FESYEN

MAKAME  Segarkan Warisan Batik Malaysia

MAKAME jenama pakaian bakal menyemarakkan lagi warisan seni negara. Mungkin label ini kedengaran seperti perkataan Jepun tetapi ia adalah butik batik dalam talian yang diasaskan untuk meletakkan seni rakyat Malaysia ke dalam dunia fesyen pada tahap yang lebih tinggi, itulah hasrat utama mereka memperkenalkan jenama ini ke pasaran fesyen Malaysia.

Label yang diringkaskan daripada nama tiga wanita iaitu MA (Mahanis), KA (Kasma) dan ME (Melanie). Mereka tiga beradik berasal dari Kelantan, dan menariknya

Tengku Mahanis Tengku Maulud, Kasma Sahimizan Mamat, dan Tengku Melanie Tengku Maulud, mereka berkongsi impian yang sama.

Bagi mereka MAKAME lebih daripada sekadar fesyen, ia adalah seni warisan negara. Setiap karya adalah penghormatan kepada orang seni, menganyam cerita tradisi ke dalam reka bentuk dan menjemput dunia untuk menghargai keindahan serta kehalusan budaya Malaysia.

Ulam Jadi Ilham Untuk Koleksi Unggul

“Dalam keterujaan tersebut kami terilham untuk mengabadikan sumber keindahan  semula jadi yang juga adalah teras kehidupan di alam Melayu, misalnya tumbuh-tumbuhan dan renik segar yang bermanfaat bukan sahaja untuk dimakan sebagai makanan kesihatan dan kecantikan berkurun lamanya, malah indah dilihat daripada sudut seninya,” jelas Melanie.

Tumbuhan ulam popular negara mereka jadikan subject matter dan teras ilham rekaan corak pada fabrik MAKAME. Untuk koleksi sulung ini, MAKAME menampilkan 12 motif ulam yang terkenal di Malaysia seperti bunga kantan, bunga telang, daun kunyit, daun pegaga, daun selom dan daun ketereh.

“Semua keistimewaan tersebut kami abadikan dan menyatu pada sehelai kain yang diperkayakan secara nyata menjadi  khazanah seni dalam bentuk batik dan seterusnya diabadikan sebagai sebahagian kehidupan harian apabila ia dipakai oleh masyarakat,” pintas Kasma.

Begitupun sedar dalam keadaan ekonomi yang kian mencabar kini, mereka memberani diri mengasaskan jenama tersebut. Disatukan oleh semangat yang mendalam terhadap seni, budaya dan warisan tradisional, MAKAME lahir daripada keinginan untuk memelihara dan meraikan nilai-nilai yang dihargai masa melalui ekspresi kontemporari.

“Impian dan perjalanan kami ini masih jauh dan ia adalah komitmen terhadap kegiatan seni di Malaysia khususnya batik. Kami ingin tonjolkan fabrik buatan tangan dalam pelbagai corak yang menarik dalam warna-warna menawan,” kata Mahanis.

Melanie, Kasma dan Mahani melancarkan produk mereka sementara Bill tetamu kehormat petang tersebut turut sama menyertai detik penting ini.

Bermula dengan kaftan, pelbagai gaya blaus dan pantsuit sebagai pakaian harian juga untuk ke majlis, mereka kini dalam proses persiapan untuk koleksi musim seterusnya,” jelas tiga beradik ini berkongsi inspirasi dan teruja untuk melihat reaksi pasaran.

“Ketika kami merangka konsep untuk koleksi ini, kami mencari sesuatu yang dekat di hati kami dan tepat untuk menggambarkan secara lebih berkesan tradisi batik Malaysia agar dapat meneruskan usaha mereka yang terdahulu. Penyertaan MAKAME dalam fesyen industri ini diharapkan dapat menyemarakkan industri yang sedia ada di pasaran malah bersaing dengan sihat,” pintas Melanie.

MEKAME menonjolkan bukan sekadar seni dan teknik ciptaan batik sahaja malah cuba mengekalkan keasliannya. Mereka ingin melihat warisan tidak ternilai ini terus berkembang menyahut arus kemodenan, namun sentiasa diilhamkan oleh semangat reka bentuk artisanal yang berkekalan.

Bagi Mahanis impian beliau untuk menyemarakkan lagi seni batik ke persada fesyen semakin meluap setelah 15 tahun menginap di Rusia. Apabila pulang beliau terfikir untuk membuat sesuatu yang bermanfaat dan hasrat itu telah membawa berjumpa kawan lama, seorang pereka tersohor Bill Keith.

“Banyak yang beliau kongsikan dan kami cuba menghidupkan ilham tersebut. Merealitikan pandangan dan ilmu yang beliau curahkan, seperti senario dunia fesyen tempatan dan warisan seni ini sememangnya satu hal yang mencabar dan amat mengujakan buat kami,” jelas beliau dalam ucapan aluannya. Mereka juga turut menjemput pereka tersebut sebagai tetamu kehormat merasmikan butik mereka pada majlis pelancaran.

Antara tetamu yang hadir pada petang pelancaran

Tetamu teruja berpeluang melihat bagaimana setiap karya dihasilkan. Bermulanya satu karya seni yang indah juga turut berpeluang menyaksikan sendiri bagaimana ilham bertukar menjadi karya seni

Kemeriahan majlis dan sebahagian tetamu yang hadir.

Kasma punya pengalaman mengenai batik, sementara Melanie kerana minatnya yang mendalam dan Mahanis pejuang batik.

Menurut Kasma yang sememangnya mempunyai pengalaman dalam dunia batik, mengharapkan penerimaan yang baik daripada masyarakat khususnya penggemar fesyen batik.

Kata Bill, walaupun mereka bertiga masih hijau dalam dunia fesyen, namun daripada kesungguhan dan minat mendalam yang mereka tunjukkan, tidak hairan sekiranya MAKAME akan pergi jauh dalam persaingannya.

“Bagi saya, Makame bukan saja mampu muncul sebagai pesaing sihat untuk industri Malaysia, tetapi saya mengharapkan mereka sentiasa berusaha untuk menghasilkan produk fesyen yang inovatif juga tampil dengan idea segar dan mampu bersaing hingga ke peringkat antarabangsa.”

Related posts

Kate Spade New York Unveils Its Summer 2022 Collection

adminwm

UNIQLO Melds Sustainability with Charity to Promote World Peace

adminwm

Mira Filzah Sweet Escape

admin

Leave a Comment