Mahu Kulit Muka Bersih Sentiasa, Tegang dan Berseri-Seri
Setiap wanita mahu dilihat cantik. Berbahagialah mereka yang sedia dilahirkan cantik namun kecantikan semulajadi tidak akan bertahan seandainya anda mengabaikannya. Kulit muka yang cantik memerlukan penjagaan yang rapi; wajah mesti dibersihkan setiap pagi dan malam, dan sama ada anda menggunakan alat solek mahupun tidak menggunakan, muka mesti dibersihkan kerana debu-debu dan kotoran dari udara akan melekat. Ia perlu dicuci dengan betul, dan setakat air tidak mencukupi malah dengan penggunaan pembersih muka juga tidak mengeluarkan kotoran lebih dalam. Terutama anda yang bersolek pagi petang, sudah tentu anda memerlukan berus khas untuk mencuci sedalam yang boleh.
Kulit Cantik Dengan LUMISPA
Yakin kah kita dengan menggunakan air dan kapas juga pencuci muka biasa boleh menghilangkan kotoran di wajah sampai bersih? Kebiasaannya, kita mencuci muka menggunakan tangan . Step ini kita biasa buat untuk membersihkan muka. Kita skrub wajah dua kali seminggu. Kita cuci dengan air suam. Kita tanggalkan mekap sebelum mencuci wajah dan sesekali kita buat urutan wajah.
Namun dengan LUMISPA step di atas anda boleh ketepikan. Jimat masa dan duit membeli scrub dan ‘mekap remover’. Anda tidak perlu lagi double cleansing.
Tahukah anda bila anda menyentuh muka dengan tangan terlalu banyak bakteria yang sekaligus melekat di kulit. Ini kerana tangan kita menyentuh pelbagai permukaan dan tidak ramai yang rajin mencuci tangan sekerap mungkin malah sebelum membersih kan muka pun anda lupa membersih tangan. Terutama anda yang berjerawat, kurangkan menyentuh muka dengan tangan kerana perpindahan bakteria dari tangan ke muka boleh memburukkan lagi keadaan. Sebab itu LUMISPA dicipta oleh pakar determolagi untuk memudahkan lagi proses mencuci muka sekaligus merawat dan mencantikkan lagi kulit anda.
Anda lihat video di bawah beza cuci pakai tangan dan menggunakan LUMISPA. Kulit anda lebih bersih jika menggunakan LUMISPA. Pelembab atau moisturiser dan serum dapat menyerap dengan lebih baik dan berkesan.
Bagi mencapai kulit yang cantik tidak mudah dan ramai menghadapi jalan buntu. Wang banyak dihabiskan untuk pergi spa dan ‘facial treatment’ yang mahal. Satu sesi laser sahaja biasanya antara RM500- RM800. Namun anda perlu kena pergi berulang kali dan terpaksa menentukan masa untuk pergi temu janji. Belum hadapi downtime laser lagi. Fuhh ramai pernah merasa termasuk saya.
Saya sendiri pengguna setia LUMISPA, saya boleh merasai ‘spa’ ini setiap hari di rumah bagi mendapat kulit sihat, tampak lebih muda dan glowing. Jimat masa jimat duit!
Anda pasti jatuh cinta daripada penggunaan pada kali pertama sahaja menggunakan. Dan tidak sabar untuk cuci muka lagi. Penggunaan berterusan boleh mengurangkan kedutan dan parut jerawat. Apa yang membezakan penggunaan menggunakan LUMISPA dan jenama X. (ya di pasaran juga banyak yang cuba meniru namun gagal mendapatkan hasil yang baik berbanding menggunakan LUMISPA.)
Jenama X, berusnya kasar untuk kulit dan ia menarik rambut muka, manakala Head Cleanser LUMISPA diperbuat daripada Silikon Anti Bakteria. Ia bertindak lembut pada kulit.
Ada jenama X tidak yang hygienic dan berus mengumpul bakteria, tetapi berus khas LUMIASPA lebih hygienic dan mudah dibersihkan. Jenama biasa kebanyakan tidak kalis air tetapi bagi pengguna LUMISPA berasa keberkesanannya, ia kalis air dan boleh dibawa mandi. Jenama X hanya sekadar berus biasa. Sementara LUMISPA satu-satunya dicipta oleh saintis dipatent khas “Micropulse Oscillation Technology” dan kami percaya tiada teknologi seperti ini di pasaran!
Hanya satu langkah selama dua minit
Hanya satu langkah selama dua minit, dua kali sehari. Ia membuang sel-sel kulit mati dan kulit juga menjadi halus serta merta. Ia mengecilkan pori-pori di wajah dan menstimulasi kolagen bawah kulit. Kulit menjadi lebih tegang dan kedutan berkurangan. Ia juga membersihkan kotoran, debu, makeup secara mendalam jadi lebih bersih dan segar. Juga bagus untuk kulit yang mudah berjerawat disebabkan solekan. Yang pasti kulit menjadi lebih licin dan berseri.
Ramai bertanya terutama kawan-kawan, apa yang saya gunakan kerana bukan hendak memuji diri sendiri, kulit muka saya licin, tidak berkedut dan sentiasa glowing. Jawapan saya seperti di atas.