GAYA HIDUPSANA-SINI

ecoBrown’s memperkenalkan PLUS Series Brown Rice Drink, cara baru untuk kehidupan yang lebih sihat

ecoBrown’s baru-baru ini melancarkan satu rangkaian produknya yang terbaru iaitu ecoBrown’s PLUS Series Brown Rice Drink yang didatangkan dalam tiga varian perisa enak, Cereal PLUS (Original), Cocoa PLUS & Coffee PLUS. Minuman bijirin yang pertama seumpamanya di Malaysia ini padat dengan kebaikan beras perang, merah dan hitam yang tidak digilap, membawakan hanya yang terbaik daripada ladang kepada semua keluarga di seluruh Malaysia!

Memandangkan semakin ramai rakyat Malaysia mula mengamalkan diet yang lebih sihat bagi menjalani kehidupan yang lebih seimbang dan menyeluruh, ecoBrown’s PLUS Series Brown Rice Drink telah dicipta bagi menggalakkan dan memberi inspirasi kepada mereka untuk meneruskan gaya hidup ini dengan mempromosikan kesihatan dan kesejahteraan menyeluruh. Atas sebab itu dan sempena dengan pelancaran rangkaian produk terbaru ini, ecoBrown’s PLUS turut melancarkan kempen #BeWholeWithecoBrowns bagi memperjuangkan gaya hidup sihat dan seimbang.

“Sememangnya agak sukar untuk cuba menjalani gaya hidup aktif sambil menguruskan kerjaya dan mengekalkan hubungan yang berkualiti. Itulah sebabnya kenapa kami mencipta ecoBrown’s PLUS Series Brown Rice Drink, dengan mengutamakan tiga teras utama untuk sebuah kehidupan yang sihat sempurna iaitu keluarga, perhubungan dan gaya hidup aktif. Selain daripada itu, dengan kemudahan dan faedah khasiat ecoBrown’s PLUS Series Brown Rice Drink, kita semakin hampir ke arah mencapai kehidupan seimbang yang kita idamkan, pada bila-bila masa tidak kira di mana sahaja,” Pengurus Besar Serba Wangi, Zishi Low.

ecoBrown’s PLUS Series Brown Rice Drink menggabungkan campuran beras perang, merah dan hitam yang berkualiti tinggi, tidak digilap dengan keunikan rasanya yang asli dan halus. Ia adalah sumber Vitamin B1, B2, B3 dan B6 terbaik dan tidak mengandungi lemak trans, membolehkan rakyat menikmati minuman enak lagi sihat tanpa rasa bersalah. Padat dengan vitamin dan mineral, ecoBrown’s PLUS Series Brown Rice Drink sememangnya satu alternatif yang lebih mudah, sihat dan enak, menjadikannya pilihan minuman yang lebih baik untuk diri anda dan keluarga anda.

Related posts

BMW Malaysia Meraikan Ulang Tahun BMW M ke-50 Bersama Lima Kenderaan Berprestasi tinggi

adminwm

Australia Now: Light Up – An 11 Night Light Show

adminwm

10 Cara Menurunkan Kolesterol

admin

Leave a Comment