AGAMA

Suami Mati Dalam Idah

Soalan: Seorang lelaki telah menceraikan isterinya kemudian lelaki itu telah mati sebelum habis idah isterinya itu. Adakah kiraan idah isteri tersebut dengan idah biasa atau dengan idah wafat?

Jawapan: Jika mati suami ketika isterinya dalam idah raj’ie dan tidak hamil maka berpindahlah idah kepada idah wafat iaitu selama empat bulan dan 10 hari.

Berkata Mufti Jordan Dr, Nuh Ali Sulaiman:

إذا كانت المرأة مطلَّقة طلاقًا رجعيًّا ثم تُوفِّي زوجها وهي في العدَّة؛ فإنها تنتقل إلى عدة الوفاة، فتعتدُّ أربعة أشهر وعشرة أيام إن لم تكن حاملاً، لقوله تعالى: (وَالَّذِينَ يُتَوَفَّوْنَ مِنْكُمْ وَيَذَرُونَ أَزْوَاجًا يَتَرَبَّصْنَ بِأَنْفُسِهِنَّ أَرْبَعَةَ أَشْهُرٍ وَعَشْرًا) البقرة/234. وإن كانت حاملًا فلا تغيير على العدّة؛ لأنها على أي حال تنتهي بوضع  الحمل.

Ertinya: 

“Apabila adalah perempuan yang ditalak itu dengan talak raj’ie kemudian mati suaminya sedangkan dia masih dalam idah maka sungguhnya berpindahlah idahkepada idah wafat. Maka beridahlah perempuan itu empat bulan 10 hari  jika tiada ia hamil kerana firman Allah Taala, “Dan orang yang meninggal dunia dalam kalangan kamu dan meninggalkan isteri-isteri hendaklah menahan diri isteri-isteri itu selama empat bulan 10 hari – Al-Baqarah 234. 

Dan jika adalah perempuan tersebut hamil maka tidaklah berubah atas idah kerana sungguhnya ia atas apa kelakuan selesai idah dengan melahirkan anak.”

Maksudnya jika perempuan yang diceraikan itu sedang beridah dengan tiga kali suci misalnya lalu mati suaminya sebelum berlalu tiga kali suci nescaya berpindahlah idah kepada idah wafat. Maka perempuan tersebut wajib beridah dengan idah baru yaitu selama empat bulan 10 hari.

 

Ustaz Azhar Idrus

[thb_gap height=”40″]

Related posts

Amalan & Doa-Doa Untuk Memancarkan Cahaya Wajah

admin

Hakikat Kejujuran

admin

Suami Bukan Malaikat, Isteri Bukan Bidadari

admin

Leave a Comment