PERSONALITI

Bicara Bersama Azrel Ismail

Pelakon Azrel Ismail, 35, anak kelahiran Taiping, Perak, lahir pada Januari 1984. Bakatnya digilap daripada pertandingan Lelaki Maskulin dan merupakan pelakon serta peragawan serta mula aktif dalam dunia hiburan pada 2011. Antara drama dibintanginya termasuk Santau Merasuk, Cinta Buat Emelda, Syurga Nur, Gondola Cinta di Venice, Lelaki Macam Dia, Menantu Ting Tong, Cucu Taukeh Beras, Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin dan banyak lagi. Pembabitannya di layar perak menerusi filem 8 Jam,  Aku Terima Nikahnya, Laki-Laki, Hanyut, Mendidih Bro dan Pulang.

[thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”10905″]
[thb_gap height=”40″]
Ceritakan serba sedikit latar belakang anda, keluarga, pendidikan dan kerjaya sebelum menjadi pelakon/selebriti?

Azrel Ismail. Saya anak ke enam daripada enam beradik. Terdahulu saya bekerja di industri perhotelan Bahagian Penjualan dan Pemasaran. Sebelum ini saya mengambil kursus  Hotel Management & Tourism di Universiti Taylor.

Apa yang telah anda pelajari/temui tentang diri anda semenjak menjadi selebriti?

Banyak. Ada perubahan terutama hubungan dengan orang ramai. Yang menariknya saya banyak belajar bagaimana hendak ‘appreciate’ keadaan sekeliling terutamanya dengan peminat dan mereka yang memberikan sokongan. Saya juga belajar bahawa ramai sekali mereka yang sangat fanatik dengan selebriti khasnya. Saya sendiri mendapat pesanan ringkas yang memang tidak masuk akal, kadangkala ‘mesej’ yang menakutkan, disebabkan itu saya terpaksa tidak melayan atau tidak meninggalkan sebarang komen. 

Share us your most expensive experience, maksudnya yang barangkali paling tragis, dan tidak mungkin dilupakan atau yang lucu?

Pengalaman paling mahal sebagai selebriti bila ada event dan dihadiri oleh peminat-peminat, kami ini dilayan oleh mereka seperti Raja. Saya teringat kala hadir di suatu majlis di Singapura, peminat sendiri menyediakan pakaian dan memasak makanan kami. Pada saya, that is really super cool.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”10906″][thb_gap height=”40″]
Mesej yang mahu dikongsikan dengan rakyat Malaysia khasnya, sesuatu yang anda tidak pernah memberitahu sebelum ini?

Ermm.. so far i don’t have anything to share dan rasanya yang adapun semua orang pun sudah tahu, i guess?

Satu soalan yang anda paling ingin ditanya oleh wartawan tetapi tidak pernah ditanya dan cerita di sebalik soalan itu?

Yang belum ditanya wartawan setakat ini, rasanya mengenai kehidupan saya masa dahulu dan macam mana saya membesar juga mengenai keluarga saya. Selalunya yang ditanya wartawan adalah gosip-gosip yang melanda saya dan menanyakan bila saya hendak berkahwin dan cerita-cerita cinta…hahaha.

Projek apa yang kini sedang dijalankan?

Sekarang saya terikat dengan drama  26 episod’ Janda Kosmopolitan’

If you were not a celebrity, what would you aspire to be?

If I’m not a celebrity, mungkin sekarang saya bekerja dengan Ministry of Foreign Affairs? Maybe…..

Sudah tentu bila popular dan dikenali ramai anda barangkali susah untuk percaya kepada setiap orang yang mahu mendekati dan mahu rapat. Bagaimana anda menentukan mereka itu teman yang boleh dipercayai atau sekadar mahu rapat sebab populariti anda?

Saya tidak mahu menilai sesiapa jua pun. Saya bersikap positif pada mereka yang rapat dengan saya dan saya ‘appreciate’ persahabatan itu. Mana tahu satu hari saya memerlukan mereka dan sebaliknya. Jadi saya menjadi diri sendiri, berlaku jujur dengan apa yang saya buat dan jika saya tidak boleh memberi sesuatu atau berjanji sesuatu, saya akan berkata benar dan saya mahu orang di sana juga bercakap benar.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”10907″][thb_gap height=”40″]
What kind of personal interactions satisfy you?

Ermm… apabila saya bertanya sesuatu pada seseorang dan dia memberi respons dengan cepat dan sebaliknya jika tidak dapat menjawab panggilan mereka ada courtesy untuk memberi update pada saya tentangnya.

Saya senang melihat anda sempat mencelah di dalam kerancakan majlis bagi menunai solat kerana waktunya sudah hampir tamat. Bagaimana melatih diri untuk tidak lupa tanggung jawab sebagai seorang muslim, kerana tidak ramai anak muda lebih-lebih lagi selebriti yang sedang nama tengah rancak akan berbuat demikian?

Alhamdulilah sebagai seorang Muslim, saya wajib menunaikan tanggung jawab kepada sang Pencipta. Ya, selalunya selebriti ini sibuk sentiasa, masa penuh dengan pelbagai aktiviti dan bagi saya sesibuk mana pun bukankah Allah yang memberikan rezeki itu. Solat lima waktu adalah wajib ditunaikan dan saya yakin Allah akan memudahkan perjalanan hidup kita dan menambahkan rezeki kita.

Antara drama tv dan filem yang mana satu pilihan anda?

I will go for movie, sebab dalam masa empat tahun ini saya hanya berkesempatan berlakon satu filem dan yang lainnya drama. Jadi sudah tentu saya menantikan lebih banyak tawaran membintangi filem kerana pada saya filem menuntut lebih banyak warna lakonan dan dengan kerja keras, akan lebih mudah dikenali.

Pelakon lelaki dan wanita (Malaysia) yang anda paling kagumi dan mengapa?

Pelakon lelaki pilihan saya ialah Remy Ishak. Saya pernah shoot dengan Remy untuk filem Pulang dan saya mahu katakan di sini, he did a very good job. Untuk pelakon  wanita saya pilih Ziana Zain. Dulu saya ada menonton filem Sembilu dan pada saya lakonannya amat baik.

Tentang kisah cinta anda sekarang?

Saya memang sedang menjalin hubungan seorang gadis tetapi kerana masa sangat-sangat mencemburi saya, kadang-kadang hanya sempat membuat video call atau menghantar pesanan ringkas saja

Related posts

10 Soalan untuk Arja Lee

admin

‘Treat your makeup like jewelry for the face. Play with colors, shapes, structure – it can transform you.’ Francois Nars

admin

KENALI SAYYIDINA ALI BIN ABI TALIB

adminwm

Leave a Comment