GAYA HIDUP

Apakah Anda Memilih Untuk Kurus?

Bila Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Datuk Seri Rina Mohd Harun, 47, tiba-tiba muncul  tinggi lampai dan sangat cantik berkurung moden biru juga gambar berbaju sedondon merah,  ramai kehairanan.  Maka cerita Rina menjadi kurus tular, ya trending di Twitter dan Facebook khasnya. Ramai memuji penampilan barunya, menjadikan topik paling hangat sehingga kini. Lebih menarik keluar lagi gambar-gambar bertukar-tukar pakaian bertatar belakang pejabatnya.

Rina cantik, menjadi tajuk perbahasan dan pertanyaan bertalu-talu bagaimana mungkin boleh cantik segera jikalau sekadar diet dan senaman kerana dimaklumkan beliau mengamal satu diet khas dan bersenam. Namun ramai mengakui telah mengamalkan diet keto, diet paleo, diet Mediterranean, diet rendah karbo, diet DASH dan pelbagai lagi jenis diet namun tetap gagal mendapatkan bentuk badan idaman. Jadi apa yang telah Rina lakukan?

Akhirnya timbul cerita Menteri Wanita yang sudah jelita ini menjalani pembedahan disebut Sleeve Bariatric Gastrectomy juga disebut Vertical Sleeve Gastrectomy.  Untuk mengetahui selanjutnya, saya sediakan faktor serba ringkas mengenai Bariatric Surgery.

Apa itu Bariatric Surgery?

Bariatric surgery ialah pembedahan sistem percernaan badan. Pembedahan ini membantu mengurangkan berat badan seseorang yang mengalami kegemukan atau obesiti terlampau. Pembedahan ini bukan cara mudah untuk menghilangkan berat badan. Pilihan untuk membuat pembedahan ini adalah langkah terakhir sekiranya obesiti terlampau itu tidak dapat dirawat melalui diet atau melakukan senaman.

Bagaimana?

Sekiranya Body Mass Index (BMI) anda melebihi 30, kemungkinan besar anda mengalami obesiti. BMI adalah ukuran untuk menentukan berat badan anda sesuai dengan ketinggian anda. Selain itu, BMI merupakan anggaran lemak badan anda.

Berikut adalah kriteria doktor ketika mempertimbangkan pesakit untuk melakukan pembedahan ini:

  • Obesiti anda melebihi 20kg atau lebih
  • BMI melebihi 37
  • BMI melebihi 37 dan anda mempunyai sekurang-kurangnya satu simptom berkaitan dengan obesiti
  • Umur anda dalam lingkungan 16 sehingga 65.
  • Anda telah mencuba semua diet dan senaman
  • Anda memahami risiko pembedahan ini
  • Anda mempunyai motivasi yang betul
Jenis Pembedahan Bariatric Surgery

Terdapat beberapa jenis pembedahan bariatric yang boleh menurunkan berat badan.

  1. Sleeve Gastrectomy adalah prosedur yang menjadikan perut anda lebih kecil – ‘removed portion of stomach’. Pembedahan ini secara asasnya mengurangkan saiz perut yang akan mengehadkan penyerapan dan pencernaan makanan ekoran pengambianl makanan dalam kuantiti terhad.  Akibatnya, anda akan merasa penuh apabila makan dan minum dalam kuantiti yang kecil. Anggaran kos pembedahan ini dalam lingkungan RM26 000.
  2. Roux En Y Gastric Bypass pula adalah mengurangkan isi padu (volume) perut anda. Pembedahan ini melakukan bypass dari bahagian perut sehingga bahagian atas usus kecil. Jadi, badan anda akan menyerap sedikit kalori. Pembedahan ini dalam anggaran RM30 000.
  3. Adjustable Gastric Band menyempitkan perut supaya anda akan merasa penuh walaupun anda makan dalam kuantiti yang sedikit.
  4. Intragastric Balloon melibatkan prosedur yang meletakkan belon silikon yang berisi garam ke dalam perut anda. Ini akan membantu menurunkan berat badan anda dengan menghadkan kuantiti pengambilan makanan. Oleh itu, anda akan merasa penuh dengan lebih cepat. Kos pembedahan ini adalah sebanyak RM11 000.
  5. Single Anastomosis Duodenal Jejunal Bypass ialah pembedahan yang menggabungkan beberapa sifat Sleeve Gastrectomy dan Roux En Y Gastric Bypass. Pembedahan ini akan menyekatkan pengambilan makanan dengan beberapa calorie malabsorption. Oleh itu, terdapat penurunan berat badan yang baik dengan kualiti hidup yang hebat. Kos pembedahan ini dalam anggaran RM30 000.
Liposuction vs Bariatric Surgery

Liposuction ialah pembedahan instant gratification. Pembedahan ini dilakukan dengan membuang tisu adiposa supaya pesakit dapat bentuk badan yang diingini. Oleh itu, sebagai peringatan, pembedahan ini tidak sesuai dengan pesakit yang menghadapi obesiti melampau.

Sekiranya anda mengalami serius obesiti, bariatric surgery adalah pilihan yang lebih baik. Objektif pembedahan ini adalah untuk mengurangkan kapasiti perut di mana ia akan mengurangkan pengambilan kuantiti pemakanan anda. Bukan sahaja anda dapat menurunkan berat badan tetapi anda juga dapat menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan obesiti.

Risiko

Sekiranya anda mengikut diet dan senaman yang berpatutan dan konsisten, anda akan mengalami penurunan berat badan yang cepat. Hal ini akan berubah setelah beberapa bulan. Berat badan anda akan turun dengan perlahan. Perkara ini tidak sepatutnya menjatuhkan atau melemahkan motivasi anda. Oleh itu, anda harus konsisten dengan diet dan senaman anda.

Kadang-kadang, pembedahan ini tidak akan berjaya. Tetapi hal ini telah diingatkan oleh doktor semasa konsultasi. Senario ini adalah dalam minoriti namun anda harus sedar apa yang boleh berlaku. Yang penting di sini adalah anda berjumpa doktor sebaik sahaja anda merasakan bahawa sesuatu tidak betul. Ada kemungkinan dengan rawatan yang betul, isu-isu tersebut dapat diselesaikan secara ansur-ansuran dengan doktor. Oleh itu, pembedahan ini sangat penting bagi anda untuk berjumpa dan membuat konsultasi dengan pakar bariatrik yang berpengalaman.

Related posts

Koleksi Baru Wardrobe

admin

Oktober Bulan Kesedaran Kesihatan

adminwm

Malam Berinai

adminwm

Leave a Comment