Dalam keghairahan kita menjalani kehidupan di dunia ini, kita kena sedar bahawa ada lima hal yang sedang menunggu kita.
*1) Malaikat Izrail.*
Malaikat Izrail ini hanya menunggu isyarat daripada Allah SWT untuk mendatangi kita serta mencabut nyawa kita.
*2) Malaikat Munkar dan Nakir.*
Malaikat ini menunggu kita di barzakh untuk menyiksa kita jika kita tidak dapat menjawab soalannya.
*3) Himpitan kubur.*
Semua orang akan terkena himpitan kubur sama ada himpitan itu seperti ibu yang memeluk anak mahupun himpitan itu yang kan mencantumkan tulang-tulang rusuk kita.
*4) Ulat-ulat di kubur.*
Ulat-ulat ini akan memakan daging-daging kita beberapa hari setelah jasad kita di kebumikan.
*5) Anak-anak dan isteri yang merebutkan harta kita.*
Adalah lebih mudah urusan setelah kematian kita apabila sebelum kematian kita, kita dah hibahkan semua harta-harta kita.
Walau ke mana pun kita melangkah, walau ke mana pun kita pergi maka lima perkara ini tidak dapat kita elakkan. Bersedia atau tidak kematian tetap menjemput kita dan lima benda ini tetap akan menunggu kita.
Semoga Allah SWT kurniakan kita kebaikan di dunia serta kebaikan di akhirat. Aamiin ya rabbal alamin
*Rujukan :*
– Ceramah Ustaz Azhar Idrus di laman FB Nasihat Ustaz
