AGAMA

Mahar dan Kadar Harga Mas Kahwin Ikut Negeri 2022

Mas kahwin atau disebut juga mahar adalah wajib dalam hukum Islam untuk isteri daripada sang suami. Nilai pemberian yang diberikan suami kepada bakal isteri adalah berbeza-beza mengikut negeri masing-masing. Dan untuk pengetahuan anda duit hantaran tidak wajib, diberi atau tidak dan sebanyak mana jumlahnya terpulang kepada pihak perempuan untuk menentukannya.

Sama kadar harga mas kahwin naik atau turun atau tak berubah adalah mengikut ketetapkan oleh Pejabat / Jabatan / Majlis Agama Islam setiap negeri sama ada negeri Sabah, Sarawak, Labuan, Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Putrajaya, Pahang, Terengganu, Kelantan, Perlis, Kedah, Perak dan Pulau Pinang.

Catatan Mengenai Kadar Mahar 

BIL NEGERI NILAI CATATAN

ANAK DARA / JANDA

1. JOHOR RM 22.50 RM 22.50

2.MELAKA RM 40.00 RM 40.00

3. NEGERI SEMBILAN

a. Bukan Waris RM 24.00 RM 12.00

b. Ahli Waris RM 48.00 RM 24.00

c. Kerabat Diraja di Wilayah RM 725.00

Datuk Kelana & Kerabat

4. SELANGOR

i. Puteri Sultan RM 2,500.00 RM 625.00

ii. Puteri Raja Muda atau Puteri RM 2,000.00 RM 500.00

kpd Putera Sultan yg bergelar

iii. Puteri Kerabat RM 1,000.00 RM 250.00

iv. Puteri Anak Raja (Waris) RM 550.00 RM 137.50

Puteri Anak Raja (yang lain) RM 300.00 RM 75.00

v. Anak Perempuan org-org besar RM 300.00 RM 75.00

vi. Cucu orang besar RM 200.00 RM 50.00

vii. Orang Kebanyakan RM 80.00 RM 40.00

5 KUALA LUMPUR RM 80.00 RM 40.00

6. PERAK RM 101.00

7. PULAU PINANG RM 24.00 RM 24.00

8. KEDAH Tidak ditetapkan

9. PERLIS Tidak ditetapkan

10. PAHANG RM 22.50 RM 22.50

11. TERENGGANU Tidak ditetapkan

12. KELANTAN Tidak ditetapkan

13. SABAH RM 100.00 RM 80.00

14. SARAWAK RM 120.00 RM120.00

15. W.P LABUAN RM 80.00 RM 80.00

* boleh ditambah, tetapi tidak boleh dikurangkan.

Pemberian Mahar dan Jenis

Di Malaysia pemberian mahar diberikan oleh suami kepada isteri dalam bentuk wang ringgit yang kadarnya berbeza dari satu negeri dengan negeri yang lain. Jumlah mas kahwin bagi seorang perempuan, mengikut negeri dan kategori. (Diambil daripada Ustaz Abd Aziz bin Harjin Pensyarah Tamadun Islam Universiti Teknologi MARA Perlis).

Jenis Mahar

a. Mahar Musamma Mahar yang disebut dengan jelas jumlah dan jenisnya dalam suatu akad nikah seperti yang diamalkan dalam perkahwinan masyarakat kita pada hari ini.

Ulama’ telah bersepakat bahawa mahar musamma wajib dibayar oleh suami berlaku salah satu daripada perkara-perkara berikut :-1) Berlakunya persetubuhan di antara suami isteri.

2) Kematian salah seorang di antara mereka sama ada suami atau isteri.

b. Mahar Misil ( mahar yang sepadan )

Mahar yang tidak disebut jumlah dan jenisnya dalam suatu akad nikah. Sekiranya berlaku keadaan ini, mahar tersebut hendaklah diqiaskan (disamakan) dengan mahar perempuan yang setaraf dengannya di kalangan keluarganya sendiri seperti adik beradik perempuan seibu sebapa atau sebapa atau ibu saudaranya.

Sekiranya tiada, maka diqiaskan pula dengan mahar perempuan-perempuan lain yang setaraf dengannya dari segi kedudukan dalam masyarakat dan sekiranya tiada juga, terpulang kepada suami berdasarkan kepada adat dan tradisi setempat.

Selain daripada itu terdapat perkara-perkara lain yang perlu diambil kira dalam menentukan mahar misil iaitu dari sudut rupa paras, kekayaan, keadaan setempat, keagamaan, ketakwaan, keilmuan, kecerdasan fikiran , keluhuran budi serta status perempuan tersebut sama ada gadis atau janda dan perkara-perkara yang boleh dijadikan penilaian. Ini kerana kadar mahar berbeza dengan berbezanya sifat-sifat di atas.

Mendapat Separuh Mahar Atau Tidak Berhak Mendapat Langsung

Sebagaimana yang kita sedia maklumi , apabila berlakunya suatu akad nikah yang sah, maka wajib bagi suami membayar mahar kepada isteri sama ada berupa mahar musamma atau pun mahar misil kerana ia merupakan hak isteri.

Walau bagaimanapun terdapat keadaan yang menyebabkan isteri hanya berhak mendapat separuh sahaja daripada mahar tersebut atau pun tidak mendapat apa-apa mahar langsung daripada suami iaitu :-

a) Isteri hanya mendapat separuh sahaja daripada mahar apabila berlakunya perceraian sebelum persetubuhan. Ini berdasarkan kepada firman Allah Taala dalam surah al-Baqarah ayat 237 :

“Dan jikalau kamu menceraikan mereka itu (isteri-isteri) sebelum kamu menyetubuhi mereka walhal kamu telah menetapkan mahar kepada mereka, maka diwajibkan ( bayarannya )separuh daripada yang kamu tetapkan kecuali jika mereka sendiri memaafkan atau orang yang mempunyai kuasa perwalian memaafkannya “

Ayat di atas menyatakan bahawa sekiranya mahar isteri telah disebutkan ketika akad nikah dan berlakunya perceraian sebelum persetubuhan, maka suami hanya wajib membayar separuh sahaja daripada mahar tersebut. Tetapi sekiranya mahar tidak disebut ketika akad nikah, suami wajib membayar mahar misil kepada isteri.Menurut pendapat Imam Syafi’e dan Imam Malik sekiranya berlaku perceraian sebelum persetubuhan, suami hanya wajib membayar separuh sahaja mahar kepada isteri sama ada mahar tersebut disebut semasa akad nikah atau sebaliknya.

b) Isteri tidak berhak langsung untuk mendapat pemberian mahar daripada suami apabila berlakunya perceraian disebabkan fasakh ( dari pihak isteri ) sebelum berlakunya persetubuhan.

Hikmah Disyariatkan Mahar

Antara hikmah disyariatkan mahar adalah dapat menunjukkan kemuliaan wanita. Ini kerana membuktikan kaum adam itu memerlukan kaum hawa untuk bersamanya. Kaum lelaki yang berusaha untuk mendapatkan wanita meskipun harus mengorbankan hartanya. Selain daripada itu syariat ini juga menunjukkan cinta dan kasih sayang seorang suami kepada isterinya, kerana mas kawin itu sifatnya pemberian, hadiah, atau hibah sepertimana yang diistilahkan di dalam Al-Quran sebagai nihlah (pemberian dengan penuh kerelaan), bukan sebagai pembayar harga wanita. 

Allah SWT berfirman, “Berikanlah maskawin (mahar) kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan. Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian dari maskawin itu dengan senang hati, maka makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya.”

Pemberian mahar ini turut menunjukkan kesungguhan seseorang lelaki itu untuk memiliki pasangannya kerana nikah dan berumah tangga bukanlah perkara remeh dan perkara yang bisa dipermainkan. Di samping itu ia turut menunjukkan tanggungjawab suami dalam kehidupan rumah tangga dengan memberikan nafkah, kerana kaum lelaki adalah pemimpin kepada kaum wanita dalam kehidupan rumah tangganya. Dan untuk mendapatkan hak itu, wajar bagi suami untuk mengeluarkan hartanya supaya dia berasa lebih bertanggungjawab dan tidak sewenang-wenang melepaskan tugasnya terhadap isterinya. Allah telah berfirman, “Lelaki itu adalah pemimpin atas wanita, karena Allah telah melebihkan sebagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka.”

Kesimpulan

Mahar adalah hak isteri yang diberikan oleh suami dengan hati yang tulus ikhlas tanpa mengharapkan balasan sebagai pernyataan kasih sayang dan tanggungjawab suami atas kesejahteraan rumah tangga. Ianya bertujuan untuk menggembira dan menyenangkan hati isteri agar isteri merasa dihargai dan bersedia untuk menjalani kehidupan bersama suami.

Para mujtahidin telah sepakat mengatakan bahawa tiada kadar dan had yang tertentu dalam meletakkan kadar mahar yang paling maksima. Terdapat satu peristiwa yang berlaku yang berlaku di zaman Umar al Khattab (r.a) di mana beliau melarang orang ramai dari meninggikan kadar mahar iaitu tidak boleh lebih daripada empat dirham katanya, “ Janganlah kamu meninggikan mahar perempuan kerana jikalau dia dimuliakan di dunia, atau mahu bertaqwa kepada Allah, maka yang lebih utama ialah contoh daripada Rasulullah yang tidak menetapkan mahar kepada isterinya mahupun bagi puteri-puterinya melebihi dua belas auqiah. Oleh sebab itu sesiapa yang melebihi daripada 440 dirham walaupun lebihannya sedikit maka yang itu dimasukkan ke dalam Baitulmal “. Lantas seorang perempuan Quraisy membantah sambil berkata : “ Allah telah berfirman di dalam al-Quran :

Terjemahan: “Apabila kamu telah memberikan kepada mereka itu (isteri) sepikul mahar, maka jangan kamu ambil walaupun sedikit daripada mahar itu.“

(surah al Nisa : 20)

Kenapa Hukum Mas Kahwin Wajib

1.Menunjukkan ia satu tanggungjawab yang besar suami ke atas bakal isteri.

2.Merupakan satu tanda kesungguhan suami untuk memperisterikan bakal isteri.

3.Menunjukkan tahap kemuliaan isteri di sisi bakal suami.

Sumber wikipedia dan diambil daripada tulisan Ustaz Abd Aziz bin Harjin Pensyarah Tamadun Islam Universiti Teknologi MARA Perlis).

Related posts

CINTA ALLAH PUNCAK SEGALA CINTA

admin

Jangan Jemu Melakukan Kebaikan

admin

RAMADAN KAREEM ATAU RAMADAN MUBARAK?

adminwm

Leave a Comment