CABARAN PASCA COVID – ‘Every women must play her part’
“Kita perlu bersiap sedia mendepani pelbagai kemungkinan mendatang, Tidak kiralah apa jua kemungkinan itu, our world, our life is not going to be the same as we were before… and to survive the future, is to be united and updated on networking.” – Madam Tessie Lim.
“Globally women are most affected and impacted by the Covid-19 pandemic. Kaum wanita perlu bangkit segera dan lakukan gerak-kerja secara bersepadu jika ingin berjaya tangani cabaran akan datang dan demi kelestarian kehidupan. Wanita perlu belajar mengadaptasi diri dengan perkembangan sekitar.” – Datin Norma Norell.
“Ramai melihat seni dan budaya sebagai sesuatu faktor sampingan kepada pembangunan insan, sedangkan budaya seharusnya terus hidup dalam diri seseorang, seiring dengan pembangunan modal insan, justeru menjadi salah satu teras dan nadi kehidupan sehariannya.” – Puan Azlina Juliani Abd Jalil.
“When women get together, things happen. Rangkaian perhubungan wanita amat penting masa kini, perlu adanya kerjasama dalam segala segi dan sudut kehidupan. It can just be a small gathering like we do today, but it must be meaningful and create some spirit and awareness about others… you may not know what the objective of today’s meet will lead to.” Datuk Paduka Temenggung Nora Abdullah.
Yakin, Bersatu, Sensitif dan relevan antara empat ‘teras’ atau intipati bual bicara yang boleh diringkaskan daripada tiga panel terpilih yang terdiri daripada Datin Norma Norell seorang Perunding Imej dan ahli perniagaan, Madam Tessie Lim, Pakar Motivasi juga ahli perniagaan dan Puan Azlina Juliani Abd Jalil, Ketua Pegawai Operasi, Perbadanan Nasional Berhad, Pernas serta tetamu istimewa Dato’ Paduka Temenggung Nora Abdullah pada majlis hi-tea yang diadakan bagi meraikan rakan kolaborasi dan pengiklan MajalahWM.com yang diadakan di Restoran Ficus Taman Tun Dr Ismail.
Sungguh tidak disangka-sangka sesuatu yang dirancang serba ringkas pada awalnya berakhir dengan penuh makna dan merangsang para wanita hebat yang menghadirinya.
Majlis santai lagi ringkas yang diadakan dalam suasana indah berlatarkan sweet modern English deco atas budi bicara FICUS Restoranini telah meninggalkan kesan yang begitu mendalam pada para hadirin. Masing-masing seronok kerana dapat bertemu kenalan lama sambil picking up the pieces where they had left, which for some, dated back more than a decade.
Sekian lama mereka tidak berjumpa, waktu istimewa tersebut digunakan sepenuhnya untuk mengemaskini perkembangan masing-masing. Perbincang santai daripada hal-hal remeh tentang keluarga anak dan ada yang bercerita hal cucu, hinggalah isu yang lebih serius; their job, the life relevance, and current issues seperti pandemik dan gelora politik.
Membuka pentas bicara petang tersebut, Datin Norma Norell, mengimbas betapa sedihnya ketika penularan Covid-19 ini, ramai wanita yang diberhentikan kerja dan perlu mengurus keluarga, yang mengalami batasan pergerakan dan perlu bekerja atau belajar dari rumah.
Katanya, dalam era pandemik Covid-19, penekanan perlu diberikan kepada pemerkasaan dan kebajikan wanita. Ini kerana daripada pemerkasaan wanita, golongan itu akan mempunyai akses dan mengawal segala perkara daripada pendapatan, rumahtangga, pekerjaan dan hal-hal lain.
Memperkasa diri bererti wanita boleh mengawal dan memanfaatkan faedah kemajuan ekonomi dan prasarana serta mempunyai kuasa untuk membuat keputusan dalam banyak hal-hal penting buat dirinya, keluarga, mahupun mewakili wanita secara amnya sebagai seorang pemimpin atau peneraju sesuatu organisasi.
“Kita juga sedar, sentimen ini turut dirasai di seluruh dunia dan Malaysia juga seharusnya turut serta memikirkan cara dan bertindakbalas sewajarnya dalam usaha memperkasa wanita. It takes courage on the part of women and men who champion them,” katanya, “We must have choices. We have to be confident to choose what we want. When women rise we all rise,” tambahnya.
It requires time, concentrated effort on the part of the policymakers and corporate power brokers. Daripada sudut kajian terperinci mahupun secara rambang, dunia sedar bagaimana pandemik Covid-19 telah mempercepat peralihan ini dan mengetengahkan isu-isu struktur dalam lanskap tata hidup juga pasaran pekerja dunia termasuk negara Malaysia.
Walaupun ada pertanda bahawa keadaan dijangka bertambah baik pada masa hadapan, isu-isu struktur ini begitupun jika dibiarkan berterusan dengan jangkaan pemulihan ekonomi yang tidak sekata, tentu sahaja boleh menghalang pemulihan dan apa lagi pengukuhan ekonomi sepenuhnya.
Dalam kegawatan dan dunia sedang bergelut dengan pandemik, pakar ekonomi berpendapat inilah masanya untuk negara bangkit dan membina struktur ekonomi yang bijak dan berkesan yang boleh bersaing dan lestari apabila dunia bangkit semula.
Seperti yang semua maklum dan terbukti, sepanjang dekad yang lalu, usaha gigih untuk meningkatkan produktiviti telah merangsang kemajuan dan penerapan teknologi yang pesat, hinggalah tercetusnya Industrial Revolution 4.0 atau Revolusi Perindustrian Keempat. Fakta ini seolah-olah memperkukuhkan lagi pandangan Datin Norma itu.
Memang telah pun ada gesaan agar pihak kerajaan memberi fokus kepada usaha memperkasa wanita dan segera memulihkan ekonomi bagi mewujudkan banyak peluang pekerjaan untuk wanita.
Yakin, Bersedia dan Relevan
“Kita perlu bersiap sedia! Pelbagai kemungkinan mendatang, Tidak kiralah apa jua kemungkinan itu, our world, our life is not going to be the same as we were before,” tegas Madam Tessie pula menekankan pandangannya, “Justeru, penting bagi wanita untuk menyemak semula networking masing-masing dan mengemaskininya baik dalam rangka kerja mahupun sekadar hal-hal lain dalam kehidupan sehariannya.”
Beliau begitu seronok kerana dapat menghadiri majlis petang tersebut walaupun begitu sibuk dengan kerja-kerja yang beliau laksanakan melalui on-line. Ini lumrah sekarang pintasnya kerana menuruti SOP yang ditetapkan Perintah Kawalan Pergerakan.
Atas sebab tersebut beliau menyatakan dengan tegas betapa pada masa kini jalinan perhubungan dan kerjasama antara wanita amatlah perlu malah menjadi lebih penting dalam perkongsian informasi mahupun strategi dalam segala segi.
“Saya anggap majlis ini satu acara atau perjumpaan yang bijak. A collaboration of a magazine, this beautiful restaurant and the beautiful mission that you wish to be accomplished through this gathering,” katanya gembira, “Oh! My, I must congratulate the magazine and the people behind it.”
Dalam keadaan yang mendesak seperti sekarang kita perlu berfikiran terbuka belajar mengadaptasi diri. Dalam kelompok kecil dan mahupun penuh dengan cabaran dan kekangan, kita mampu menghasilkan gerak-kerja secara bersepadu.
“I believe the women present today have the same mission… we all aspire and motivated towards the same goal and I also believe that a small gathering like today may lead to something more significant and magnificent,” katanya gembira dapat bersama dengan hadirin lain yang punya semangat dan aspirasi setara.
“It’s time for women to come together and work closely by leveraging on each other’s strength. You can’t work alone nowadays, jika kita fikir sesuatu itu dapat dilaksanakan dengan jayanya hanya dengan berkongsi maklumat dan sumber, maka lakukanlah. Tidak kira sama ada sesuatu itu kecil mahupun dalam skala yang besar.” tambahnya.
Dalam keadaan yang mana semua pihak baik individu, kerajaan, pertubuhan juga organisasi berada dalam keadaan tertekan. Everyone is facing the same problem in some way or another dan oleh kerana itulah katanya kerjasama dalam menangani kehidupan hari ini adalah vital.
Let’s Fight It Together!
“When women get together things happened. Kita tahu wanita mempunyai daya kuasa tinggi dalam perhubungan dan pengurusan manusia. Rangkaian perhubungan wanita menjadi lebih penting masa kini dan patut ada kerjasama dalam segala segi juga sudut kehidupan,” kata Datuk Paduka Nora,“ dan “Wanita perlu mencari sesuatu yang baru untuk bersedia dan melengkapi diri dalam ‘Norma Baharu’,” tambahnya lagi.
Satu fakta yang ketara dan ditegaskan pada majlis itu ialah agar wanita berusaha mempertingkatkan diri mempelajari kemahiran baharu dan sentiasa bersifat relevan memandangkan keadaan dunia yang kian berubah pantas.
Dengan kemahiran baharu, wanita akan turut berada di barisan hadapan, pada tahap bersedia dan dapat menceburi serta berjuang dalam segala bidang termasuk ekonomi pasca Covid-19. Itulah yang boleh kita rangkumkan intipati pandangan Dato’ Paduka Temenggung Nora.
“I believe the sisterhood spirit, regardless of background, will move women forward. We have to be supportive of each other’s efforts and mission… be it in a small scale or big,” katanya, “Demi masa depan yang terjamin dan kejayaan menghadapati post-covid, women have to put aside their differences and instead collaborate, Challenge the limits and labels others put on you,” pesannya lagi.
Pembabitan pihak kerajaan dalam menyokong kepada pembangunan wanita terutama selepas pasca Covid-19 juga disaran dan dialu-alukan. Usaha ini perlu diberi perhatian dan sokongan oleh semua pihak khususnya pihak kerajaan berikutan wanita banyak berdepan cabaran terutama ketika penularan Covid-19 dan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Choose To Challenge
Sempena Hari Wanita Antarabangsa 2021 yang bertemakan “Choose To Challenge” atau ‘Wanita Bangkit Mendepani Cabaran’, maka amat sesuailah setiap kebajikan wanita mendapat perhatian dan fokus daripada kerajaan. Penting kerana ia berkait rapat dengan keadaan di mana wanita ramai bekerja dalam sektor ekonomi yang terkesan akibat pandemik Covid-19, seperti pelbagai sektor perkhidmatan, contohnya kesihatan, pembuatan, pelancongan dan hospitaliti.
Budaya Cermin Diri
On a lighter note but a serious issue, Azlina pula menyentuh cabang yang agak di luar dugaan iaitu kepentingan budaya sebagai salah satu teras pembangunan dan pembentukan modal insan.
Beliau berpendapat, pembentukan budaya harus dipupuk dari awal agar sebati dengan jati diri. Pengalaman beliau mengikuti kursus Pengurusan Lanjutan dan Kepimpinan di luar negara yang bukan sahaja menuntut tahap intelektual yang tinggi, akan tetapi perkongsian mengenai Negara Malaysia dalam konteks “Cultural Diversity” dengan 18 buah negara lain membuatkan beliau sedar betapa budaya itu penting dalam membawa jiwa bangsa apabila berada di perantauan.
“Budaya harus bergerak seiring pembangunan dan penting dalam pembentukan modal insan,” Mengapa saya katakan begitu kerana saya yakin ia berupaya membantu merangsang jati diri dan perkembangan seimbang seseorang insan dari sudut fizikal dan spiritualnya.”
Beliau berpendapat pembentukan budaya harus dipupuk awal. Pengalamannya, dihantar sebagai wakil negara ke luar dan diminta membuat sesuatu persembahan budaya yang mencerminkan mewakili negara Malaysia pada suatu ketika dulu mengajarnya betapa budaya itu penting membawa jiwa bangsa apabila kita berada di perantauan.
Beliau memang tidak pernah kisah hal-hal budaya dan kesenian, apabila beliau diminta membuat persembahan tersebut dan harus menyelitkan ciri-ciri yang mempamerkan seni budaya negara Malaysia dan bakal dihadiri oleh delegasi daripada pelbagai negara lain, barulah beliau tahu betapa kerdil jiwanya dan Azlina berasa amat malu pada dirinya sendiri kerana sealam ini tidak pernah mengambil serius hal-hal sebegitu.
“Saya memang tidak pernah kisah hal-hal budaya dan kesenian,” pintas nya seloroh. “Saya tergamam apabila diminta berkongsi mengenai keunikan seni budaya negara saya melalui persembahan dan sebagainya, sedangkan saya mampu menjuarai The Oxford Great Debate.” pengalaman tersebut membuat Azlina kesal kerana punya kekurangan itu. Sebagai seorang rakyat Malaysia yang telah diberi peluang memperkenalkan Negara Malaysia di persada antarabangsa, Azlina merasakan dia tidak memberikan komitmen yang sepenuhnya.
Tegasnya, budaya harus diterapkan dalam pembangunan diri dan penting dalam pembentukan modal insan. Mengapa beliau katakan begitu? Kerana Azlina yakin ia berupaya membentuk jati diri dan perkembangan seimbang seseorang insan dari sudut fizikal, mental dan spiritual-nya.
“Apabila seseorang itu melengkapi dirinya dengan budaya dan seni asal usulnya, barulah usaha meningkatkan perkembangan kemahiran sosial dan secara tidak langsung mengukuhkan interaksi serta integrasi di kalangan masyarakat,” tegasnya lagi.
“Selain itu ia melengkapkan seseorang dengan sifat-sifat kecemerlangan diri baik dari segi berdaya saing, jati diri, kritis, kreatif dan berkeyakinan tinggi dan secara tidak langsung membina sifat berdaya tahan yang tinggi. Mungkin ini satu pandangan dan idea yang baik dan boleh diusul pada pihak berkuasa. Mana tahu di masa terdekat kurikulum sekolah menyelitkan seni dan budaya sebagai satu subjek wajib dan diterapkan pada usia seawal enam tahun adalah langkah susulan menambah baik usaha kerajaan membangunkan modal insan negara melalui bidang seni budaya di peringkat sekolah rendah dan juga menengah. Beliau berkata, PBSB adalah kaedah pembelajaran dan pengajaran asas dalam bidang seni budaya, yang dibentuk, disusun dan distruktur pelaksanaannya lainnya jika peradaban mahu diteruskan.