FESYEN

Majalah WM Takluk Pentas FMA 2025 Dengan Nuansa Anggun, Glamor

Membuka tirai hari pertama, acara Fashionably Modest Asia (FMA) 2025, Majalah WM diberi penghormatan untuk mengungguli pentas pertunjukan fesyen sopan ini sebagai media fesyen rasmi. Dengan kehadiran sekitar 200 jemputan yang terdiri daripada barisan VIP, sosialista, rakan media, pempengaruh, pemain industri, klien dan pembaca setia Majalah WM, acara dimulakan seawal 4.30 petang dengan para hadirin diundang minum pentang penuh gaya dan mewah di restoran Al Halabi Gourmet, di tingkat 5, Pavilion Damansara Height.

Runway Menyala: Persembahan Fesyen oleh Abu, Sarah J dan Asyraf Arrif

Selepas sesi hi-tea, para tetamu bergerak ke Pavilion Arena untuk menyaksikan segmen yang paling dinantikan — Fashion Presentation Majalah WM, menampilkan tiga pereka muda yang semakin menyerlah dalam dunia fesyen modest iaitu Abu Shaef Hamza, Sarah J, dan Asyraf Arrif.

Tirai persembahan dibuka oleh Abu dengan signatur rekaannya yang penuh dengan idea berani daripada segi siluet dan struktur. Permainan bentuk oversized, fabrik bold, dan sentuhan warna monokrom mencipta identiti “bold yet modest” yang menjadi tanda tangan pereka ini. Setiap helaian tampil bertenaga namun kekal sesuai untuk wanita moden yang berkeyakinan.

Persembahan diteruskan oleh Sarah J yang mempersembahkan koleksi berinspirasikan regal grace penuh keanggunan feminin dalam sentuhan mewah. Potongan flowy, ajnas warna kesukaan wanita Asia, serta perincian halus memberi aura elegan yang memancarkan kelembutan dalam keanggunan eksklusif. Sentuhan dramatik pada kain dan lapisan menjadikan koleksinya antara yang paling mendapat perhatian malam itu.

Asyraf Arrif menutup segmen runway dengan koleksi yang menonjolkan gabungan unsur classy dan elemen avant-garde. Elemen rustik-modest, permainan lapisan, serta ketelitian dalam tailoring menjadikan koleksinya tampak matang dan bertenaga. Asyraf sekali lagi membuktikan kepakarannya dalam menyeimbangkan tradisi dengan sentuhan futuristik bersama mainan warna-warna terang seperti jingga, merah jambu, merah, biru dan kuning.

Ucapan Penutup oleh Wirda Adnan & To’ Puan Nora Muhamad

Acara mencapai kemuncaknya apabila dua figura penting Majalah WM naik ke pentas untuk menyampaikan ucapan penghargaan.

Wirda Adnan, selaku Pengasas dan Ketua Editor Majalah WM, menyampaikan ucapan penuh inspirasi, menekankan bagaimana fesyen modest hari ini bukan sekadar trend, tetapi satu gerakan budaya yang mengangkat maruah, nilai dan kreativiti wanita moden. Beliau turut memuji keberanian tiga pereka muda yang memperjuangkan estetika modest dengan pendekatan baharu.

Pengurus Besar Majalah WM, To’ Puan Nora Muhamad, mewakili pihak pengurusan editorial, menambah bahawa kerjasama antara Majalah WM dan FMA membuka ruang lebih luas untuk mengetengahkan bakat-bakat Asia yang sering terpinggir dari radar arus perdana. Beliau mengakhiri ucapan dengan penghargaan kepada para tetamu, pereka, dan seluruh pasukan yang menjayakan acara petang tersebut.

Majalah WM X Fashionably Modest Asia 2025 bukan sekadar sebuah acara fesyen; ia adalah penegasan tentang kedudukan fesyen modest sebagai industri yang matang, dinamik, dan kaya bakat. Dari hi-tea penuh kehangatan hingga ke runway yang sarat kreativiti, acara ini meninggalkan satu pesanan jelas:Modesty is not the absence of style — it is style with identity, culture and value

Related posts

ARTIST DAN FESYEN BERSATU MENGHILANG RINDU 

adminwm

Bagaimana Pereka Kostum Edith Head Mengubah Dunia Glamor Perfileman Hollywood

admin

20 TAHUN PIALA SERI ENDON, KEKAL MUTU & OBJEKTIF

Mahani Awang

Leave a Comment