EYE ME

FESYEN KETERLALUAN

Cukuplah seorang Kim Kardashian, seorang Jennifer Lopez dan seorang Hailey Bieber..

Dari kejauhan, sambil berjalan menuju ke tapak majlis saya mendengar lagu kegemaran saya dialunkan. Suaranya merdu, namun kala sampai dan melihatnya di pentas awam itu, hati ini berkata, ‘kenapalah dia pakai cam tu?” Bertudung tetapi berlengan pendek baju T paras pinggang dipadankan seluar sendat dua-dua daripada fabrik lycra. Boleh bayangkan juga apa yang nampak. Faham tempatnya tidak gah, namun anda satu-satunya penghibur di hari itu, amat menyedihkan bila orang ramai hanya mampu mendengar suara tetapi tak sampai hati mengarahkan mata ke pentas. Sedih.

Saya ke majlis perkahwinan dan saya cukup gembira melihat rata-rata tetamu yang hadir, terutama orang Melayu kita, sesuai majlis, yang bertudung dan yang tidak bertudung memang boleh dipuji, datang bergaya. Namun saya rasa majlis yang dirancang rapi jadi rosak kerana penyanyi jemputan (lelaki) berpakaian ala rocker, jean koyak rabak nampak kepala lutut dan hampir ke punggung berlubang tetapi menyanyikan beberapa lagu klasik pengantin baru.. Helo bang, kamu memang salah tempat. 

Buat saya teringat majlis berinai (mehndi) anak saya Imtiaz. Tetamu kami alhamdulilah ramai sekali mengikut tema, dan yang tidak bersalwar kameez dan berkurta pun tetap cantik dalam persalinan sesuai ke sebuah majlis. Sedang majlis baru hendak bermula, tukang mehndi pun sampai, “Sayang, dia tak tahu ke ni majlis apa, pakailah senonoh sikit?” Agak tinggi suara sang suami dari belakang. Dia yang mendengar terus menjawab, “Saya ingat tempat biasa-biasa (dalam pelat Indianya). Saya selalu pergi buat inai orang Melayu tak macam di sini?” 

“Helo!. Saudari, di mana pun tempatnya, kamu tahu ini majlis keramaian orang Islam, tak sepatutnya kamu berskirt pendek dan baju T lusuh begini, what more kamu nanti akan menginai tetamu-tetamu saya.” Dan dia merungut konon tidak diberitahu tentang dresscode, tapi pasti dia tahu dia datang ke majlis, bekerja atau sebagai tetamu sama saja. Bila ke majlis orang wajib beradab. Kamu wajib mengenakan pakaian sesuai majlis. Sakit mata bila selambak peha yang besar terdedah sambil dia menginaikan tetamu saya, tak tahan sakit mata saya carikan kain untuk menutup pahanya, mujurlah yang seorang lagi pandai ikut tema.

Tiga peristiwa sebagai contoh dan teladan, jangan malukan diri sendiri, jangan rosakkan majlis orang, jangan tidak reti adat, tatasusila dan adab.. 

Nasihat saya, “You may think, ‘I like what I am wearing and don’t really care about fashion’. It is not always about fashion but more about dressing appropriately. Different occasions and events may call for different styles of dressing. While dressing casually may be suitable for a day out it may be considered completely inappropriate in some workplaces and events.”

Apa itu fesyen? Fesyen ialah istilah yang merujuk kepada gaya berpakaian,kosmetik, tingkah laku dan sebagainya yang menjadi kegemaran serta ikutan ramai dan berubah mengikut masa. Berfesyen pula ialah menunjukkan atau mengikut sesuatu fesyen (dalam cara berpakaian dan lain-lain) Dalam kamus Oxford, menyebut fesyen merupakan keinginan untuk perubahan dan ini menjadikan ia sebahagian daripada asas kehidupan.Tujuan kita menutup badan untuk kelihatan sopan, tetapi perhiasan dan dekorasi telah dulu menjadi aspek penting dalam berpakaian. Pada asasnya, tujuan manusia memakai pakaian masih tidak berubah dulu dan kini. Hari ini kita masih memakai pakaian untuk kelihatan sopan, tetapi pilihan kita dalam berpakaian dipengaruhi oleh keinginan untuk menghias diri. Pakaian adalah medium komunikasi yang paling jelas dan berpengaruh. Dengan hanya melihat gaya seseorang kita boleh andaikan status sosial, identiti jantina, orientasi politik, etnik, gaya hidup dan keutamaan estetik mereka. Tekanan daripada rakan-rakan dan perubahan gaya hidup juga mempengaruhi jenis perhiasan yang dapat diterima pada sesuatu masa, zaman atau kelompok masyarakat.

Betul setiap gaya adalah luahan rasa si pemakai. Setiap kita punya identiti tersendiri, selagi boleh tidak mahu dikongsi dengan sesiapa juga, ia ekspresi diri, ia bertujuan untuk menceriakan diri dan membuat kita nampak menarik pada setiap yang memandang. Kerana itu ramai mampu berhabisan, ratusan malah ribuan ringgit untuk sehelai persalinan. Lihat contohnya, Aina Abdul, setiap persalinannya di pentas memberikan impak besar kepada dirinya. Ketepi soal suara, tetapi persalinannya itu sudah cukup menonjolkan dirinya lantaran dalam waktu yang singkat dirinya menjadi sebutan. Dan lihatlah di mana-mana pun, seorang penyanyi misalnya tidak boleh sekadar mengharapnya suara merdu, suara enak, lantang, lunak, nyaring, sedap.. Biar apa pun penilaian terhadap suara itu, tetapi bagaimana kamu persembahkan diri kamu itu amatlah penting. Lebih lagi yang kerjayanya ditatap oleh ratusan, ribuan mahupun jutaan mata, jadinya, ‘The way you dress says a lot about the kind of individual you are. The fashion you decide to go with should reveal your desires, interests, ambition, and background. Everyone is unique in terms of personality and interest, and therefore, it is important for a person to wear what emphasises who they are.” 

Begitupun kebelakang ini terlalu-lalu keterlaluan bukan seorang, bukan dua, tetapi ramai sepertinya itulah yang tercantik dan terhebat ciptaannya. Ya, pereka fesyen terutama yang di Barat, berlumba-lumba menonjolkan konon yang paling artistik, yang paling menggoda, Apa sebenarnya yang hendak ditunjukkan kalau segala yang di dalam sudah jelas di pandangan? Buah dada, malah ‘si anu’ pun tersingkap, apakah itu dinamakan pakaian? Di mana fungsinya sehelai pakaian apabila setiap urat si pemakai nampak jelas. 

Lihat pada malam Met Gala, entah beberapa ramai artist yang berbaju tetapi hakikatnya tidak berbaju. Kita yang melihat gambar sahaja pun naik geli geleman dan muak. Bukankah baju dalam dan seluar dalam tempatnya di dalam dan ditutup dengan kain? Bila yang tidak sepatutnya sudah nampak, tiada indahnya lagi. Pada saya misteri yang di dalam sudah hilang, malah keindahan sebuah persalinan itu pun sudah lenyap bila hal lain yang ditonjolkan. Cukup-cukup wahai para pereka, wahai selebriti, cukuplah jangan semua hendak menjadi Kendall Jenner atau Hailey Bieber, Jennifer Lopez dan Kim Kardashian. Apapun badan mereka cantik. Itupun sudah hendak termuntah melihat buah-buah dada selebriti-selebriti Barat ini. Konon apa yang digayakan adalah statement pieces! Ya sudah ada wanita wanita di sini perasaan mereka di Hollywood. Designers pun sudah tidak pandai lagi macam mana nak bubuh lining pada fabrik yang jarang.

Akhir kata, balutlah badanmu sesuai suasana dan yang dapat meng’enchancing’ personalti anda. They say it takes less than ten seconds to make a first impression and the clothes we wear play a very significant part in it. The way you choose to dress may be a personal preference, but it can be used to interpret your personality.”

Related posts

Be HAPPY… And You’re Beautiful

Wirda Adnan

Cinta ‘Khas Untuk Anak Menantu’

Wirda Adnan

Cerita di Wad Kecemasan

Wirda Adnan

Leave a Comment