GAYA HIDUP

Kisah Seorang Cancer Survivor – “Life Is Beautiful.” – Dr. Hajah Mai Sargeant

Pada usia lewat 40-an di mana wanita berada diambang mercu kehidupan, dia telah didiagnos menghidap barah payudara. Bagi sesetengah mungkin berita itu bagaikan halilintar yang memecah bumi; membawa hukuman mati. Namun tidak bagi Dr. Hajah Maimunah Sargeant, seorang insan berjiwa kental ini tegar dengan keputusannya untuk bertarung nyawa, bergadai lelah semata-mata untuk terus mencari erti kehidupan sebenar sebagai  seorang cancer survivor.

“Of course its not easy as I can say it now,” katanya memulakan bicara. Sesungguhnya secara fisikal tidak mungkin sesiapa menyangka bahawa dia adalah seorang cancer survivor. Keperitan yang ditanggungnya selama ini sejak enam tahun lalu tidak sedikitpun terzahir pada wajahnya, bentuk badannya yang tegap, mahupun pergerakannya pantas dan lincah. 

Malah sifat semula jadinya yang nampak yakin dan ceria, membuat sesiapa yang bertemunya buat kali pertama, tidak mungkin percaya dengan apa yang telah dilaluinya beberapa tahun lalu.

“Perasaan saya?” tenang dia meneruskan, “Bila doktor beritahu hasil kajian, memang confirmed I had breast cancer stage 2B, to be frank I don’t know how to feel or how to react. It was all there… sad, devastated, angry were all I could feel. Only at a point later, I was rather calm. Perhaps I have come to terms with what’s coming ahead of me.” 

Meneruskan kisahnya, Dr Mai menambah, pada awalnya dia hanya berasa tidak sedap badan dan bagai ada sesuatu lalu terus berjumpa doktor. Apabila doktor pakar mengesahkan dia mempunyai ketumbuhan kecil berdiameter empat sentimeter pada payudaranya, dia hanya mampu tergamam beberapa ketika. Bermacam-macam bermain di kepalanya.  

“Membayangkan payudara saya tinggal sebelah, made me real sad,” katanya, namun paling ditakuti ialah proses perubatan kemoterapi dan radioterapi yang harus dilaluinya, “You know as a woman, breast is our feminity, tapi itu bukan soal pokok bagi saya. Yang paling saya takuti ialah proses rawatannya. Saya pernah lihat bagaimana sengsaranya mereka yang pernah melalui proses rawatan kemo dan juga radioterapi. Azabnya Allah saja yang tahu.”

Doktor pakar menyarankan ia mesti dibuang segera sebelum merebak teruk. Apa pun dia bersyukur kerana telah memberanikan diri untuk melakukan pemeriksaan dan bertindak awal

“Selepas pemeriksaan dan pengesahan dibuat oleh pakar, saya masuk wad. Mujur saya memang ramai kenalan. Selain adik-beradik yang membantu, teman-temanlah yang menghantar dan menemani saya bila ada temu janji dengan doktor atau bila ada keperluan untuk keluar membeli barangan dapur atau keperluan dalam rumah. Adakalanya saya hanya memesan saja pada mereka.”

Daripada awal hingga selesai rawatan, dia melalui enam kali raditerapi yang dilaluinya empat bulan dan 26 kali kemoterapi. Semuanya berlaku dalam tempoh enam bulan yang dianggapnya amat memenatkan dan meletihkan.

Gangguan Emosi Datang dan Pergi

Suka atau tidak, tabah atau sebaliknya, setiap orang yang menghidap barah akan terpaksa lalui proses kekalutan emosi dan proses perubatan yang mengerikan katanya. Walaupun tabah dan seorang yang berani, dia tidak menafikan pada beberapa ketika dia berasa takut memikir masa depan dan apa yang bakal dilaluinya.

“I had my breakdowns,” katanya terhenti seketika, dan menyambung, “A series of them. Pada mulanya saya selalu menangis seorang diri lebih lagi pada waktu malam. Ketika itu suami saya bekerja di Jakarta dan anak sulung saya Mark, sedang belajar di luar negara. Yang dua orang lagi di sini tapi Martin bersekolah asrama penuh. Hanya tinggal bersama saya ialah anak perempuan Melissa yang ketika itu bakal menduduki peperiksaan A Levelnya  dan akan berangkat ke London, Sebagai ibu tentunya saya tidak mahu menyusahkan anak-anak dan mengganggu tumpuan mereka belajar dengan masalah penyakit saya.”

Pada waktu itu memang dia selalu sendirian. Walaupun suami cuba pulang lebih kerap tapi dia tidak mahu menyusahkan suaminya yang juga sibuk. Yang ada katanya pembantu, adik beradik dan teman-teman rapat yang datang menemaninya. 

Beberapa bulan selepas itu suaminya pula mendapat serangan jantung di Jakarta. Allah saja yang tahu keadaannya ketika itu. Belum pun sempat beliau memikirkan bagaimana menguruskan keadaan tersebut, beliau mendapat panggilan yang mengejutkan daripada universiti Melissa yang sudah berangkat ke London beberapa minggu sebelumnya untuk melanjutkan pelajarannya, telah diserang kemurungan.

“Pihak universiti terpakasa memberi dia cuti kerana dia hinggakan tak boleh nak bercakap. Anxiety dia di tahap bahaya. Melissa adalah seorang yang penyayang. Mungkin dia risaukan keadaan saya, ayah dia dan rindukan ahli keluarga lain juga yang keitka all over this earth. She just cant take it anymore,” Mahu tidak mahu dan baru sahaja menjalankan rawatan kemo, beliau terpaksa juga ke London untuk menguruskan anaknya itu dibawa pulang.

Dia bersyukur kerana ada teman-teman yang banyak membantu hingga sanggup bermalam menenaminya dan membawanya ke hospital untuk rawatan ulangan kemo dan radioterapi. Menyebut perihal dan pengalaman tersebut, Dr Mai menasihati agar setiap pesakit kanser bukan sahaja kena kuatkan semangat tapi mestilah yakin bahawa mereka tidak sendirian serta selalu semat dalam hati yang mereka akan pulih seperti sedia kala.

“All my life there were ups and downs… but cancer is totally a different life challenge all together. Somehow I had the fairest share of life, I should say. Even at that point of time I felt lucky and better off than many. Dalam kehidupan sebelum ini saya puas dengan segalanya. Jadi tiada apa patut saya ungkitkan atau tidak berpuas hati.” 

Sering dia terfikir, bagaimana mereka yang tidak berkemampuan? Berapa ramai mampu berhabis ratusan ribu untuk merawat kanser mereka? Ada yang terpaksa menunggu berbulan-bulan hanya untuk mendapatkan tempahan bilik operasi dan khidmat pakar bedah. Dia tahu ramai yang tidak mampu untuk membayar harga ubat sekalipun dan sesetengah tidak sempat pun dirawat lalu menemui ajal kerana menunggu giliran. Semua itu membuatnya insaf dan menjadi lebih tabah dan bersyukur, walaupun diuji namun Allah tetap memudahkan urusan baginya. 

Demikian katanya apabila menyentuh perihal kehidupannya yang flamboyant, active and colourful lifestyle (padat dengan majlis glamor, fine dining dan fine cusine, melancong ke mana saja) dahulunya itu tiba-tiba bertukar menjadi rutin harian yang membosankan; sepi dan hanya dipenuhi janji temu pakar, kemoterapi, radioterapi, rutin makan ubat atau mencari bahan dan membaca risalah tentang cara-cara untuk memerangi kanser. 

As a food lover, and I love desserts. I find it quite frustrating. Anyhow, life had been beautiful for me. I was determined to fight and win the game,” pintasnya yang juga adalah seorang perfectionist dan sukar mengalah, “Yang penting pada saya, kita perlu pandai suaikan diri dengan perubahan, “If one can’t change one’s surrounding, then one must change and adapt. Itu yang saya lakukan. Menyesuaikan diri dengan perubahan.”

Sebagai seorang yang aktif dan minat bersukan, pada mulanya Dr. Mai amat tertekan membayangkan dirinya tidak dapat menjalankan aktiviti seperti biasa. Minatnya  bersukan badminton dan tenis terhenti buat seketika. Namun hanya selepas beberapa bulan berikutnya dia telah kembali ke gelanggang tenis dan badminton. Tindakan tersebut katanya membuat ramai terkejut dan kagum dengannya.

Anak-anak dan Allah Pendorong Untuk Terus Hidup

“Yang menguatkan semangat saya ialah anak-anak. Selalu saya katakan pada diri, anak-anak memerlukan saya. Jika saya terus murung, apa akan jadi? Saya mesti hidup demi kelangsungan mereka. Saya perlu berusaha untuk bangun dan sembuh kan penyakit ini. Saya mesti tunjukkan positiviti terhadap kehidupan kepada mereka.” pintasnya bersemangat dan agak bangga dengan kejayaan Mark dan Melissa yang berjaya dengan keputusan cemerlang dan kini bekerja di syarikat gah antarabangsa di London dan Singapura. Cuma Martin kini masih menuntut.

Apapun dia bersyukur kerana Allah telah menunjukkannya jalan yang terbaik. Dia mula terdorong untuk mengenal Allah lebih dekat dan mendalami al-Quran. Menyebut tentang ketuhanan, Dr. Mai tegas dan menasihati agar pesakit kembali kepada Allah jika mahu  ketenangan dan mencari redha.

Sejak detik itu, cara hidupnya berubah 180 darjah. Majlis-majlis glamor dan perjumpaan yang tanpa tujuan keilmuan atau keagamaan cuba dielakkannya. Beliau mula berusaha mendalami pengajian al-Quran dengan menyertai pelbagai kelas agama. Beliau juga semakin bergiat dalam kerja-kerja amal dan menyertai aktiviti amal di surau-surau dan masjid yang dia pergi.

Pendek kata, setiap hari jadualnya penuh dengan kelas-kelas, tajwid, tazkirah, sirah nabi, taddabur sejak pagi hingga jam 11.00 malam adakalanya. Itu pun bila pulang ke rumah, untuk menghilangkan tumpuan terhadap kesakitan yang ditanggung dek kesan kemo dan radioterapi, setiap kali dia membaca surah-surah tertentu hinggalah tertidur. 

“Sakit kesan kemo dan raditerapi memang tak tertanggung. Rasa loya, pening dan muntah-muntah, badan sakit dan rasa selemah-lemahnya. Ini selalunya akan mula terasa beberapa hari selepas setiap rawatan, dan keadaan itu akan berlangsung lebih kurang seminggu,” tambahnya menceritakan pengalaman pahit yang ditanggungnya. 

Apa pun sebagai seorang yang berpengetahuan dan banyak membaca tentang penyakitnya itu, Dr. Mai sedar bahawa pemakanan, tidur yang secukupnya dan berfikiran positif adalah terbaik memudahkan proses perubatan dan membantu kesembuhan. Setiap pesakit mestilah rajin mengikuti rutin pemakanan yang betul dan mengambil zat-zat tertentu untuk membantu proses pemulihan apalagi setelah pembedahan.

Ketabahannya terbukti, hanya baru beberapa kali melakukan radio terapi beliau kuatkan diri menyertai rombongan umrah sambil melawat ke Palestin. Sesungguhnya banyak yang dilalui di sana termasuk demam dan sakit-sakit beberapa hari kala di Madinah. 

“Itulah kan, bila kita tabah dan redha, Allah pasti akan menolong kita,” katanya menyingkap pengalaman tersebut, “Ketika di dalam bas ke tanah suci untuk menunaikan umrah saya demam. Mungkin kerana penat dan banyak bergerak ketika perjalanan kami ke Palestin. 

“Cabaran yang kami lalui di sana juga macam-macam. Bukan seperti melancong ke pusat peranginan. Banyak cabaran dan onak duri yang terpaksa dilalui. Sebenarnya ramai yang sihat pun jadi tak sihat? Ajabnya, sebak menjejakkan kaki di tanah suci dan sempat tidur dan berehat beberapa jam saya kembali sembuh, hingga mampu mengerjakan beberapa kali umrah.”

Hari ini beliau amat bersyukur dengan ujian Allah itu. Kanser katanya, mengajar seseorang untuk mendekatkan diri dengan Allah dan al-Quran. Membuat seseorang faham semua itu adalah kifayah yang boleh menghapus dosa. Jika kita berfikir begitu, kita pasti akan jadi tenang dan redha.

Support System, ‘Terapi’ Penting

“Saya percaya dalam keadaan begitu, support system from family and friends are vital,” mujurlah beliau memang ramai kawan jadi tidaklah timbul banyak masalah. Pada awalnya terfikir juga tidak mahu memberitahu suami dan anak-anak kala keputusan biopsi diberitahu kepadanya.

“I’m a fighter, so am I a survivor,” selalu saya cuba memotivasikan diri, “Tapi sekuat mana pun, kita, kita perlukan orang terdekat seperti ahli keluarga malah teman-teman untuk memberi kita ransangan moral,” tegas Dr. Mai yang tidak menafikan sokongan daripada suami, keluarga dan orang sekeliling adalah amat penting, “I was so low esteemed.”

Perkara biasa jika seseorang pesakit itu jadi murung dan segalanya menjadi gelap. Namun baginya dia bernasib baik dan cepat tersedar. Kita mesti fikir, katanya, tiada siapa yang boleh menolong kita atau memotivasikan kita selain diri sendiri. Namun begitu beliau menasihati pesakit supaya beringat bahawa sekuat mana pun semangat, mereka tidak mampu menanganinya sendiri. Dapatkan lah bantuan daripada ahli keluarga dan kawan-kawan.

Pemakanan dan Gaya Hidup Normal

Pemakanan dan gaya hidup yang ceria dan sentiasa di kelilingi orang tersayang penting baginya jika seseorang mahu cepat sembuh dan meneruskan kehidupan seperti sebelumnya. Beliau berpendapat setiap pesakit kanser perlu semat kan pada diri mereka, yang mereka akan pulih dan akan melalui semula kehidupan normal yang dulu mereka lalui.

“Nasihat saya yang pertama mesti jaga makan, ikut peraturan perubatan, jangan makan banyak makanan bergula dan berkabohidrat tinggi seperti nasi. Pelik tapi ini kenyataan, cancer don’t like anything white seperti gula dan nasi juga yang berkalori tinggi. Tapi jangan ikutkan sangat rasa tak berselera. Makanlah seperti biasa. Kita perlukan tenaga dan nutrien yang sesuai supaya badan kita jadi sihat untuk melawan dan bertahan proses rawatan kemo ataupun radioterapi.”

Beliau juga menasihati supaya menjauhi makanan proses seperti sosej, barangan dalam tin dan jenis beku yang kini meluas di supermarket. Makanan homecook katanya adalah yang terbaik kerana kita boleh kawal penggunaan, gula, MSG dan lemak yang berlebihan.  

Menurut beliau, air perahan lemon adalah minuman terbaik. Sejak mula hingga kini dia mengamal tiga biji lemon yang dijadikan minuman setiap hari. Antara lain yang juga ada dalam dietnya ialah buah durian belanda yang dimakan mahupun dijadikan jus. Dia juga kerap minum air kelapa kerana ia dapat membantu memulihkan tenaga dan menjadi penawar. 

Seperkara lagi katanya perlu sentiasa berwaspada dengan mereka yang sedang sakit berjangkit mahupun sekadar selsema. Ini penting kerana pesakit kanser khususnya yang sedang dalam rawatan adalah sangat lemah sistem tahanan tubuhnya, jadi dia boleh dijangkiti dengan mudah.

“Kita kena jadi selfish sikit,” nasihatnya lagi denga ketawa, “Setelah saya lalui sendiri berjangkit dengan kawan yang datang melawat, buat saya serik. Sesiapa yang ingin melawat saya, saya tegaskan mesti sihat. Jika sedang batuk, demam atau selsema tolong jangan datang dulu. And you need to do self isolation. Jangan pergi di mana ada ramai orang buat seketika.

Dr. Mai berpesan, setiap pesakit kanser perlu lengkapkan diri dengan ilmu tentang penyakit yang dihidapi. Ini penting agar kita faham dan boleh sama-sama jayakan proses rawatan dan mempercepatkan kesembuhan.

Read a lot about your sickness. By doing that you will get motivated and understand what’s going on with your body, Faham betul-betl apa yang ingin dilaksanakan oleh doktor dalam setiap proses rawatan anda supaya tidak lakukan kesilapan baik dari segi pemakanan, pengambilan ubat, kawalan emosi dan pelbagai lagi. Semua pengetahuan itu penting untuk kelangsungan proses penyembuhan dan kejayaannya.

“Most of all, learn to let go of negativity and be positive. Always believe that you are not alone. Dekati Allah. Itu yang terbaik kerana ia menjadikan kita lebih redha dan bukan sahaja mudah menerima apa juga ujian sebaliknya bijak menanganinya. That’s my biggest and most precious lesson. Life is beautiful if you know how to handle and embrace it… sepertimana yang Allah inginkan.”

[thb_gap height=”100″]

Related posts

Sacoor Group Sees Blue As The New Green

adminwm

Ramadan, Zebra Square Menunggu Anda

adminwm

Bebaskan Diri Daripada Dermatitis Atopik Dan #Uncoverlife

admin

Leave a Comment