Bangkok, sebuah kota di mana kuil-kuil berkilauan bertemu dengan pasar jalanan yang meriah, terkenal bukan sahaja dengan makanan jalanannya yang menggoda tetapi juga dengan penginapan-penginapan nan mewah.
Dari pemandangan tepi sungai hingga kolam renang di atas bumbung, ibu kota Thailand ini menawarkan hotel untuk setiap gaya dan jadual perjalanan. Sedang mencari hotel di Bangkok yang memenuhi semua ciri penting—lokasi, gaya, kemudahan, dan keselesaan? Berikut tiga pilihan menarik yang pasti memberikan semua itu.
1. Novotel Bangkok Platinum Pratunam–Beli-belah, Bersantai & Teroka Tanpa Henti



Dari segi lokasi, Novotel Platinum memang tiada tandingan. Terletak betul-betul di atas Platinum Fashion Mall yang ikonik, anda hanya beberapa langkah dari syurga borong, serta boleh berjalan kaki ke Pasar Pratunam dan CentralWorld melalui jejantas yang bersambung. Dengan stesen BTS Siam dan Chidlom yang berdekatan, perjalanan di sekitar Bangkok menjadi sangat mudah.
Keluarga dan pelancong Muslim pasti menghargai bahagian daging dan ayam yang jelas berlabel Halal pada bufet sarapan, memberikan keyakinan dan keselesaan. Pilihan makanan di sini juga menyenangkan—terutamanya hidangan Mediterranean yang sering dipuji kerana rasa aslinya.
Untuk percutian tenang, cuba Premier Park View Room—luas, ringkas, dengan pemandangan Taman Ratchaprarop yang menghijau, dan jika bernasib baik anda boleh melihat perahu menyusuri sungai berdekatan. Gabungan sempurna antara kemudahan bandar yang sibuk dan keselesaan yang menenangkan.
2. Staybridge Suites Bangkok Thonglor–Suite Bandar Yang Rasa Seperti Rumah



Seperti namanya, Staybridge Suites menawarkan keselesaan ala pangsapuri di tengah kawasan gaya hidup Thonglor. Setiap suite dilengkapi kemudahan penting seperti dapur lengkap, mesin basuh & pengering, balkoni, dan ruang tamu—sesuai untuk penginapan jangka panjang atau keluarga yang perlukan ruang selesa.
Mulakan hari dengan berehat di onsen dan sauna gaya Jepun, eksklusif untuk tetamu dengan ruangan berasingan lelaki dan wanita. Kolam renang atas bumbungnya juga menawan—ideal untuk berenang waktu pagi atau ketika matahari terbenam.
Pada waktu malam, suasana jadi lebih meriah dengan “The Social Night”—hidangan ringan dan minuman percuma setiap Isnin, Rabu, dan Jumaat, peluang sempurna untuk berkenalan dengan tetamu lain. Dari segi akses, anda hanya perlu berjalan sedikit ke stesen BTS Thonglor, atau gunakan tuk-tuk perantara yang disediakan hotel.
3. Aloft Bangkok Sukhumvit 11–Rekaan Bertenaga di Tengah Kehidupan Kota


Aloft penuh dengan tenaga—daripada rangkaian warna yang ceria hingga suasana lobi yang meriah. Hotel ini juga menyediakan tuk-tukkhasuntuk ke stesen BTS Nana dan pusat beli-belah berdekatan, menjadikan perjalanan sekitar Sukhumvit sangat mudah. Lokasinya juga tidak jauh dari Terminal 21 Mall, syurga beli-belah buat mereka yang suka ‘shopping’.
Tetamu juga pasti menghargai sarapan bufet yang lazat dengan pilihan Halal, serta pemandangan indah dari kolam renang hotel.
Reka bentuk kontemporari yang cerah, lobi yang penuh gaya, dan bilik moden menjadikan hotel ini pilihan kegemaran pelancong yang mahukan keselesaan, kemudahan, serta sedikit sentuhan “attitude”—dengan sajian halal yang mantap.
Setiap hotel ini menawarkan keistimewaan tersendiri untuk pengalaman percutian berbeza. Sama ada anda ingin beli-belah tanpa henti, nikmati keselesaan seakan di rumah, atau hayati kehidupan malam Bangkok dengan penuh gaya—pilihan sempurna menanti anda.

