GAYA HIDUPSANA-SINI

Sihat dan Derma! Sertai Walkathon Amal KanWork Secara Virtual Sehingga 3 November Ini

Walkathon Amal KanWork 4 menjadi aktiviti terbaru dalam kalendar badan amal bukan kerajaan (NGO) KanWork.

Program ini antara lain bertujuan menggalakkan amalan gaya hidup sihat melalui aktiviti berjalan dan sebagai usaha mencari dana tambahan untuk kegunaan persatuan.

Program ini dilancarkan secara maya pada 3 Oktober lalu oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Dalam ucapan perasmian, Khairy berkata, “Penganjuran acara seumpama Walkathon Amal KanWork 4 yang dijalankan secara maya ini adalah tepat pada waktunya untuk memupuk gaya hidup sihat walaupun berhadapan dengan cabaran normal baharu. Ini juga memberi gambaran bahawa aktiviti-aktiviti yang pernah dilakukan dalam keadaan normal sebelum pandemik melanda masih boleh dilaksanakan dengan pendekatan sedikit berbeza.”

Walkathon Amal KanWork 4 diadakan secara maya, akan berlangsung selama sebulan sehingga 3 November depan, pendaftaran boleh dibuat di laman web KanWork (https://apps.kanwork.org) sehingga 12 Oktober ini.

Khairy turut melancarkan dua eBook hasil terbitan KanWork yang menjalankan aktiviti outreach atau aktiviti mendampingi komuniti itu pada majlis sama dengan judul Pemakanan Pesakit Kanser dan e-buku, Cerita Kami KanWork sebagai panduan dan inspirasi bagi masyarakat.

eBuku CERITA KAMI KanWork ialah kompilasi cerita pesakit dan pejuang kanser, sukarelawan serta rakan sokongan KanWork dalam menghadapi cabaran Covid-19. Ianya bahan bacaan yang mudah dan memberi inspirasi. Projek penerbitan eBuku ini mendapat tajaan War on Cancer Malaysia (WonC). KanWork turut menganjurkan pelbagai aktiviti antaranya memberi sokongan informasi, emosi dan rohaniah kepada pesakit melalui lawatan ke hospital dan rumah, talian KanHelpline (1 800 22 8672), kumpulan sokongan dan dalam talian. Sepanjang 2021 ini, KanWork mengadakan Kempen Jom Sihat Bersama KanWork (JSBK) yang merangkumi aktiviti Mari Makan Makanan Berkhasiat, Mari Berjalan, Mari Berkebun, Mari Bertadabbur serta Mari Berqigong. Program Pendidikan serta kesedaran kanser turut dianjurkan dengan penglibatan pakar perubatan dan profesional. KanWork juga amat memerlukan bantuan dana untuk pelaksanaan aktiviti persatuan (www.donate.kanwork.org). Untuk maklumat lanjut, sila hubungi, Cik Nor Aida (Pengurus) di talian +6019 3767353 atau emel [email protected].

(images for eBook Cerita Kami I & II)

Related posts

SINDROM DOWN TIDAK ADA PENAWAR, 1 DARI 1,000 BAYI DILAHIRKAN SETIAP TAHUN

adminwm

Dapur Rakyat Mementingkan Kesegaran dan Kualiti Makanan

admin

Tanya Dr. Edmond Oktober 2020

admin

Leave a Comment