GAYA HIDUP

Minum Petang Yang Stylish & Mewah di  Al Halabi Gourmet Sempena FMA 2025

Majalah WM rasa begitu teruja dan berbangga apabila restoran Al Halabi Gourmet sudi menjadi penaja minum petang untuk para jemputan kami yang diundang menonton pertunjukan fesyen untuk Fashionably Modest Asia 2025 pada hari pertama acara gemilang itu berlangsung. Ia membuktikan reputasinya sebagai antara destinasi kulinari Timur Tengah terbaik di Malaysia apabila turut serta dalam acara berprestij ini. Sokongan ini bukan sahaja menyerlahkan komitmen mereka terhadap dunia gaya hidup dan fesyen, tetapi juga menambahkan sentuhan istimewa pada acara yang meraikan keanggunan dan kesopanan dalam berfesyen.

Rata-rata tetamu yang hadir terkesima sebaik melangkah masuk ke ruang restoran yang didekorasi dengan kesenian halus Timur Tengah, penuh gah dan kemewahan. Dengan façade yang mengundang, rekaan dalaman yang memukau, serta hiasan vintaj dan candelier yang diterangi cahaya hangat, restoran ini memancarkan aura autentik Timur Tengah — menjadikannya lokasi sempurna untuk minum-minum santai mahupun makan malam romantis.

Kepelbagaian Hidangan Arab yang Menggiurkan

Al Halabi terkenal dengan menu yang merangkumi pelbagai hidangan klasik Arab, khususnya masakan Lubnan dan Syria. Daripada pembuka selera tradisional hingga hidangan utama berencah seribu rasa, setiap sajian disediakan dengan penuh teliti dan dihidangkan secara elegan dalam bentuk platter. Gabungan bahan segar dan resepi masakan turun-temurun memastikan setiap gigitan menghadirkan rasa asli yang memuaskan.

Restoran ini adalah  buah tangan pengasas Tarbush—nama besar dalam dunia kulinari Arab di Malaysia. Konsep terbaharu Al Halabi tampil lebih moden, memberi sentuhan kontemporari kepada masakan tradisional tanpa meminggirkan keaslian rasanya.

Petang itu, para tetamu disajikan dengan minuman teh pudina panas bersama shawarma lazat juga pemanis mulut karamel yang syahdu. Ia sajian ringkas yang sesuai dinikmati di waktu petang bersama teman-teman dalam suasana santai yang eksklusif.

Dengan komitmen terhadap kualiti, suasana yang memukau, dan kecekapan dalam menyediakan hidangan Timur Tengah yang autentik, tidak hairanlah Al Halabi Gourmet terus menjadi pilihan ramai. Penajaan untuk Fashionably Modest Asia membuktikan lagi peranan aktif mereka dalam menyokong komuniti seni, fesyen, dan gaya hidup.

Al Halabi bukan sekadar restoran – ia adalah pengalaman gastronomi yang menghubungkan budaya, rasa, dan keanggunan.

Ingin nikmati pengalaman gastronomi Timur Tengah yang sebenar? Alami sendiri keistimewaan Al Halabi Gourmet.

Related posts

Covid-19: WHO Keluarkan Nasihat Berikutan Ada Pesakit Tidak Menunjukkan Gejala

admin

OPPO, Phei Yong and MK K0Clique

admin

Apa Itu Mukbang? Konsep Makan Yang…

adminwm

Leave a Comment