GAYA HIDUP

Makanan Mesti Dielakkan Dan Pantang Larang Wanita Hamil

[vc_row][vc_column][vc_column_text]Siapa kata masa anda hamil anda boleh makan semuanya. Awas dan untuk kesihatan anda yang sedang berbadan dua dan bayi yang dikandung perhatikan apa yang makan. Jika ia makanan favorite, tolong cuba elakkan atau kalau terlalu mengidam, ambil dalam dosage yang sedikit, sekadar menghilangkan rasa teringin itu.

Anda juga dinasihat untuk tidak melakukan kerja berat kerana ia boleh mengakibatkan keguguran dan sebagai. Ketahui makanan yang mesti dielakkan dan larangan kepada wanita hamil.

  1. Keju yang belum dipasteur
    Keju feta dan sebarang keju yang belum dipasteur tidak digalakkan makan kerana ia boleh menyebabkan penyakit Listeriosis. Bakteria listeria ini mampu menembusi plasenta dan menyebabkan keguguran, kelahiran pramatang, dan keracunan dalam darah.
  2. Makan Hati
    Meskipun hati ayam kaya dengan vitamin A, ia sebenarnya boleh menyebabkan masalah pembentukan bayi dalam rahim. Ini kerana hati ayam mengandung banyak retinol, iaitu salah satu jenis vitamin A. Terlalu banyak retinol di dalam tubuh dapat membahayakan bayi dalam kandungan.
  3. Sayur-sayuran mentah
    Sayur memang baik untuk kesihatan ibu hamil, tetapi sebaiknya rebus dahulu sayur-sayuran sebelum dimakan. Jika ingin dijadikan salad, pastikan sayur-sayuran sudah dibasuh dengan betul. Sebarang benda asing mampu menjangkiti anda dan bayi dalam kandungan.
  4. Telur mentah atau separuh masak
    Ia berpotensi menyebarkan jangkitan salmonella yang membahayakan anak dalam kandungan. Bahan makanan mentah ini juga cenderung mengandungi Toksoplasmosis, sebuah parasit yang dapat menyebabkan jangkitan serius pada janin.
  5. Minum diet soda
    Mengandungi kandungan agen pemanis tiruan yang tinggi, ia boleh menyebabkan risiko kencing manis dan kecacatan pada bayi. Kafein yang terkandung di dalamnya juga dapat mempengaruhi berat badan rendah pada bayi serta mengurangi penyerapan zat be
  6. Produk penjagaan diri yang meragukan
    Bahan kimia yang ada dalam produk kecantikan dan penjagaan diri biasanya mengandungi kimia yang boleh menyebabkan ruam, alergi dan komplikasi. Bahan kimia ini boleh masuk ke dalam rahim dan bayi secara tak langsung mengganggu pembesarannya.
  7. Ambil ubat yang dibeli dari kaunter farmasi tanpa pengesahan pakar
    Ditakuti ada ubat-ubat ini mengandungi kompaun yang tidak dibenarkan. Jika perlu makan ubat, lebih baik kunjungi klinik yang berdaftar dan hospital.
  8. Membuat kerja rumah yang berat
    Elak melakukan kerja rumah yang berat seperti mengangkat meja kerana ia boleh meningkatkan risiko keguguran. Namun, anda amat digalakkan bersenam dengan membuat pergerakan ringan untuk kecergasan diri.
  9. Terdedah dengan bahan kimia
    Elak mengguna bahan kimia seperti insecticides, baja kimia, spot removers, aerosol spray cleaner yang tinggi bahan kimia. Ia boleh masuk ke dalam rongga badan apabila bersentuh dengan kulit dan mengganggu tumbesaran bayi.
  10. Berendam dalam air panas
    Elak berendam dalam air panas atau sauna terlalu lama. Kehangatan yang terlalu lama ini meningkatkan suhu tubuh. Bagi ibu hamil, hipertermia boleh membawa risiko berbahaya bagi perkembangan dan pertumbuhan bayi di dalam kandungannya, terutama selama trimester pertama.
    Berpeluh berlebihan apabila sauna ini juga mampu mengakibatkan dehidrasi dan hipotensi (tekanan darah rendah).
  11. Berjemur di bawah cahaya matahari
    Sapu losen mengandungi SPF 15 yang dapat menghalang sinaran UV daripada masuk ke kulit setiap kali ingin keluar rumah. Elak berjemur di bawah cahaya matahari kerana kulit wanita hamil sangat sensitif.




[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button