GAYA HIDUP

VE Hotel & Residence Pilihan Tepat

Terletak ditengah-tengah kesibukan ‘Central Business District’  yang baru berkembang di Bangsar South, Hotel VE & Residence sememangnya pilihan yang tepat buat mereka yang inginkan penginapan yang selesa tanpa perlu bergerak jauh untuk menikmati kemudahan yang tersedia.

Memiliki 432 buah bilik yang moden dan chic, Hotel VE & Residence amatlah sesuai untuk mereka yang bergelar ‘business traveller’ atau sekadar bercuti bersama keluarga. Hotel ini juga memiliki dua jenis penginapan yang berbeza iaitu bilik hotel atau apartment servis.

Bagi mereka yang memilih untuk menginap di apartment servis, peralatan dapur yang lengkap disediakan sekira ingin memasak. Selain itu,  hotel ini juga memiliki kemudahan yang lengkap seperti restoran, kolam renang infiniti dan juga bilik persidangan.

Infiniti pool

Gimnasium untuk yang ingin kekal aktif

Satu lagi kelebihan hotel yang terletak ditengah-tengah Bangsar South ini ialah, terdapat segala kemudahan yang diperlukan. Antaranya adalah perkhidmatan LRT Putra, pusat membeli-belah KL Gateway, lokasi selera, supermarket dan juga institusi-institusi perbankan.

Kesimpulannya, VE Hotel & Residence merupakan persinggahan ideal buat setiap pengunjung!

Related posts

Melawan Haba Dan Cuaca Panas? Ini Beberapa Langkah Menyejukkan Ruang Kediaman
Tanpa Penghawa Dingin!

adminwm

MERAIKAN KEMENANGAN PARA PEMENANG OLIMPIK KULINARI 2024 MALAYSIA

adminwm

Makan Malam Gala Jubli Perak Ulang Tahun MAHO Ke-25 Berlangsung Gemilang dan Mengujakan

Afiza Kamarulzaman

Leave a Comment