PERSONALITI

Yani Bakhtiar The Contender

Pengenalan saya buat isu personaliti Majalahwm.com. Isu Ogos ini merungkai kisah ketika kali pertama berjumpa Puan Yani Bakhtiar di majlis perasmian Islamic Fashion Festival (IFF) 2017 di Hilton Kuala Lumpur.

Saya yang waktu itu tiba awal, tidak mahu mati kutu menunggu kak Wirda yang sudah 30 minit lewat, jadi terus saya ke meja resepsi. “Wirda Adnan…” saya menyebut nama bos saya itu kerana ‘rsvp’ di bawah namanya. “Wirda… “We have rsvp?” Saya menjeling gadis yang menjaga entrance. “Tak apa, tak apa. Masuk saja. Adik duduk di meja kak Yan.” Saya memandang wanita yang menggelar dirinya kak Yan itu.

Thanks. Tunjukkan saya tempatnya please…” Wah berlagaknya saya. Tetapi kak Yan hanya tersenyum dan diiringnya saya masuk ke dewan, ke meja yang diduduki tetamunya yang lain.

Seketika, majlis bermula dan saya melihat kak Yan di pentas memberikan ucapan, kemudian di akhir pertunjukan berjalan bersama barisan model melakukan finale pementasan koleksi fesyennya. “Eh, siapa dia tu?”

Yani Bakhtier kami angkat menjadikan dia Cover untuk isu Februari 2017. Kisah hidupnya cukup memberangsangkan, dan patut dijadi contoh tauladan kepada anak-anak muda khasnya, terutama yang ingin berjaya di dalam dunia perniagaan.

Hari ini saya bertemu kak Yan lagi, menemubualnya untuk isu Ogos. Kali ini berbeza cerita yang dikongsi, bukan berkenaan struggle dan survival dalam memajukan jenamanya Yans Creation, tetapi lebih kepada pengalaman menyertai pertunjukan fesyen di luar negara dan perancangan masa depannya.

Ikuti tembual di bawah bersama Yani Bakhtiar.

Yan baru balik dari menghadiri pameran perdagangan fesyen Pure London. Apa peranan Yan di sana?

Saya mementaskan koleksi Yans Creation di Pure London buat kali ketiga tahun ini. Kali pertama saya bawa stok dalam pelbagai rekaan; daripada blaus ke kardigan dan dress. Alhamdulillah, semenjak kali pertama itu lagi saya sudah mendapat buyer dari London seperti dari Birmingham yang mana mereka memborong koleksi saya untuk dijual pada pembutik di sana, begitu juga pemergian ketiga ini. Setiap kali ke sana, saya akan angkut sekali mannequin, penggantung baju dan railing khas Yans Creation. Barang seperti ini nampak macam tidak penting, apatah lagi menambah lebihan muatan bagasi, tetapi sebenarnya ia mempengaruhi harga koleksi yang kita jual terutamanya mannequin kerana setelah dipakaikan baju, mannequin tersebut akan diletakkan di hadapan booth (atau butik) jadi ia merupakan benda pertama yang akan dilihat oleh pengunjung.

Kali kedua ke sana, saya bawa koleksi terbaru saya Melayu Manis. Saya mahu orang luar kenal koleksi ini yang mana idea asalnya daripada pakaian tradisi Kurung Kedah yang saya twist bernada moden. Saya juga melewati setiap booth dari negara berbeza dan meneliti koleksi mereka. Fabrik yang mereka guna bagus kualitinya. Banyak yang menggunakan fabrik jenis eko-fesyen, linen, viscose, rayon dan sutera… sama saja seperti fabrik Yans Creation cuma daripada penggunaan warna dan rekaan, saya merasakan masih jauh ketinggalan. Sepanjang menyertai Pure London otak saya ini tidak habis-habis berfikir mencari apa lagi kelainan yang saya boleh tampilkan.

Dalam bahasa Yan sendiri mengapa rasanya designer Malaysia mesti ambil bahagian?

Kerana sudah terbentangnya peluang disediakan kerajaan melalui Matrade untuk peniaga fesyen melebarkan perniagaan ke luar negara. Seperti Yans Creation sendiri, apabila jenama ini diketahui masyarakat tempatan dan dapat pula mengumpul klien, jadi langkah seterusnya yang perlu dilakukan adalah mencari peluang baru. Jadi caranya adalah mengeksplorasi peringkat antarabangsa dengan menyertai pertunjukan dan perdagangan fesyen. Hasilnya Yans Creation dapat mengeksport koleksi ke luar negara. Kita sebagai rakyat Malaysia amat bertuah. Peluang ini diberi kepada siapapun yang berminat.

Sejak kebelakangan ini Yan menyertai banyak pertunjukan, back to back… mengapa? Bukankah bila selalu sangat buat show tidak ada eksklusiviti lagi?

Yans Creation masih dikira baru jadi ada keperluan penting untuk menyertai pertunjukan fesyen. Acara ini bukan disertai untuk glamor semata tetapi ia dapat menghubungkan jenama dengan pengguna, menarik perhatian orang ramai dan dapat menunjukkan arah tuju jenama. Inilah juga pentasnya yang mana designer dapat menunjukkan bakat sekreatif mungkin. Lagi pula, kita perlu maju. Seorang peniaga atau pereka mesti ada sifat suka belajar. Saya tidak miliki latar belakang dalam dunia fesyen. Jadi saya gunakan pertunjukan fesyen ini sebagai tempat menguji sejauh mana bakat dan kepandaian saya dalam bidang ini. Setiap acaranya disediakan tema… katalah etnik turban jadi saya akan belajar dulu apa itu etnik dan apa itu turban, apa kaitan antara keduanya dan apa jenis rekaan dan material yang boleh menterjemahkan koleksi saya dalam tema itu.

[thb_gap height=”20″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”6859″][thb_gap height=”20″]

Setelah menjelajah membawa fesyen Yans Creation ke beberapa negara, apa yang Yan pelajari daripada pengalaman Yan itu?

Perjalanan ini mengajar saya perspektif lain dalam perniagaan fesyen. Saya belajar tentang cara  membawa bisnes ini melepasi pasaran antarabangsa. Menyertai Pure London contohnya, membolehkan saya tahu bahawa setiap negara ada requirement berbeza. Ukuran baju perlu bertepatan dengan negara mana yang kita mahu pasarkan koleksi. Sebagai contoh orang Eropah badannya besar jadi standard ukuran baju mereka berbeza. Beberapa bahagian baju kena ubah potongan; leher kena labuh dan luaskan, ketiak kena besar, begitu juga lengan perlu dipanjangkan, manakala punggung perlu dibuat besar dan labuh. Penjelajahan ke luar negara juga membolehkan saya bandingkan beza jenama saya dengan jenama antarabangsa. Dapat saya cari apa kurang dan lebihnya koleksi saya, hasilnya dapat saya boleh beri apa yang tidak ada di negara mereka atau jenis rekaan bagaimana yang mereka suka.

Oleh kerana kerap mengadakan pertunjukan fesyen, sudah tentu Yan terlalu-lalu sibuk. Bila masa Yan berehat?

Semenjak Februari hinggalah ke hari ini sering saya terleka yang malam itu adalah malam kerana sepanjang masa saya bekerja. Selagi tidak mengantuk pasti saya sangka harinya masih siang padahal sudah larut malam. Saya bekerja sesungguhnya dengan harapan cita-cita saya tercapai. Saya mahu anak muda di luar, lebih-lebih lagi anak-anak saya melihat saya sebagai contoh; setelah berpenat lelah nampak juga hasilnya. Daripada cawangan di Kenanga Wholesale City dan seterusnya dapat pula tawaran daripada Zalora yang mahukan Yans Creation menjual koleksi di laman sesawang mereka, saya anggap sebagai satu keajaiban atas kerja keras saya. Kini, jika anda ke Metrojaya seluruh Malaysia pasti terjumpa koleksi saya di enam cawangan mereka. Koleksi saya juga boleh didapati di Parkson Elite, Pavilion… thank you to Bill Keith! Saya teruja sangat kerana impian yang bertahun saya usahakan ini tercapai, Alhamdulillah.

Orang kata design Yan lebih ke arah gaya Indonesia, kurang menggambar Malaysia. Apa komen Yan dalam hal ini?

Ya itu memang selalu terjadi. Waima ketika saya mementaskan koleksi di Eropah atau di Kanada sekalipun, tetamu yang melihatnya menyangka ianya dari Indonesia. Busana saya bertema nusantara dan saya mengagumi fesyen wanita Indonesia yang moden tetapi ada unsur etnik, jadi saya selitkan sentuhan tersebut dalam rekaan saya.

Apa yang Yan lihat dan yang mahu dicapai di industri fesyen Malaysia?  

Kadang kala saya sedih sendiri melihatkan ada pereka yang mana mereka ini daripada kelulusan pengajian fesyen tetapi mementaskan koleksi yang lari daripada tema asal. Tema modest yang diberi tetapi yang ditayangkan helaian bridal seksi. Pelajaran sudah ada tetapi tidak dipraktik dan tidak disambung pembelajaran itu ke lapangan kerja. Kalau tema sudah diberi, rekaan yang disediakan mesti selari tambahan hal seperti ini diambil kira oleh fashion buyer. Bila mereka lihat temanya lain tetapi yang pakaian yang dipentaskan lain gayanya, nanti mereka tidak mahu beli koleksi kita.

Saya kagum dengan perkembangan fesyen Indonesia. Sebanyak 55% hasil negaranya diperolehi daripada perniagaan fesyen. Mereka tidak ambil pusing dengan jenama luar dan kebanyakan masanya hanya memakai karya masyarakat sendiri. Saya ingin anak-anak muda kita melakukan yang sama seperti orang Indonesia, cintai produk kita. Jika cara begini diikuti setiap warga tentunya dapat menaikkan penghasilan karya tempatan jadi makin berkembang bisnesnya.

Apa motto hidup Yan?

Yans Creation Sdn Bhd. ini bukan kepunyaan saya sepenuhnya. Saya hanya pereka dan penggerak yang ingin membuktikan modal bukanlah hal yang paling penting untuk kita berjaya. Perlu titip dalam diri akan semangat cinta negara, ingin berbakti kepada nusa dan bangsa dan keluarga, InsyaAllah satu demi satu Tuhan itu akan bisikkan ilham berkarya pada kita. Bisnes ini bermula dengan modal sekecil-kecilnya; hanya menggunakan RM50 angpau pemberian orang kepada anak-anak saya dan nilai itu telah saya gandakan sekarang. Anak-anak saya sekarang membesar cukup dengan ilmu pengetahuan. Ada yang belajar jurusan perniagaan dari Melbourne, pengurusan perakaunan di Kolej Nilai dan rekaan grafik di Limkokwing University. Sekarang tibalah masa untuk mereka menyambung perjuangan saya ini. Saya mahu meniru orang Cina berniaga; mereka lakukan sedikit demi sedikit sampai jadi bukit dan memastikan perniagaan dikuasai sepenuhnya generasi keluarga sampai ke cucu-cicit. Saya berharap Allah itu akan dengar doa saya.

Siapa idola Yan?

Saya kagumi Yang Mulia Datuk Seri Raja Shah Rezza. Dia banyak menyerikan industri fesyen di sini dengan IFF dan turut menganjurkannya di luar negara. Setiap kali berlangsungnya IFF Dato’ tidak pernah lupa mengajak Yans Creation turut serta. Dan saya lihat walau ke manapun dia pergi pakaiannya kekal dengan gaya nusantara. Identiti yang kuat seperti itu jugalah yang saya mahu ada pada jenama saya.

Plan Yans Creation seterusnya?

Next show saya di Minggu Fesyen Borneo. Saya turut menyertainya tahun lepas mementaskan koleksi menggunakan tenunan dari Kuching, kali ini saya akan perkenalkan batik Terengganu.

Dalam masa 10 tahun lagi di mana Yan melihat Yans Creation?

Pastinya saya akan terus menyertai menyertai pertunjukan fesyen, dan diharapkan dalam masa 10 tahun seterusnya nanti lebih tinggi jumlah eksport koleksi Yans Creation ke luar negara. Tetapi mungkin masa itu bukan saya yang mengepalai jenama ini tetapi anak-anak saya. Walau apa pun, tanpa pembeli tidak mungkin saya dapat sampai ke saat ini. Oleh itu dikesempatan ini kami anak-beranak mengucapkan ribuan terima kasih pada yang senantiasa beri sokongan pada kami warga Yans Creation SDN BHD.

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”20″]

Yans Creation mementaskan koleksinya di pertunjukan fesyen di London (kiri) dan World Fashion Week di Palace of The Golden Horses, Kuala Lumpur.

[thb_gap height=”20″]
[thb_gap height=”20″]

Pertunjukan fesyen Yans Creation di Malaysia Fashion Week. Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini, jenama Yans Creation antara yang kerap dipelawa menyertai MIFW.

[thb_gap height=”20″]
[thb_gap height=”20″]

Yans Creation antara jenama yang menyertai Kedah Fashion Week 2018 yang berlangsung di Aman Central Kedah pada Julai lepas. Pertunjukan ini diadakan di bawah kerjasama persatuan Asian Designers yang mana pereka fesyen terkenal Bill Keith sebagai penaungnya dan Aman Central sendiri. Sebagai penaungnya, Bill banyak membantu pereka fesyen bumiputera yang merupakan ahli persatuan mengembangkan sayap perniagaan di dalam mahupun ke luar negara, selain berkongsi ilmu seni rekaan fesyen dengan mereka. Untuk pertunjukan di Kedah ini, setiap pereka berpeluang mementaskan koleksi mereka secara percuma. Pada Oktober pula, barisan pereka ini akan dibawa pula ke Jepun untuk menyertai acara fesyen di sana.

[thb_gap height=”20″]
[thb_gap height=”20″]

Dengan menyertai Kedah Fashion Week 2018 memberi peluang untuk Yans Creation mendekati pelanggan-pelanggan baru dari Utara tanah air.

[thb_gap height=”20″]
[thb_gap height=”20″]

Yans Creation antara jenama yang dibawa oleh Matrade terbang ke London bagi menyertai acara pemerdagangan dan pertunjukan fesyen Pure London Spring & Summer 2019 yang berlangsung di Olympia Hall.

[thb_gap height=”20″]
[thb_gap height=”20″]

Setiap kali menyertai acara fesyen di luar negara, Yan akan mengambil peluang berjalan ke kawasan sekitarnya bagi mengkaji koleksi keluaran jenama yang terdapat di sana dan antaranya belajar mengenai fabrik dan warna pilihan mereka, juga susun atur pakaian dan bagaimana mereka menghias butik.

[thb_gap height=”20″]

Related posts

WOMEN LEADERSHIP – KEPIMPINAN WANITA UNTUK KELESTARIANMASYARAKAT

Mahani Awang

Rosli Nordin Mustika TV1

admin

Saidina Umur al-Khattab Gagah lagi Perkasa

admin

Leave a Comment