1 Hari 1 Hadis: Menyayangi Untuk Disayangi

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بن عَمْرٍو قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:”الرَّاحِمُونَ يَرْحَمُهُمُ اللَّهُ ارْحَمْ مَنْ فِي الأَرْضِ يَرْحَمْكَ مَنْ فِي السَّمَاءِ

Daripada Abdullah bin Amir RA, Rasulullah SAW bersabda: “Seseorang yang menyayangi (orang lain) pasti akan disayangi Allah. Sayangilah setiap penduduk bumi, nescaya engkau akan disayangi para penghuni langit” (HR Tabrani No: 1460) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

  1. Orang yang menyayangi makhluk tanpa mengira manusia mahupun binatang, Allah dan segala makhluk di langit akan menyayanginya.
  2. Sifat saling menyayangi datang daripada mereka yang memiliki kejernihan jiwa dan kesucian rohani. Jauh daripada sifat dendam, bongkak dan sombong.
  3. Orang yang tidak menyayangi orang lain akan jauh daripada kebaikan. Hadis Nabi SAW:

عَنْ جَرِيرٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ يُحْرَمْ الرِّفْقَ يُحْرَمْ الْخَيْرَ

Dari Jarir RA dari Nabi SAW bersabda, “Barang siapa dijauhkan daripada sifat lemah lembut (kasih sayang), bererti ia dijauhkan daripada kebaikan. (HR Muslim  No: 4694) Status: Hadis Sahih

  1. Berusahalah menyayangi orang lain dengan memberikan hak-hak mereka. Jika mereka meminta pertolongan, bantulah mereka, jika mereka meminta nasihat, nasihatilah, jika mereka sakit maka ziarahilah.
  2. Jauhi perasangka buruk, membuat tuduhan, menghukum, memberi gelaran buruk dan memfitnah. Elakkan permusuhan dan persengketaan. Pereratkan yang dekat, rapatkan yang jauh.

 

CONTACT US

31 USJ4/6A Subang Jaya 47600, Selangor Darul Ehsan
Telefon: 012-2145622, 012-2320111, 013-6920850
Email: admin@majalahwn.com

FOLLOW US ON