GAYA HIDUP

Durian Sedap Di Makan Tetapi…

[vc_row][vc_column][vc_column_text]Musim durian sekarang. Di mana-mana kini ada si penjual durian. Lupakan mereka yang tidak suka bau durian malah ada yang ‘mengkeji’ buah ini, kerana baunya yang dahsyat kuat, dan sesetengah mengatakan busuk serta meloyakan. Kerana mereka belum rasa lagi, dan takut orang inilah yang nanti ketagih dan sanggup membayar berapa harganya.

Seyugia bagi yang sukakan durian, masya Allah inilah masa kita raikan selera kita. Kerana kesedapannya yang tidak terhingga, sampai mentua lalu di sebelah pun tidak sedar. Namun sama ada ada suka atau tidak suka, elok ambil tahu asal usul durian dan tahu khasiatnya, waktu sama ketahui akan bahayanya akan ‘raja buah’ ini.

Durian (jenis spesies Durio zibethinus) ialah buah daripada beberapa spesies pokok dalam genus Durio (pokok Durian)[ yang menghasilkan buah beraroma kuat yang boleh dimakan. Ia amat terkenal di Asia Tenggara dengan gelaran “raja buah”. Saiznya besar, baunya unik dan isinya dilindungi oleh kulit yang berserat dan berduri. Daripada duri itulah durian mendapat namanya.

 [/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][thb_image full_width=”true” image=”6605″][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_column_text]Betulkah Bau Durian Busuk?

Buah durian boleh membesar sehingga 30 sentimeter (12 inci) panjang dan 15 cm (6 in) diameter, dan lazimnya seberat satu hingga tiga kilogram (2 hingga 7 lb). Bentuknya berbeza daripada bujur hingga bulat, warna kulitnya daripada hijau hingga perang, dan isinya daripada kuning pucat hingga merah, bergantung kepada spesies.

Durian ialah buah tropikal yang berasal dari Brunei, Filipina, Indonesia dan Malaysia, tetapi telah dikenali di dunia Barat sekitar 600 tahun lepas. Ahli alamiah British abad ke-19, Alfred Russel Wallace, masyhur menyebut akan isi buah ini sebagai “kastard kaya dengan rasa badam”. Buah ini boleh dimakan walaupun belum betul-betul masak, dan digunakan sebagai perisa kepada pelbagai jenis makanan berperisa dan manis dalam masakan Asia Tenggara. Bijinya juga boleh dimakan jika dimasak.

Isi buah ini mengeluarkan bau yang tersendiri, kuat dan tajam walaupun kulitnya belum dibuka. Sesetengah orang menganggap bau durian sebagai semerbak; manakala yang lain berasa aromanya amat kuat dan tidak dapat ditahan. Baunya menarik reaksi daripada penikmatan mendalam kepada amat jijik, dan telah diperikan serupa dengan bau badam, bawang busuk, turpentin dan stoking gim. Bau ini telah menyebabkan adanya larangan buah ini dalam sesetengah hotel dan pengangkutan awam di Asia Tenggara.

Terdapat lebih 30 jenis spesies Durio yang diiktiraf, sekurang-kurangnya sembilan daripadanya menghasilkan buah yang boleh dimakan. Durio zibethinus merupakan satu-satunya spesies yang boleh diperolehi di pasaran antarabangsa: spesies lain hanya dijual untuk pasaran tempatan. Bagaimanapun terdapat ratusan kultivar durian; banyak pelanggan sukakan kultivar tertentu, yang membuatkan harganya berbeza-beza.[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][thb_image image=”6606″][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_column_text]Manfaat durian bagi kesihatan

Durian menjadi buah yang elok untuk pencernaan, sehingga buah ini mampu mengatasi masalah sembilit. Kandungan serat yang tinggi dalam isi buahnya menjadikan alasan ia elok dimakan oleh mereka yang menderita masalah pencernaan.

Mengatasi penyakit anemia, kandungan asak folat dan vitamin b9 dalam buah durian menjadikan buah berbau enak in bagus sebagai pembekal darah merah.

Bagus untuk kesihatan kulit, kandungan vitamin C dalam buah durian menjadikan buah berkulit duri ini bagus untuk mencegah terjadinya penuaan dan kedutan pada kulit. Vitamin dalam durian berperanan sebagai anti oxidan yang bagus menjaga kerosakan sel kulit.

Durian bermanfaat untuk tulang dan sendi. Kandungan potassium dan kalsium dalam dunia sangat bermanfaat untuk menjaga kesihatan tulang, termasuk kesihatan sendi seperti lutut, ruas jari dan lain-lain.

Durian mengatur kestabilan darah, ini kerana ia mengandungi mangan, namun amat tidak bagus kalau anda memakannya terlalu banyak. Biar berpada.

Menjaga kesihatan tiriod kerana adanya khasiat tembaga di dalamnya. Dan kerana banyak kandungan Vitamin B! Durian bermanfaat mengawal nafsu makan.

Durian boleh melegakan stres dan mengatasi depresi, ini kerana ada kandunganj vitamin b6 atau piridoksin.

 

[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_column_text]Durian juga bahaya?

Bahaya durian apabila dimakan terlalu banyak. Ini kerana kesan panas, dan kepada ibu mengandung ditakuti akan terjadinya keguguran pada janin. Namun ini belum dibuktikan lagi, cuma larangan daripada orang tua.

Memakan durian lebih daripada hadnya mungkin boleh meningkat gula dalam darah menyebabkan diabetes.

Dan satu yang mesti dielakkan, ialah memakan durian bersama alkohol. Ia membabitkan kesihatan jantung kerana durian mengandungi sulphur yang akan menghambat metabolisma alkohol dan silap hari bulan boleh membawa maut.[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button