FESYEN

Carter’s, Jenama Pakaian Kanak-kanak Comel dan Berkualiti

Tidak disangkal bahawa ibu bapa sanggup meluangkan masa untuk membeli-belah pakaian yang comel untuk anak-anak mereka. Namun demikian, ia tidak bermakna si kecil akan selesa mengenakan pakaian tersebut. Peka dengan perkara ini, Carter’s menyediakan jalan penyelesaian bagi ibu bapa yang sentiasa mencari kelesaan dan rekaan menarik untuk kesayangan mereka. Koleksi selesa dan menawan Carter’s, khusus untuk si kecil, memastikan ibu bapa tidak perlu menghabiskan masa yang lama untuk mendapatkan pakaian yang sesuai.

Dengan Carter’s kini telah bertapak di Malaysia, ibu bapa boleh mendapatkan pakaian berkualiti tertinggi dan paling selesa untuk bayi yang baru lahir sehingga yang berusia 24 bulan.

Carter’s membuka rangkaian sulungnya di Malaysia menerusi konsep kedai-dalam-kedai yang  bertempat di Parkson Elite Pavilion KL. Ibu bapa juga boleh mendapatkan koleksi pakaian Carter’s menerusi laman Lamalolly.

Carter’s merupakan jenama pilihan bagi bakal ibu bapa dan ibu bapa muda kerana ia menyediakan pilihan meluas pakaian selesa dan comel bagi si kecil. Rekaan pada produk- produk Carter’s adalah berdasarkan warisan kualiti dan inovasi kerana Carter’s percaya zaman kanak-kanak adalah suatu yang perlu diraikan. Corak dan rekaan yang berwarna-warni pada koleksi Carter’s diilhamkan oleh rasa gembira dan kasih-sayang yang dibawa oleh anak-anak ke dalam kehidupan. Oleh itu, dengan pakaian Carter’s, bayi anda akan sentiasa berasa selesa dan dilindungi.

Rekaan, material berkualiti dan hasil pakaian Carter’s diinspirasikan oleh kegembiraan zaman kanak-kanak. Oleh itu, ibu bapa di Malaysia boleh mempercayai Carter’s untuk memenuhi keperluan pakaian dan keselesaan anak-anak, membenarkan mereka bebas untuk memberi tumpuan kepada perkara lain yang lebih penting – meraikan anak kecil mereka.

Carter’s mahu berkongsi kasih-sayang dan kegembiraan yang terbit bersempena pembukaan rangkaian fizikal pertama Carter’s di Malaysia bersama ibu bapa di luar sana. Carter’s menawarkan pelbagai pilihan produk yang membolehkan anak mereka kekal selesa sepanjang hari. Tambahan popular seperti pek pelbagai disediakan pada harga berpatutan dan memudahkan ibu bapa. Ia didatangkan dalam pelbagai pilihan corak dan rekaan yang sesuai untuk bayi baru lahir sehingga yang berusia 24 bulan.

Manakala set Playwear Carter’s adalah pilihan sempurna bagi ibu bapa yang mencari pakaian yang mudah dipakai. Ia didatangkan dalam pelbagai pilihan siluet dengan pelbagai potongan dan perincian menarik. Selain itu, rekaan set bermain ini mengkhusus pada rona-rona ceria dan corak eklektik.

Set pakaian tidur Carter’s juga satu lagi pilihan popular. Set yang amat selesa ini mampu memberikan anak-anak anda pengalaman tidur yang terbaik. Dengan pelbagai pilihan warna dengan corak-corak yang menggembirakan, set ini didatangkan dalam pelbagai pilihan rekaan dan material seperti kapas, poliester dan microfleece.

Related posts

Koleksi Terbaru Hasil Kolaborasi Jenama Pakaian Sukan dan Personaliti Terkenal

admin

Pereka Fesyen Dan Muse Yang Menginspirasi – Dato’ Sri Bernard Chandran

admin

Cartier: Into The Wild

adminwm

Leave a Comment