FESYEN

Up-to-Bags

Beg Tali Pinggang

Shoulder purse, walau masih lagi ditayang di pentas runway dengan rekaan baru, tetapi kerana rata-rata wanita sudah memiliki jadi untuk membelinya lagi pada saya, sudah cukup. Tidakkah anda terfikir mahu menaik taraf ke big pinggang yang elegan? Riccardo Tisci untuk Burberry menambah rantai sebagai aksesori, Givenchy dengan versi putih murni manakala Chloe, berbanding versi gantung di pinggang, mereka memilih jenis berpemegang.

[thb_gap height="40"]
[thb_gap height="40"]
Beg Rafia Berumbai

Musim panas tahun lalu, Jacquemus mengeluarkan topi straw gergasi dan untuk SS19 dia melakukannya lagi dengan beg bimbit rafia berumbai. Tetapi bukan dia sahaja yang memperkenalkan beg yang merangsang mood - lihat Macramé di Isabel Marant dan Sonia Rykiel, manakala beg Loewe yang hampir mencecah tanah menambah unsur riang yang diharap menjadi mood sepanjang musim panas.

[thb_gap height="40"]
[thb_gap height="40"]
Beg Besar

Saiznya besar, sumbat payung terjun pun muat. Kalau sandang di bahu boleh jadi satu senaman. Proenza Schouler mengeluarkan versi kanvas – boleh muat dua sinki dapur, Versace bergaya lut sinar sesuai dibawa ke pantai, manakala cantiknya rekaan di Burberry, menyebabkan rakan sepejabat anda cemburu  dan tidak senang duduk.

[thb_gap height="40"]
[thb_gap height="40"]

Related posts

Berapa Beg Tangan Perlu Anda Miliki?

admin

Kate Spade New York Unveils Limited-Edition Valentine’s Day Capsule Collection

adminwm

Rama-Rama Metafora Perjalanan Kehidupan Malaysia Dalam Pandemik

admin

Leave a Comment