Soalan: Apakah doa akhir tahun dan awal tahun ada dalilnya?
Jawapan: Ya jelas ada dalilnya. Masakan doa tidak ada dalilnya. Di dalam al-Quran Allah subhanahu wata’ala berfirman,
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ (60)
“Dan Tuhanmu berfirman, “Berdoalah kepadaKu, niscaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang yang menyombongkan diri daripada menyembahKu akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina,” (QS. Ghafir : 60).
Ayat di atas memberikan pesanan agar kita selalu berdoa kepada Allah, dan Allah menjanjikan akan mengabulkan doa kita. Sedangkan orang yang sombong dari menyembah-Nya seperti tidak mahu berdoa kepadaNya, diancam dimasukkan ke neraka Jahanam.
Perintah berdoa dalam ayat di atas bersifat mutlak dan umum. Kerana itu berdoa pada akhir tahun dan awal tahun, masuk dalam keumuman perintah ayat tersebut.
Soalan: Tetapi adakah ada dalil khusus akhir tahun dan awal tahun?
Jawapan: Ada, iaitu diqiyaskan dengan doa awal waktu dan akhir waktu. Misalnya doa pada awal bulan dan akhir bulan. Dalam kitab-kitab hadis diriwayatkan:
Doa Awal Bulan
عَنْ طَلْحَةَ بْنِ عُبَيْدِ اللهِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا رَأَى الْهِلاَلَ قَالَ: ” اَللهُمَّ أَهِلَّهُ عَلَيْنَا بِالْيُمْنِ وَاْلإِيْمَانِ وَالسَّلاَمَةِ وَاْلإِسْلاَمِ رَبِّيْ وَرَبُّكَ اللهُ ” رواه الدارمي والترمذي وقال: حديث حسن
Dari Thalhah bin Ubaidillah radhiyallahu ‘anhu, bahwa Nabi Muhammad SAW apabila melihat hilal (bulan pada tanggal 1, 2 dan 3), maka baginda berdoa, “Ya Allah, perlihatlah bulan ini kepada kami dengan kebahagiaan, keimanan, keselamatan dan keislaman. Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah.” (HR. al-Darimi [1730] dan al-Tirmidzi [3451]. Al-Tirmidzi berkata: “Hadis ini hasan”.).
عَنِ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا، قَالَ: كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا رَأَى الْهِلاَلَ قَالَ : ” اَللهُ أَكْبَرْ ، اَللّهُمَّ أَهِلَّهُ عَلَيْنَا بِاْلأَمْنِ وَاْلإِيْمَانِ وَالسَّلاَمَةِ وَاْلإِسْلاَمِ ، وَالتَّوْفِيْقِ لِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَى ، رَبُّنَا وَرَبُّكَ اللهُ “. رواه الدارمي
Dari Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma berkata, “Rasulullah SAW apabila melihat hilal, maka berdoa, “Allah Maha Besar. Ya Allah, perlihatkanlah bulan ini kepada kami dengan keamanan, keimanan, keselamatan, keislaman dan pertolongan pada apa yang Engkau cintai dan Engkau ridhai. Tuhan kami dan Tuhanmu adalah Allah.” (HR. al-Darimi [1729]).
عَنْ قَتَادَةَ ، أَنَّهُ بَلَغَهُ ، أَنَّ نَبِيَّ اللهِ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا رَأَى الْهِلاَلَ قَالَ : ” هِلاَلُ خَيْرٍ وَرُشْدٍ ، هِلاَلُ خَيْرٍ وَرُشْدٍ ، هِلاَلُ خَيْرٍ وَرُشْدٍ ، آَمَنْتُ بِاللهِ الَّذِيْ خَلَقَكَ ” ، ثلاث مرات ، ثم يقول : ” اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِيْ ذَهَبَ بِشَهْرِ كَذَا وَجَاءَ بِشَهْرِ كَذَا “. رواه ابو داود
Dari Qatadah, bahawa telah sampai kepadanya, bahawa Nabi Muhammad SAW apabila melihat hilal, maka berdoa, “Semoga bulan ini membawa kebaikan dan petunjuk. Semoga bulan ini membawa kebaikan dan petunjuk. Semoga bulan ini membawa kebaikan dan petunjuk. Aku beriman kepada Allah yang telah menciptakanmu.” Sebanyak tiga kali, kemudian berkata: “Segala puji bagi Allah yang telah membawa pergi bulan ini, dan datang dengan bulan ini.” (HR. Abu Dawud [5092]).
Hadis-hadis di atas menunjukkan anjuran membaca doa pada awal bulan, setelah perginya bulan sebelumnya. Doa akhir tahun dan awal tahun, dianjurkan juga, dengan diqiyaskan pada doa awal bulan di atas. Di sisi lain, dalam kitab-kitab hadits juga disebutkan doa-doa yang dianjurkan pada awal terbitnya Matahari dan setelah terbenamnya Matahari, sebagaimana dijelaskan dalam kitab-kitab tentang doa dan dzikir, seperti kitab al-Adzkar karya al-Imam an-Nawawi dan semacamnya. Wallahu a’lam.
Soalan: Kalau dalil doa akhir tahun dan awal tahun tersebut didasarkan pada dalil qiyas, apakah hal ini dibenarkan?
Jawapan: Ya tentu dibenarkan. Qiyas dalam ibadah telah dilakukan oleh para ulama sejak generasi salaf, para sahabat, ahli hadis dan para imam mazhab, termasuk Imam Ahmad bin Hanbal, Imam al-Bukhari dan lain-lain. Bahkan Syaikh Ibnu Baz juga banyak melakukan qiyas dalam bab ibadah, sebagaimana dapat dibaca dalam sebahagian fatwa-fatwa beliau.
Soalan: Apakah penjelasan khasiat doa akhir tahun dan awal tahun tersebut dapat dibenarkan?
Jawapan: Ya tentu saja dibenarkan. Khasiat ayat al-Quran, doa dan zikir telah diakui oleh seluruh ulama. Syaikh Ibnu Qayyimil Jauziyyah, murid terkemuka Syaikh Ibnu Taimiyah, panutan kaum Wahabi-(bukan-Salafi), berkata:
وَمِنَ الْمَعْلُوْمِ أَنَّ بَعْضَ الْكَلامِ لَهُ خَوَاصُّ وَمَنَافِعُ مُجَرَّبَةٌ فَمَا الظَّنُّ بِكَلامِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ الَّذِيْ فَضْلُهُ عَلَى كُلِّ كَلامٍ كَفَضْلِ اللهِ عَلَى خَلْقِهِ الَّذِيْ هُوَ الشِّفَاءُ التَّامُّ وَالْعِصْمَةُ النَّافِعَةُ وَالنُّوْرُ الْهَادِيْ وَالرَّحْمَةُ العَامَّةُ الَّذِيْ لَوْ أُنْزِلَ عَلَى جَبَلٍ َتَصَدَّعَ مِنْ عَظَمَتِهِ وَجَلالَتِهِ قَالَ تَعَالَى وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ للمؤمنين [ الإسراء: 82 ] وَ مِنْ هَا هُنَا لِبَيَانِ الْجِنْسِ لاَ لِلتَّبْعِيْضِ هَذَا أَصَحُّ الْقَوْلَيْنِ. (ابن القيم، زاد المعاد في هدي خير العباد، 2/162).
“Dan telah dimaklumi bahawa sebahagian perkataan manusia memiliki sekian banyak khasiat dan aneka kemanfaatan yang dapat dibuktikan. Apalagi ayat-ayat al-Quran selaku firman Allah, Tuhan semesta alam, yang keutamaannya atas semua perkataan sama dengan keutamaan Allah atas semua makhlukNya. Tentu saja, ayat-ayat al-Quran dapat berfungsi sebagai penyembuh yang sempurna, pelindung yang bermanfaat daripada segala merbahaya, cahaya yang memberi hidayah dan rahmat yang merata. Dan andaikan al-Quran itu diturunkan kepada gunung, niscaya ia akan pecah kerana keagungannya. Allah telah berfirman, “Dan kami turunkan dari al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman.” (QS. al-Isra’: 82). Kata-kata “dari al-Quran,” dalam ayat ini untuk menjelaskan jenis, bukan bermakna sebagian menurut pendapat yang paling benar. (Ibn al-Qayyim, Zad al-Ma’ad, 2/162).
Perhatikan, dalam pernyataan di atas, Syaikh Ibnu Qayyimil Jauziyyah menjelaskan bahawa khasiat doa dan zikir termasuk hal yang dimaklumi dalam kalangan umat Islam. Bagi yang tidak percaya dengan khasiat tersebut, tangisilah dirinya, kerana telah menyimpang daripada kemakluman yang diakui dalam agama.
Soalan: Dari mana untuk mengetahui khasiat ayat al-Quran, doa dan zikir?
Jawapan: Sebahagian daripada hadis-hadis Nabi Muhammad SAW. Sebahagian juga daripada pengalaman orang soleh dan ilham yang diterima oleh para auliya atau orang yang ma’rifat kepada Allah. Hal ini sebagaimana dijelaskan oleh al-Hafizh as-Suyuthi dalam al-Itqan fi ‘Ulum al-Qur’an.
Soalan: Apakah kepercayaan terhadap khasiat yang diperoleh daripada kaum para auliya dan orang soleh tidak merosakkan akidah Islam?
Jawapan: Tidak merosakkan. Bahkan mempercayai khasiat yang diperoleh daripada pengalaman dan ilham para auliya dan orang soleh termasuk sebahagian daripada akidah umat Islam. Hal ini sebagaimana dijelaskan oleh Syaikh Ibnu Taimiyah dalam al-‘Aqidah al-Wasithiyyah.
Soalan: Siapa dalam kalangan ulama yang menganjurkan doa akhir tahun dan awal tahun?
Jawapan: Ya banyak sekali, terutama ulama Timur Tengah dan seluruh dunia. Anda boleh baca dalam kitab Kanz al-Najah wa al-Surur fi al-Ad’iyah al-Ma’tsurah allati Tasyrahu al-Shudur, karya Syaikh Abdul Hamid bin Muhammad Ali Qudus al-Makki al-Syafi’i, (1277-1335 H).”
Wallahu a’lam.