CANTIK

Oleh Sebab Nak Cantik, Barisan Selebriti Ini Alami Mimpi Ngeri

Selebriti diketahui cenderung melakukan pelbagai jenis rawatan kecantikan, daripada meluntur warna bulu kening hingga melicinkan seluruh wajah dengan rawatan lilin. Kadang kala hasilnya memuaskan tetapi ada masanya ia mengerikan. Untuk membuatkan anda rasa lebih baik selepas tersilap melakukan rutin mencantikkan diri, kami kongsikan pengalaman yang lebih kurang sama yang pernah dialami selebriti.

[thb_gap height=”20″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”6824″][thb_gap height=”40″]

Kylie Jenner – Suntik Bibir

Diketahui Kylie Jenner ada bibir yang mungil, tetapi pernah satu ketika di mana bibirnya terlalu besar dan hampir pecah kerana terlebih melakukan suntikan bibir. Nasib ada kakak-kakaknya yang melarang Jenner daripada terus melakukan suntikan.

[thb_gap height=”20″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”6825″][thb_gap height=”20″]

Miley Cyrus – Kehilangan Bulu Mata

Ianya satu mimpi ngeri jika anda tercabut bulu mata dengan alat pelurus rambut. Beberapa tahun dulu ia pernah berlaku kepada Miley Cyrus yang memuatkan naik gambarnya tanpa bulu mata di Instagram.

[thb_gap height=”20″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”6826″][thb_gap height=”20″]

Olivia Wilde – Cukur Kening Sampai Habis

Sama seperti kita, Olivia Wilde melakukan eskperimen kecantikan sewaktu masih kanak-kanak. Sewaktu berusia lima tahun, Wilde menggunakan krim dan pisau cukur ayahnya dan mencukur keseluruhan muka termasuk kening. Kesannya masih berlarutan hingga ke hari ini yang mana keningnya tidak lagi boleh tumbuh tebal dan lebat.

[thb_gap height=”20″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”6828″][thb_gap height=”20″]

Emmy Rossum – Lubang Jerawat Jadi Mata Ketiga

Petua lama, kalau jerawat tumbuh jangan sentuh! Malam sebelum memulakan penggambaran filem The Day After Tomorrow, wajah Emmy Rossum ditumbuhi jerawat besar betul-betul di antara dua keningnya. Jadi dia pecahkan jerawat itu dan tuam dengan tuala hangat. Tetapi lain pula yang jadi kerana keesokan harinya bekas jerawat itu menjadi satu lubang yang besar dan membuatkan dia nampak seperti seorang yang bermata tiga.

[thb_gap height=”20″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”6830″][thb_gap height=”20″]

Madison Beer – Bulu Mata Palsu Nampak Macam Labah-labah

Bukan semua selebriti suka memakai bulu mata palsu. Ada yang mengelak terutama yang terlalu tebal. Madison Beer menyesal merelakan dirinya dipakaikan bulu mata palsu yang tebal kerana hasilnya nampak seperti ada labah-labah yang terlekat di kelopak matanya.

[thb_gap height=”20″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”6833″][thb_gap height=”20″]

Cate Blanchett – Warna Bulu Roma di Lengan Nampak Pelik

Sewaktu masih bersekolah, Blanchett pernah melunturkan warna bulu romanya. Bulu roma yang asalnya berwarna platinum blonde bertukar menjadi tompokan ungu dan jingga. Sebabnya kerana dia tersalah memilih penampal peluntur warna.

Related posts

Rutin Penjagaan Kulit Di Dalam Kapal Terbang

admin

Ketahui Info Ringkas Tentang Solekan Glossy

admin

Eucerin® UltraWHITE + SPOTLESS Melawan Masalah Bintik Hitam

admin

Leave a Comment