DESPERADO

Demi Cinta Serah Diri Pada Bomoh

Dua tahun dua sahabat karib Maria dan Rozita putus hubungan. Maria  membawa dirinya jauh ke Selatan setelah bercerai sementara Rozita pula silih berganti kekasih setelah perkahwinan keduanya juga hancur di tengah jalan.

Di Selatan Maria dengan sifat mesranya beroleh ramai teman lelaki. Ada yang dia terpaut hati  tetapi di pihak lelaki ada sahaja kangkangan. Bercinta, dan hampir berkahwin tetapi putus, berjumpa dengan yang lain, bercinta bagai hendak rak tetapi tidak ke mana. Jodoh tidak menyebelahinya. Seorang teman menasihatinya supaya dia mengenakan tudung kerana lelaki kata si teman hanya suka berkawan dengan perempuan free hair tetapi bila hendak kahwin, dia mencari yang bertudung, yang emak ayahnya akan terima. “Tengok apa jadi dengan Hanif kau, dia bawa kau merata sampai ke luar negara pun dia sanggup bawa kau tetapi ada dia bawa kau jumpa mak ayah dia? Dia sudah puas dengan kau, kemudian dia cari gadis sunti bertudung dan kenal dua tiga bulan mereka kahwin. Kamu juga yang terlopong.”

Walaupun marah dengan penjelasan si teman, dan rasa hendak dikuncinya mulut kawan kerana dia merasa terhina, tetapi di sudut hari kecilnya ada betulnya kata kawannya. Bekas suaminya pun berkahwin dengan perempuan bertudung, dan selain Hanif, Daniel dan Tommy juga mengahwini wanita bertudung.

Bertemu semula Rozita, Maria cemburu melihat perkembangan teman baiknya. Rozita pun sudah bertudung, tidak lagi rambut perang, maroon, grey… tapi manis ayu nampaknya. Hidup Rozita juga jauh lebih baik daripadanya, mana mungkin katanya di dalam hati. Tambah cemburu apabila berkesempatan ke rumah temannya.. ‘Wow aku jealous lah?” sejak tadi you masih berahsia siapa hubbby you? Hubby sendiri pun you nak rahsia, nanti i terkahwin dengan dia baru you tahu?  Kedua soalan aku, you pakai tudung sudah insaf ke atau terpaksa atau ikut-ikutan? ”

Belum habis bercakap, pintu ruang tamu terbuka… masuk seorang lelaki. Maria terkejut sebab wajah ini memang tidak asing lagi di Parlimen satu ketika dulu. “So inilah rahsia you?” kata Maria sambil memeluk si teman. “Ya ada aku kisah aku isteri ke berapa?” jawabnya berbisik. “Betul buat apa fikir banyak-banyak, yang penting aku happy. Tak payah lagi susah-susah cari duit, layan sahaja si tua tu.”

“Bagaimana mungkin kau berjaya tackle dia?”

“Si dia sudah beristeri dua. Aku bersumpah pada diri, aku mesti dapatkan dia. Tetapi bagaimana? Sudah tentu tidak mudah, so aku berusaha. Apa pun Maria kita kena usaha, lebih lebih lagi untuk mencari teman hidup. Setelah dua kali gagal, aku sudah tidak fikir sama ada kami ada chemistry ke tidak. Aku tidak mahu fikir macam aku fikir dulu…

“Ya kau buat macam mana? Sharelah.”

“Tapi kau tak percaya ubat guna-gunakan? Aku dah pernah ajak kau gi ikut dulu, tapi kau ketawakan aku. Kau tunjuk alim, kau kata syirik. Well that is your choice. For me aku tidak kisah bomoh Siam ke, black magic ke, asal kehendak aku tercapai.”

Maria terdiam. Dia memang tahu kawannya kuat berbomoh, sikit-sikti berbomoh. Orang deman ke klinik tapi si Ita mencari bomoh. Banyak sudah wangnya habis dek bomoh.

“Dia jaga akulah… now dia jaga laki aku, orang tidak boleh mainkan dia.”  “Jadi dia pun tahu yang kau bomohkan dia sebelum ini.”

“Itu dia tidak tahulah, aku pandai-pandailah. Dia kan orang alim, itu yang dia pamerkan dirinya pada public tetapi sebenar hubby aku ni tak alim langsung. Bila aku sudah dapat dia aku barulah tahu, dia pun jenis yang pasang bomoh… tahulah orang besar-besar dalam politik hampir semua main bomoh.”

“Ya ke?”

“Maria you ni buat-buat innocent aje, you tak tahu ke wakil-wakil rakyat dia orang masing-masing ada simpan Tok bomoh. Mereka tutup dengan berlagak alim dan  menyebutnya Syeikh, Syed, Ustaz… memang ada juga yang pandai doa itu doa ini, tetapi waktu sama melayan siapa-siapa yang berhajat dengan jampi serapah. Okay soalan aku yang satu lagi tadi, ngapa kau bertudung?

“Hari ini senang sahaja nak bagi tahu pada orang ramai yang seorang perempuan itu baik… pakailah tudung. Sebab nampak kalau yang liar macam sudah taubat, sudah sedar diri. Orang kita selalu anggap perempuan bertudung ini jauh lebih baik daripada yang free hair. Pendek cerita senang dapat jodoh, terutama yang belum berkahwin. Jadi kau tudung untuk ambil hati seseorang? “Apa-apa ajelah, dan subjek aku sekarang bukan mengenai tudung tapi bomoh.”

Maria sudah tidak sabar… ‘okaylah kalau kau kata mereka pun main bomoh, why not aku cuba.”

Begitulah permulaan Maria menjadikan taksub dengan bomoh.  Wak Kibat alais Syeik K salah seorang daripada mereka. Ke mana sahaja asal ada yang menyebut bomoh itu bagus Maria akan cari. Sampai ke Siam, ke Jogjakarta, Palembang dia sanggup.   Insan yang paling berpengaruh dalam hidupnya ialah Tok bomoh. Targetnya mengahwini seorang kaya dan dia tidak kisah akan berapa usia si lelaki, agar duit boleh jadikan bantal.

Sudah lama Maria ada hati dengan seseorang itu. Kalau sebut nama satu Malaysia tahu tetapi biarkan ia menjadi rahsia dirinya. Pasang badan, mandi air  bunga tujuh air masjid, selama tujuh hari kemudian berandam dan sebagainya, dengan jampi serapah dia memulakan ‘destinasinya’. Wak Kibat memberi dia ayat, kamu hembus sewaktu berdepan dengannya. Eheeh janganlah sampai tersembur air liur, tetapi hembus melalui hidung, dan kemudian masa kamu hulur tangan bersalam itu kami tekan sikit dengan kuku… buat-buat kamu terkasar sikit… itulah antara nasihat Wak Kibat dan Maria menuruti semua nasihat Wak Kibat. Ternyata pada hari pertama dia bertemu Datuk A melayannya amat baik, malah menghantarnya sampai ke kereta.

Tiga pertemuan dengan usahanya melalui ‘kiriman’ Wak Kibat, Datuk A memberitahunya dia tidak boleh lagi berpisah dengan Maria, mahu mengahwininya. “Sabar dulu, jangan terus kahwin,” nasihat Wak Kibat. Kamu kena jual mahal… dan sebelum itu suruh dia masukkan wang di akaun kamu. Ya sebelum berkahwin Maria sudah berjaya membuat lelaki itu memasukkan sejumlah wang yang besar ke akaunnya. Ditakuti isteri pertama tahu, keduanya terbang ke London dan bernikah di sana, sebelum kedua berbulan madu di Eropah.

Gembiranya Maria, Wak Kibat memang handal, katanya. Semudah itu dia beroleh kejayaan. Setelah mendapat wang, dia mahu sang suami menceraikan isteri… dan berjaya, daripada isteri ketiga jadi kedua dan nanti katanya dialah yang akan menjadi satu-satunya ini. Wak Kibat akan memastikan yang dia akan menjadi satu-satunya isteri.

“Wak bila lagi ni, Datuk belum lagi cerai bini tuanya tu?” “Sabar, kerja macam ini bukan senang, kalau kamu boleh sabar, kamu akan dapat semuanya nanti.”  Dua tahun Maria menunggu sang suami masih belum mengistiharkan yang dia sudah menceraikan isteri pertamanya. “Saya tidak senang hati Wak… saya mahu semua orang terima saya sebagai Datin.”

Wang yang banyak sudah dihabiskan kepada Wak tapi usahanya untuk menjadi satu-satunya isteri kepada Datuk suaminya belum menjadi. “You tak payahlah nak suruh dia cerai you asal hidup you mewah cukuplah.’ “Eeh aku benci tengok muka dialah, bukannya cantik mana, aku tidak senang kalau dia menganggu hidup keluarga aku. Bini dia suka ganggu aku.” “Apa Wak kata?” Dia kata susah sikit nak suruh ceraikan yang satu tu, orang tu juga main bomoh.”

Rozita menggeleng kepala, kawannya Maria sudah melebihi batas. “Kamu tidak boleh tamak nanti kamu yang rugi…’ Rozita menasihati kawannya. ‘Aku mahu kamu relaks dan jangan melampau. Tengok aku, kalau dia tidak balik seminggu pun aku tidak bising. Yang penting, aku dapat apa yang aku mahu.”

Maria tidak menyokong tindakan kawannya sebaliknya dia mahu yang terbaik untuknya… “Setakat ini aku tidak boleh ke depan… dia masih tidak mahu bawa aku ke majlis-majlisnya dan tidak mahu announce yang aku isterinya?” “Tak payah… buat kalut aje, relaks Maria… “

Dia mula mencurigai kepandaian Wak. Duit mengalir laju tapi usaha untuk menundukkan Datuk kepadanya masih belum berjaya. Datuk A belum miliknya yang mutlak. Datuk A masih membawa isteri tuanya ke majlis-majlis tertentu dan dia merasakan hubungan dia dengan suami seperti perempuan simpanan sahaja. Datuk A datang lewat malam dan balik pagi buta. Untuk sarapan pun mereka jarang bersama akhir-akhir ini. Datuk A asyik bercerita tentang anak-anaknya di sana sedangkan anak tunggalnya dengan Datuk A macam tidak diendahkan. “Melati bukankah anak you juga, mengapa dia macam tak sayang kepadanya?” Dan setiap kali diajukan soalan itu, Datuk A menukar subjek. ‘Sayang saya sama sahaja, tetapi bukankah saya beritahu Maria jangan persoalkan kasih sayang saya… saya tahu tanggungjawab saya.”

Memang sejak akhir-akhir ini suaminya seperti tawar dengannya. ‘Wak saya tak tahan lagi, Datuk mesti ceraikan isterinya walau apapun terjadi. Saya sudah banyak berhabis ini?”

“Orang sana juga main bomoh,” beritahu Wak Kibat satu hari. “Wak rasa dia main tiga empat orang. Orang sana, beri wang besar kepada toukehnya itu sebab lebih menjadi?’ ‘Wak, wak jangan main-mainnya, saya bisa cari bomoh lain nanti.”

Maria marah mendengar balasan Wak. “Wak jangan main-main dengan saya, sudah banyak duit saya habis. Tolonglah kan Wak janji hujung tahun, dan ini sudah masuk tiga tahun dia belum pun bercerai.”

Dan kemudian berlaku pertengkaran….”Saya malaslah hendak melayan Datin, silakan kalau mahu berjumpa dengan bomoh mana pun, saya tidak kisah. Sebab saya tahu apa yang saya boleh buat, langit pun boleh turun ke bawah kalau saya kehendaki.”

“Cukup di sini lepas ini Datin jangan cari saya. Saya sudah kata dia orang main bomoh… tiga sekali dan Datin tu, tidak kisah kalau dia terpaksa serahkan bodynya…”  Maksud Wak Kibat dia menduakan suami saya. Kalau sudah begitu, lagilah senang Datuk hendak ceraikan dia.”

“Datin tidak faham cakap saya, kadang-kadang bomoh boleh buat apa sahaja, dan cara rawatan pun berbeza, ada jenis makan diri sendiri. Ada yang sanggup cerai suami kahwin bomoh…”

Wak Kibat begitu terasa bila Maria mem’provoke’ dia. Dia rasa terhina bila Maria memberitahu ubatnya sudah tawar dan semua jampi serapahnya sudah tidak menjadi. Dia pula rasa terhina bila Maria sudah jarang mencarinya.

Maria terlalu marah, dia tahu dia sudah dipergunakan oleh si bomoh. ‘What kind of bomoh dia, sampai kena serah diri sendiri. Suara kecil di hatinya menyuruh dia meneruskan… “Turutkan kehendak Pak Syeik tu, apa sahaja dia hendak kau beri.” Kemudian satu suara menyebut lagi, “Apa kamu takut, sana pun main dua tiga bomoh dan dia pun buat apa yang diminta.” suara lain datang dalam mimpi…”Teruskan, kamu jangan berhenti di tengah jalan. Hari ini apa yang kamu dapat tidak seberapanya. Orang sana control suaminya… mujur kamu ada Wak yang jaga kamu, sekurangnya kamu dapat banyak juga. Bekas isteri keduanya langsung tidak dapat apa.

Selepas pertengkaran itu dia tidak lagi berjumpa dengan si bomohnya. Dan dua bulan kemudian, sang suami mengatakan dia tidak boleh hidup bersamanya lagi. Dia terpaksa mencerai Maria atas sebab yang tidak dapat dielakkan. ‘Abang mohon maaf, abang terpaksa berlaku adil pada isteri di sana dan anak-anak? Abang pun dulu mengahwini Maria macam rasa terpaksa, dan kini abang sedar, abang sebenarnya tidak cinta Maria, tetapi pada Datin Z. She is my life, my everything.”

“Kurang ajar, abang memang pendusta… abang yang gilakan saya dan sekarang abang kata abang tidak cinta saya. Abang kena bomoh ni, isteri abang kenakan abang?” Isteri abang yang buat abang bodoh sampai macam ini?

”Maria dengar sini, kalau pun dia bomohkan abang, tapi abang sayang dia. Biarlah dia bomoh asal kasih sayang kami kian mendalam, Apa salahnya dia buat kami sekeluarga berkasih sayang?”

Sebenarnya Maria yang bomohkan saya. Bomoh saya sendiri yang beritahu, itu sebab abang jadi macam tidak betul sejak mengahwini awak Maria.”

Sakitnya hati Maria mendengar penjelasan suaminya. Dia tersedar memang bomoh di sana seperti kata pak Sheiknya memang kuat. Dia tersedar tanpa Wak dia yang terterap. Abang tolong jangan cerai Maria, Maria tak salah.”

“Abang yang bersalah, tidak sepatutnya abang kahwin dulu dengan Maria. Mujur dengan Kak Yam abang cepat-cepat menceraikan dia.”

“Bomoh lawan bomoh,” kata Maria dalam hati. “Abang sudah kena hasut, sudah kena ubat guna-guna Datin.”

“Maria betul abang tidak kisah. Yang penting i want my family back, my son and daughter yang bawa diri sejak abang kahwin dengan Maria. My son sudah tidak mahu melayan abang lagi, dia orang semua marah abang. Cucu abang sendiri abang tidak dapat jumpa.”

Sahlah pada Maria suaminya memang dibomohkan oleh sang isteri. Dan maknanya memang bomoh orang di sana kuat. Dia tidak puas hati. Dia cuba menjejaki Wak tapi diberitahu sudah lama meninggalkan kota dan pulang ke kampong halamannya. “Masakan begitu… ‘ katanya pada jiran. “Dia mahu bertapa di gunung di Kalimantan,” itu yang dia beritahu saya.

Memang jodoh Maria tidak panjang dengan suaminya. Dia percaya sungguh orang di sana memang kuat main bomoh sehingga suaminya sehingga tunduk kepada kehendak di sana.

Pak Syeikh telah pergi dan Maria mesti mencari ganti si bomoh. Dia tidak bertenaga menentang sendirian dan dia percaya kuasa itulah yang membuatnya kuat tetapi bila sang bomoh melepaskan dia, dia menjadi tidak bermaya lagi. Rozita dicarinya kembali, rupanya rumah tangga temannya pun sudah berkecai… mereka duduk termenung memikirkan yang terbaik untuk masa depan.

Dan nampaknya keduanya masih belum sedar, hanya Allah yang berkuasa. Malah mereka telah ditipu dengan segala macam helah tetapi al maklum ilmu agama tidak pernah dipelajari lantas mereka masih percaya kuasa orang ketiga untuk menemukan jodoh, untuk memberikan mereka kemenangan dalam apa juga yang dimahukan. Walau sudah tertipu oleh Wak Kibat dan beberapa bomoh lain, mereka masih belum mendapat iktibar daripadanya.

Maria dan Rozita sanggup berhabisan untuk mendapatkan bomoh yang mampu menolong mereka. Wang di dalam simpanan kian menipis, tetapi kata Maria dia sanggup buat apa sahaja kali ini demi untuk menundukkan seseorang. Dia tahu hanya seorang sahaja yang mampu membantunya, yakni si bomoh yang menjaga bekas suami dan isterinya. Mengapa tidak aku dapatkan dia, kalau dia boleh tundukkan bekas suami aku, sekarang aku mahu suami aku tunduk semula kepada aku. Tetapi siapa? Dia terpaksa mencari si bomoh itu…

Pencarian yang tidak mudah rupanya. Hampir setahun Maria dan Rozita memasang perangkap dan akhirnya mereka bertemu dengan bomoh bekas suaminya. Dan siapa bomohnya itu? Tipah tertipu, rupanya Tuan Syeik yang disebut adalah Wak Kibat, orang yang sama. Maria dan Rozita sekali lagi terjebak… mereka terpaksa melayan kerenah jantan yang bilang dapat membantu mereka untuk mencapai semua cita-cita mereka.

Cerita mereka tidak habis di situ. Ubat guna-guna Tuan Syeik alais Wak Kibat memakan diri. Sepatutnya Wak Kibat memulangkan cinta Datuk A kepada Maria sebaliknya menggunakan Maria sehingga Maria sanggup menyerahkan bodynya kepada Wak dan tanpa diketahui Maria, Rozita juga berbuat demikian.

“Ita aku tidak tahu macam mana aku boleh terperangkap dengan Pak Syeik,” Maria mengadu nasibnya. Rozita terjelepuk di sisi temannya, “Hari kau ke Singapura aku menemui Wak, katanya ada khabar gembira dan tidak boleh tunggu lama. Aku pun segera menemuinya di hotel… kerana katanya elok berjumpa sahaja di bilik tertentu, sebab hari itu beberapa tetamunya akan datang. Aku yang terakhir jam 11 malam… dan entah apa yang dibuatnya,  aku pun tidak sedar apa yang terjadi selepas itu… bila tersedar di pagi itu aku di sebelahnya.

Maria dan Rozita berpandangan dan keduanya mengambil keputusan untuk menyerang si bomoh. Namun diakan bomoh… menghilang dari rumah sewanya lagi. Dan setahun lagi barangkali akan datang semula dengan nama yang lain. Entah siapalah yang menjadi mangsanya kali ini?

Maria terpaksa menukar imejnya… dan kini Maria ayu berbalut Neelofa. Rozita juga mencari stail tudung baru untuk memikat. Tetapi adakah mereka serik? Perempuan yang bercerita kepada saya memberitahu, “Masalahnya  yang suka berbomoh ini, seratus kali kena tipu pun mereka tidak serik, sebab bomoh yang lain pula akan kata dia boleh tolong ubatkan, boleh tundukkan, boleh cantikkan dan bermacam-macam lagi… dan terusan sampai sanggup serah segalanya.

Related posts

Fake Chanel – Hadiah Daripada Kekasih Orang Kayangan

admin

Bomoh Cinta Mama

admin

Aku Dikahwini Kemudian Dizalimi

adminwm

Leave a Comment