CANTIK

Doa-Doa Supaya Cantik

Setiap yang bernama wanita khasnya mahu cantik dan dilihat lebih berseri-seri. Untuk cantik tidak cukup dengan makanan seimbang dan berkhasiat, bersukan, ke gimnasium, berjogging dan  menjaganya dengan pelbagai perawatan kecantikan serta berhempas pula berdiet dan sebagainya. Ada lagi usaha yang harus dilakukan, yakni berdoa. Mintalah kepadaNya agar diberikan wajah yang cantik berseri, sentiasa nampak muda dan sejuk mata memandang. Untuk cantik, anda juga perlu berdoa.

Bagi sesiapa yang menghendaki supaya muka atau wajahnya sentiasa berseri bolehlah cuba diamalkan membaca surah Yusuf Ayat 4. Dan sebaik-baik dibaca ialah selepas solat.

“Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada’ Asyara Kaukabauw Wasy syamsa Wal Qamara Ra aituhum Lii Sajidin.”

Maksud Ayat:
(Ingatlah peristiwa) Ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya ;
”Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku.”  [Surah Yusuf: 4]

Khasiat ayat ini:
1. Sentiasa disayangi oleh sesiapa sahaja
2. Wajah menjadi berseri-seri
3. Manis dipandang orang

*Gunakan doa penyeri pemanis dan pengasih wajah surah Nabi Yusuf a.s ini dengan niat yang baik terutama bagi golongan-golongan isteri.

Surah Thaha Ayat 39

Wa alqiytu ‘alayka mahabbatan walitshana’a’laa ainii

Ertinya
Dan aku telah melimpahkan padamu kasih sayang yang datang daripadaku. Supaya kamu diasuh di bawah pengawasaanKu (Thaha ayat 39)

Baca sesudah wuduk dan selepas mandi kemudian tiupkan pada kedua tapak tangan dan sapu ke wajah. Jika anda ikhlas dan percaya akan kuasaNya, insha Allah akan menambah kecantikan wajah dari hari ke hari. Begitu juga selepas solat wajib, baca surah-surah di atas  tiga kali dan tiup pada telapak tangan kemudian usap ke muka. Anda akan dilihat cantik segar dan cantik dipandang.

Lagi doa untuk awet muda.

Amalkan setiap hari khas meminta kepadaNya supaya anda memperolehi wajah berseri dan awet muka. Baca al Fatihah sekali (1 ) Suratul Kursi sekali (1)  dan Surah Al Waqiah ayat 35 hingga 38. Sesudah siap membacanya hembus pada air dan minum.

Satu lagi, amalkan surah Al Waqiah setiap hari selepas solat wajib subuh dengan membaca ayat 35,36,37 dan 38 dan sesudah  membacanya hembus dan minum. Bacakan al Fatihah 1, al Kursi , Waqiah 3 ayat.. Iaitu ayat 35 hingga 38 sebanyak tujuh (7) kali kemudian  tiup pada secawan air dan minum.

Lagi Amalan Harian

Berusaha supaya sentiasa berada dalam keadaan wuduk. Air wuduk memberi impak yang baik pada air muka kita, Wajah lebih berseri-seri dan bercahaya dan putih bersih.

Jauhi dosa dan tidak melakukan maksiat, dosa boleh mengelapkan dan menghitamkan wajah serta hilang nur.

Menghiasi diri dengan sifat mahmudah sepanjang masa, sifat suka membantu, ringan tulang dan memudahkan urusan orang lain.

Saling bermaafan sesama manusia, dengan mereka yang sentiasa bergaul dengan kita, terutama ibu, ayah, mentua, suami, isteri, adik beradik teman sekerja dan sahabat handai, dan maafkan mereka atau orang berkenaan sebelum tidur.

Sentiasa amalkan doa masa menatap cermin. “Ya Allah sebagaimana Engkau cantikkan wajahku, maka perelokkan juga akhlakku.”

Related posts

Scha Al-Yahya Duta Meeracle

admin

Mahu Kulit Muka Bersih Sentiasa, Tegang dan Berseri-Seri

admin

Minyak Argan Mencantikkan Wajah

adminwm

Leave a Comment