FESYEN

Yans Creation Menyerlah Pure London

Yani Bakhtiar, pereka fesyen daripada jenama yang tidak asing lagi  Yans Creation antara yang membekalkan pakaian di Pure London. Katanya, “Di sini kami dapat bertemu dengan pembekal pakaian, beg, aksesori, skaf dari seluruh dunia. Pembutik dan ‘buyer’ dari pusat membeli belah daripada pelbagai negara akan turun membeli sesuai dengan selera pembutik itu.

“Hampir semua pembekal negara luar sudah mempunyai cita rasa pemilihan warna, jenis kain dan kualiti jahitan, jika dibandingkan dari negara kita, 10 peratus kita 90 peratus mereka. Walaupun demikian kesempatan ini bagi pendapat saya boleh membangkitkan semangat kita untuk belajar setanding dengan kualiti pembekal-pembekal lain yang bertaraf antarabangsa.”

Katanya, Matrade adalah badan kerajaan yang sentiasa mencari peluang untuk kita dapat memasarkan produk Malaysia ke dunia antarabangsa.

“Dengan itu saya yang juga pembekal di Malaysia mengambil kesempatan yang diberikan Matrade kepada Yans Creation, untuk kali ketiganya mengikuti trade ini. Bermula bulan Februari 2017 masa itu saya terpegun melihat perkembangan fesyen yang mana saya tidak pernah menyaksikannya. Dan Alhamdulillah ketika itu saya sudah pun dapat ‘buyer’ dari kota Birmingham London dan kali kedua di Februari 2018. Alhamdulillah dapat tiga ‘buyer’ dari negara Arab, Nigeria dan dari London. Masa itu segala komplain daripada mereka saya catat. Misalnya leher terlalu sempit (saiz leher orang putih kena besarkan seinci, labuhnya dua inci dan Alhamdulillah saya dapat buyer dari Iran, London dan Dubai.”

Jenama lain yang turut serta di Pure London kali ini selain Yans Creation ialah, Sharina, Victoria Sloane, Bokitta dan Modestrove.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” image=”7304″][thb_gap height=”40″]

Related posts

Hulurkan Kasut Hulurkan Kasih

adminwm

Holiday Plans

adminwm

Aidilfitri Bersama SHEIN dan Iman Troye

adminwm

Leave a Comment