik bermaksud ia telah menentang pertimbangan perubatan saya. Trend dan kesalahan maklumat perubatan telah memberi pengaruh yang sangat kuat.”

Pun begitu jangan salah faham kerana Grossman sama seperti kebanyakan rakan sekerjanya yang lain, punya minat pada perubatan menebalkan bibir. “Ini salah satu prosedur kegemaran saya dan pesakit cenderung berasa puas selepas melakukannya, terutama sejak pelancaran suntikan spesifik-bibir gel asid hyaluronic terbaru iaitu Volbella, yang mana ‘ia melakukan kerja yang baik’ dalam meningkatkan ketebalan bibir tanpa memerlukan volume yang terlalu banyak dan dapat pula menjejalkan bahagian tepi bibir dan melicinkan garis halus,” katanya.

Pokoknya, jika prosedur dijalankan dengan betul, bibir boleh menjadi satu aset kecantikan. Tetapi penting sekali anda merujuk penyuntik yang disahkan lembaga berkaitan dan sanggup membincangkan semua risiko perubatan. Dan jangan lupa akan realitinya; lakukan hanya bila perlu.

Related posts

“It Keeps My Elbow Supple,” Petua Pelakon Hollywood Joan Crawford Melembutkan Siku

admin

GOOD APPLE SERUM FOUNDATION

admin

TINGKATKAN PENJAGAAN TABIR SURIA SHISEIDO UNTUKPERLINDUNGAN UV

adminwm

Leave a Comment