GAYA HIDUP

AuraEmas ke Langkawi

“Jom Langkawi?” pelawa Nazliah Hamid. Saya tidak mahu mengecilkan hatinya dengan berkata Tidak, tetapi dalam hati, “Bukan aku tidak pernah ke Langkawi, sudah banyak kali. Malah pernah ke sana dengan private jet lagi. Pernah tinggal di St. Regis, Datai Langkawi, Sheraton,  Five Seasons Resort, The Westin Langkawi Resort & Spa, gosh, semua sudah, dan ber’massage’ dengan the best therapies. Dan bilik ada berdepankan private pool dengan pemandangan indah lautan terbentang… agaknya hendak mencari apa lagi di sana?”

Ditanya lagi, “Tak apalah Naz, join you the next time.” Lebih-lebih lagi memikirkan naik bas pula itu.

Tidak lama selepas itu, di meja makan bersama teman-teman mengaji di rumah Datin Diana, “Next week I tidak boleh datang, nak ke Langkawi,” beritahu Nazliah. Tetapi saya pula yang mencanang, “Jomlah masih ada kekosongan. Kalau kita hendak pergi bersendirian, atau nak tunggu suami bawa rasanya tidak sampai. Suami pada usia yang separuh senja, mereka lebih suka menghabiskan masa di rumah… atau menghadap laptop atau ke masjid. Ingat dia nak bawa isterinya melancong? Tetapi dengan geng AuraEmas rata-rata sebaya, mesti fun.” Saya pula yang sibuk mempromokan rombongan AuraEmas. Saya nampak kawan-kawan di meja macam so excited. Ada bertanya bila, ada tanya berapa hari, berapa tambang? 

You pergi ke Wirda?” saya tak ingat siapa bertanya, dan menjawab, “Mestilah pergi.” Tetapi sendiri tahu nak kata pergi, hati masih berbelah bagi, dan nama pun belum diberi. Nak kata tidak pergi, bukan ke tadi aku yang beria-ia sangat ajak mereka pergi.

[thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”11010″]
[thb_gap height=”40″]

Sungguh sebenarnya last-last minute baru dapat betul-betul memujuk hati untuk turut serta. Mujurlah saya ini dapat ‘visa’ dan ke mana sahaja tanpa perlu memujuk dan menunggu jawapan boleh ke tak boleh pergi? Sebab saya tahu ‘visa’ saya ini inshaAllah sentiasa valid. Dua hari sebelum bertolak baru memberitahu sang suami… 

Khamis, 30 Oktober 2019, bas dari Serdang sampai ke Shah Alam hampir jam 12 malam.      Dan bermulanya perjalanan kami ke Kuala Perlis. Saya memilih tempat duduk paling hadapan, begitulah saya memang senang barisan hadapan di mana-mana kecuali di panggung wayang. Kerana pada saya duduk di hadapan nampak jelas apa yang di hadapan. Saya senang melayan pemandangan di sepanjang jalan, tetapi apa yang nampak di malam yang gelap gelita?

Biasalah walau mengantuk macam mana pun mata sukar dilelapkan. Saya sibukkan diri melayan  Editor MajalahWM.com yang di talian bertanya itu ini. Dapatlah terlelap sekejab sebelum bas berhenti. “Kita solat di sini,” beritahu pemandu. Azan pertama subuh berkumandang sebaik bas berhenti. Lupa masjidnya, tetapi syukur sangat kerana imam membaca surah Al-Sajdah. Waktu sujud, jiwa menjadi betul-betul tenteram, dan sebaik habis solat, rasa terlalu tenang. Panjang doa agar perjalanan seterusnya  direstuiNya, supaya tidak ada yang tidak menyenangkan, tidak rasa bosan dan berdoa supaya kami sebas ini selamat pergi dan balik.

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]

Bersarapan di Kuala Perlis (pagi-pagi saya sudah terliur dengan laksa Kuala Perlis, sedap, dan boleh cuba bila datang ke sini lagi) sebelum menaiki feri jam 10 pagi. Kali kedua menaiki feri  masyaAllah saya terkejut melihat ramainya penumpang. Feri sendat. Rupanya hari Jumaat cuti hujung minggu di Perlis.

Masih di jeti sementara menunggu van sewaan sampai. Masing-masing sudah buat hal sendiri, ”Tolong jangan beli apa-apa lagi, kita ke hotel dulu,” Nazliah beberapa kali mengingatkan geng-geng AuraEmas yang sudah ‘warm up’ untuk bershopping. Upp dari kejauhan saya terdengar suara-suara nyaring oleh beberapa teman AuraEmas. Saya segera ke situ. Suasana  cemas apabila melihat salah seorang daripada teman AuraEmas seperti ditarik ke dalam kerusi urut di situ. Jeritan saya mendapat perhatian. Tiga lelaki datang membantu, menarik badan teman. Astaga, dan Alhamdullilah teman berjaya dikeluarkan. Merah mukanya menahan pedih yang amat sangat. Tidak tahu apa akan jadi kalau betul dirinya tersepit di situ. Nasib tiada perkara buruk berlaku. Syukur.

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]
Barbeque di Cruise Tropical Charters

Program bermula selepas makan tengahari di Hotel Langkasuka, tempat penginapan sepanjang empat hari tiga malam di Langkawi. Berehat sebelum aturcara seterusnya, pelayaran cruise. Tiada siapa yang akan mengatakan tidak best kala di atas cruise, lautan terdampar di depan mata. Rata-rata tidak sabar menunggu (sunset) ya matahari akan terbenam di bawah garis ufuk, sungguh pemandangan yang indah. Dan bulan pun bersinar, kemudian bintang-bintang berkerlipan. Irama lagu mengkhayal sambil tidak habis-habis bergambar. Ada yang menari mengikut rentak. Sekumpulan mat saleh yang berada di kapal turut berjoget bersama warga AuraEmas, tidak sangka ada di kalangan AuraEmas adalah penari.

Gosh what a big spread… ketam, sotong, udang galah, ikan, pasta dan pelbagai lagi makanan, pasti yang hadir malam itu puas menikmati hidangan sampailah saat kembali semula ke jeti.  

Malam masih panjang dan mana mungkin balik terus ke bilik. Bukankah malam di Pantai Cenang amat happening maka tidak boleh tidak, mesti pergi membeli-belah di gerai-gerai sepanjang pantai, atau sekadar santai di kafe-kafe, sambil bersembang. 

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]

Jemu merayau, kami melayan muzik jalanan di depan Chenang Mall. Alahai saya percaya geng-geng AuraEmas boleh nyanyi lagi sedap. Nazliah bangun mengkhabarkan kepada geng buskers yang sedang membuat persembahan bahawa Datuk Yusni Hamid antara penonton malam itu. Beliau dijemput mendendangkan lagu, guess what, tiba-tiba terlihat lalu lalang berhenti, suara merdu itu diminta menyanyi lagi, daripada satu sampai lima buah, nah kotak-kotak yang menunggu tetamu memasukkan wang nampaknya berisi penuh malam itu. Saya senang dengan sifat sporting Datuk Yusni Hamid yang katanya, “Kalau ini dapat menambahan rezeki mereka malam ini mengapa tidak?” Cumanya kadang-kadang geng buskers ini tidak berapa reti memilih lagu. Rasanya mat-mat salih dan pelancong luar negara suka ke dengar lagu-lagu Barat. Mereka hendak dengar lagu-lagu orang kita, lagu asli, joget, dangdut, lagu Siti Nurhaliza, Jamal Abdillah, Sharifah Aini… aduh ini asyik-asyik lagu mat saleh, bukan tidak boleh tapi janganlah langsung lupa lagu-lagu kita.

Hari kedua another fun day. Selepas bersarapan van-van menanti untuk membawa ke ladang kerbau. Susu kerbau, biar betul? Siapa yang sanggup meminumnya? Tetapi sebaik diberi penerangan, dan diberikan secawan kecil untuk menikmati keenakannya,  kemudian ke ruang khas menyediakan keju, merasa keju mozarela buatan anak tempatan, kemudian ke ladangnya melihat bagaimana susu diperah… agaknya tiada yang mahu ketinggalan untuk membawa pulang keju dan susu.

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]

Dari situ ke Klim Geo Park dan bersedia untuk menaiki motobot…berhenti untuk menjejaki gua, beri makan helang dan kolam ternakan ikan. Dan kemudian semula ke motobot melihat suasana sekeliling yang indah permai. MasyaAllah saya teruja dengan pemandangan indah kehijauan dan hutan belantara di kiri dan kanan. 

Oh-oh untuk seketika saya cemas juga, motobot laju dan penumpangnya ada juga baby dan orang tua saya sedar kami tidak memakai jaket keselamatan. Teringat bertanya meminta jaket untuk dipakai, “Tidak perlu puan… “ Saya pun take it for granted tetapi sebaik gambar sampai ke phone anak dan suami, bising mereka, “Helo ngapa tidak pakai life jacket? Mummy you’re risking your life,” by then kami pun sudah sampai ke destinasi di muara untuk aturcara selanjutnya. 

Apapun saya tahu saya silap tidak mendesak si pemandu bot. Mujur perjalanan bot-bot kami lancar dan selamat pergi dan kembali. Jujurnya saya seronok sangat cuma itulah tuan bot tidak memikirkan sangat tentang keselamatan. Bukan sahaja passengers dalam bot kami yang tidak memakai jaket keselamatan tetapi semua bot saya perhatikan begitu. Dipandu boleh tahan laju terutama bila di selekuh. Andai nasib tidak menyebelahi? Kalau apa-apa terjadi boleh melayang nyawa. Dan siapa yang hendak dipersalahkan? Jadi ingat pada sesiapa, minta jaket keselamatan dulu, pakai dan baru selamat untuk meneruskan pelayaran. Jangan ambil mudah hal keselamatan. Malang tidak berbau.

Malam semua pasang badan… sekali lagi mewahnya makan malam kami dengan aneka makanan laut. Dengan AuraEmas bila Nazliah yang menganjurkan, makan melimpah ruah.. Dan sedap belaka. Tidur pasti lena.

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]
Free & Easy – Makan, Shopping, Makan Shopping

‘Free and Easy’ pada hari ketiga, and its shopping time in Langkawi. Bagi meraikan birthday girls bulan (Oktober), kata Nazliah yang menganjurkan lawatan ini ahli AuraEmas memang menunggu-menunggu keraian ini dan ulang tahun keempat AuraEmas. Oh ya, ramai penyanyi in the house, Datuk Yusni Hamid, Aspalela Abdullah, Faridah Urait…ya tunggu apa lagi, riuh rendah dewan makan dengan suara merdu… 

Hari ketiga shopping time… mana mungkin di Langkawi tidak membeli apa-apa. Kompleks Haji Ismail Langkawi diserbu oleh warga AuraEmas. Tidak tahulah apa yang tidak ada di KL kerana rata-rata tangan sarat mengendong beg besar dan saya percaya ia berisi pinggan mangkuk, periuk belanga, coklat dan bermacam-macam lagi… tak apa lah kalau tidak hendak buat apa dengan duit pencen. 

Dan malam belum tamat, kerana ramai masih hendak melayan mata di Pantai Chenang sementara saya dengan geng Datuk Yusni kali ini mahu bersantai lagi. Ke mana? Pelangi Meritus untuk mengopi dan melayan dendangan R&B. Bila disedari mereka Datuk Yusni bersantai di situ, beliau dijemput naik ke pentas. Rupanya ramai pula peminat Datuk kita ini sehingga mereka mengiringi sampai ke kereta. Sekumpulan wanita bersama ahli keluarga sudah jatuh cinta dengan suara merdu Datuk Yusni, beliau dipelawa ke Australia… rupa mereka menetap di sana. Itulah rezeki kata orang. Saya mohon jadi pengurus Datuk boleh tak?

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]

Oh ya saya lupa. Warga AuraEmas kebanyakannya adalah bekas pekerja RTM, dan kedatangan mereka ke Langkawi mahu diraikan oleh orang radio. Live dari studio RTM Langkawi berapa bekas orang kuat RTM satu waktu dulu… Faizah Nor dan Nazliah Hamid antara yang pernah menyinari tv RTM satu ketika dulu. 

Waktu sama sekumpulan warga AuraEmas yang lain tidak mahu melepaskan peluang ke tempat-tempat bersejarah di Langkawi serta mengambil peluang mencuba kereta kabel dan Langkawi Sky Bridge. Jambatan udara yang melengkung ini dibina atas puncak Gunung Mat Chicang dan tergantung 100 meter di puncak gunung. Atau mencuba aktiviti gliders yang amat popular di Langkawi. Kalau saya jenis tidak gayat memang itulah yang saya mahu buat tapi ingatkan usia dah masuk angka enam, biar betul, jadi saya sedar siapa diri. Ada yang tidak ke mana-mana tetapi menyambung shopping kerana dikatakan harganya 20 peratus lebih murah dari mana-mana pasaraya di ibu kota. “Wirda beli apa?” Jangan tidak bawalah sedikit coklat balik.

Rasa sedih pula untuk meninggalkan pulau ini bila tiba hari terakhir di sini. Saya tahu rata-rata geng auraEmas enjoy sesangat, melancong sambil membeli, dan yang paling disenangi mereka kerana penganjur melayan perut mereka dengan makanan sedap… bila perut kenyang sudah tentu hati senang. 

Mohon penganjur merancang ke trip seterusnya. Apa kata kita gi Sarawak?

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]

Related posts

PERSATUAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK ISTIMEWA SELANGOR (ORKIDS)

adminwm

The ZALORA Lifestyle Festival

admin

9 Sebab Mengapa Rasa Sakit di Vagina Ketika Melakukan Hubungan Intim

admin

Leave a Comment