EYE ME

Selamat Tinggal 2024

Bergegas balik kampong. Rumah mak diceroboh. Saya gunakan perkataan ceroboh sebab keadaan di dalamnya seperti kapal karam dan gelap. Gerobok kain terburai, almari pinggan mangkuk habis terbalik, isi-isi di dalamnya dipunggak dan yang menyedihkan lemari kitab pun terbalik, berselerak helaian-helaian yang koyak. Apa yang hendak dicari oleh si penceroboh alais pencuri? Mungkin mengharapkan ada duit-duit di celah kitab al quran, atau pun dalam pinggan dan periuk yang berhabuk, barangkali lah dia ingat tuan rumah yang berdua ini (yang sudah pergi buat selamanya) meninggalkan harta karun mereka di gerobok tua yang berhabuk. Sebab orang dulu-dulu memang suka menyorokkan duit dan emas di dalam sarung bantal, di celah quran malah dalam bekas isi beras. Itu kot yang di fikiran tapi apak mak generasi ada kelas, duit disimpan di bank, jika perlu tekan di mesin ATM.

Nama pun pencuri, sakit hati jika pulang nanti, poket tidak berisi. Tengok ada apa lagi yang boleh dicuri, di  rumah yang usang jarang berpenghuni, hanya sesekali bila Raya atau kenduri. Tolak peti ais dan tv kerana kena bawa lori, apa kata potong sahaja kabel api, elektrik. Allahu Akbar saya menutup cerita ceroboh saya di sini kerana kalau nak masuk ke dalam rumah kena guna pelita. Sedihkan, buat hilang mood hendak balik lagi. Hajat sebelum akhir tahun nak buat kenduri tidak menjadi. “Tak apa lah mak, kenduri boleh buat di mana-mana.”

Kadang saya terfikir, anak siapa lah pencuri itu? Mak, ayah, isteri, kalau anda tahu anak/suami kamu tidak bekerja atau makan dadah, dan siang dia berdengkur, malam dia menghilang tetapi ada duit beli dadah, atau hidup mewah, hati-hati dia mungkin pencuri. 

Lalu saya ke pusara menziarahi kedua orang tua, hendak bercerita dengan mereka. Rindu, tapi anakmu ini tahu, Allah menyiapkan arwah tempat yang kekal abadi. Seolah wajahmu tersenyum. Seolah aku menggenggam tanganmu lagi. Aku tidak pernah melupakan momen bersama, dan kasih sayang yang diberi tanpa pernah meminta untuk dibalas. Ingatan tentang mak apak akan hidup selamanya di hati, dan berjanji akan menghadiah setiap pagi ayat-ayat suci, kerana itulah yang terbaik bagi orang yang mati.

Aku teruskan perjalanan ke pejabat tanah. Peninggalan mak tidak mahu terbengkalai mahupun tanah pusaka yang sedepa (bahasa orang Perak) kemudian nanti menjadi rebutan keluarga. Kita adik beradik mungkin tidak berkisah sangat, dan anak-anak kita pun tidak berapa minat, tetapi mana tahu di kemudian hari. Sementelah berada di kampung saya tolong menguruskan sambil membayar hutang kepada dua keping tanah saya sendiri. Teringin nak berkebun tapi dikatakan ramai pencuri dan tetamu tidak dijemput yakni monyet-monyet bermaharajalela setiap hari. 

Sebuah perjalanan pasti akan berakhir, begitu juga tahun. Disember akan pergi, dan Januari menanti.

Dua ribu dua puluh empat, sebenarnya saya sudah bangkit daripada kesedihan dan kesepian. Pemergian suami tidak boleh ditangisi lama, tetapi mengingati mesti dan merindui sudah pasti. Saya sedar saya lebih berani, lebih kuat malah menjadi lebih bijak daripada yang saya rasakan sebelum ini. I celebrate myself, and sing myself. I have to be bold, be brave enough to be my true self. And, regardless of how I feel inside, I always try to look like a winner. 

Ya, 2025 di muka pintu. Joy is not in things; it is in us. Terus membuat apa saya suka, antaranya berkarya dan menambahkan kerja amal. Meneruskan perjuangan, menebarkan kasih sayang. 

Kadang kita lupa untuk menyukakan orang lain, kenduri malas menghadiri, pertolongan tidak dilayan, dan rezeki tidak mahu dibahagi dan dikongsi, merasakan kalau berkongsi akan rugi. Agama mengatakan duit kamu bukan semua duit kamu. Jangan seringgit pun berkira. Banyak pahala menghalalkan jika jumlah tidak membuat kamu kaya atau kamu miskin. Jangan jadi bakhil, jangan hanya tahu menerima tetapi tidak memberi. Hidup akan lebih bermakna bila diraikan bersama, dan pulang bergembira. Do good to others kerana cara ini kamu dijauhi syaitan. The world is but a moment, so make it a moment of happiness. I’ve learned that people will forget what you said, people will forget what you did, but people will never forget how you made them feel. Jangan bila kita mati, banyak pula cerita yang tidak manis didengari. Ya, saya ada berjumpa orang yang begini, kalau kamu orang macam ini, tolong ubah diri. 

Untuk anak-anakku ini pesan mummy. ‘Kebijaksanaan menjanjikan kebahagiaan dan kekayaan. Tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan. You don’t allow other people to disrespect you without consequences, and you respect other people with the same level of diligence and ferocity. As such, you honor people’s personal life choices, how they identify/present themselves to the world, and what they believe in, without feeling insecure or putting anyone down. 

Hargai orang lain seperti kamu menghargai diri kamu sendiri. Kerana Islam mengajarkan kasih sayang dan keadilan. Dan berbuat baiklah tanpa mengharapkan balasan daripada manusia. Kerana Allah akan memberikan pahala yang berlipat ganda. Kemudian bersyukur dalam setiap keadaan, baik suka mahupun duka. Kerana dalam kesyukuran terdapat kebahagiaan yang hakiki.

Disember, maka berakhir lah 2024. Ya Allah, segala yang telah kami kerjakan selama ini daripada apa yang menjadi laranganMu, sedang kami belum bertaubat, padahal Engkau tidak melupakan dan Engkau bersabar (dengan kasih SayangMu) yang sesungguhnya Engkau berkuasa memberikan siksa untuk kami, dan Engkau telah mengajak kami untuk bertaubat sesudah melakukan maksiat.

Kerana itu ya Allah, kami  mohon ampunanMu dan berilah ampun kepada kami dengan kemurahanMu.Ya Allah berikan kebaikan hidup di dunia dan akhirat serta jauhkan kami daripada azab api neraka. 

Selamat Tinggal 2024

Related posts

Bila Tiba Masa Mohon Derma…

Wirda Adnan

Yang Pasti Syawal Tidak Seronok Lagi

Wirda Adnan

Cerita Saya… Suami Kanser…

Wirda Adnan

Leave a Comment