COVER STORY

WIRDA/MAHANI TOGETHER WE CAN MAKE A DIFFERENCE

Jangan sesekali berfikir untuk berhenti dari apa yang telah kamu usahakan selama ini, kerana langkahmu sudah terlalu jauh untuk menyerah.

Kata-kata di atas mengembalikan semangat saya untuk bangun daripada sepi dan pilu. Dua ribu dua puluh tiga, tahun yang tidak beberapa berpihak kepada kami sekeluarga. Langkah kami pun tidak jauh, rumah hospital, itu sahaja. Kaki tidak lagi ke KLCC atau Pavilion yang pintu-pintunya terbuka luas bagi menjamu mata dengan aneka isinya yang sedap dipandang. Kadang teringin mengopi di Paul, Pavilion, tempat kami selalu lepak. Tetapi tak mengapa, hidup ada indah dan kelabu, ada riang dan sepinya. Kerana ada perkara besar yang lebih diutamakan; bila kita menjadi peneman kepada kepada orang yang sakit, itu adalah sebaik hadiah untuknya. Dan saya bangga kerana dapat berbakti sebagai isteri sehingga ke akhirnya, tidak sekali mengabaikan tanggung jawab bagi menyenangkan hatinya.

Tiba masa dia pergi, kami redha. Dalam waktu empat bulan 10 hari saya tidak ke mana langsung, sehingga kekok memandu bila saya sudah dibenarkan keluar rumah. Begitu pun seolah kerjaya juga mencuit hati ini untuk melepaskannya sekali. Bila terpaksa saya menulis tetapi separuh hati. Jiwa ini tidak berapa tenteram, minat yang dulu mendalam seperti ditarik-tarik keluar dan mahu bebas. Hatta, laptop dipasang, kemudian dipadam. Saya di dalam satu keputusan untuk menyerah kalah. Tambahan bila rakan kongsi, Mahani Awang juga diuji dengan masalah kesihatan. Kami tidak dapat bertemu seperti selalu, dan kami sama-sama tidak mahu menganggu kerana masing-masing menghadapi ujian yang perlu diatasi sebaik-baiknya. 

Begitupun Allah tidak akan menguji hamba melebihi kemampuan. Kewajiban setiap umatNya beriman kepada qada dan qadar. Dan berihtiar kerana ikhtiar hanya akan terhasil jika selari dengan qadar Allah. Memahami dan menyakini konsep ini dapat memberikan ketenangan dan keyakinan yang kukuh ketika menghadapi dugaan.

Satu persatu Allah angkat untuk dilepaskan. Mahani bertambah riang, badannya sedikit berisi sebab sudah mula berselera. Saya, Allah mengembalikan semangat yang seketika seolah hilang, DIA penuhi kekuatan fizikal dan mental.

Together we achieve more and together we can make a difference. Kenyataan ini tepat sekali, kerana bila kita bekerja seorang, kita hanya mampu membuatnya sedikit, namun bila bersama-sama, insyaAllah lebih besar hasilnya. Dengan berkolaborasi dan bergerak ke hadapan bersama, success takes care of itself. Many ideas grow better when transplanted into another mind than the one where they sprang up. Ini kami amat menyakinkan.. 

TUNGGU, SESUATU BAKAL MUNCUL TIDAK LAMA LAGI. 

‘Change the world?’ Mungkin, kerana ‘if you change nothing, nothing will change’. Saya suka dengan ‘qoutes’ ringkas, jelas dan tepat, ia sesuatu kita tahu dalam hati berkata ia adalah satu kebenaran tetapi kita sengaja abaikan, bukan membetulkannya. Hakikatnya, kita mesti arahkan ia ke jalan mengatasi masalah, kerana perubahan menghasilkan perubahan.

Siapa Wirda – Nazliah Hamid, teman sejati sampai mati.

Wirda, Very stubborn. Bukan sahaja saya yang cakap tetapi adik beradiknya juga mengakui kedegilannya. Tetapi berbeza dengan wanita lain yang saya kenali, yes, unlike any woman, she has the heart of an angel and spirit of a  warrior. She is everything all at once and too much for people who don’t deserve her. Wirda has faced nightmares as dark as midnight, but it only made her stronger. Love with her own heart and would do anything to keep her dear one safe and happy. 

Wirda tidak senang dengan manusia yang suka berpura-pura, yang tikam dari belakang, dan betray her, walaupun sekali terkena dia tidak akan mahu bermain dengan permainan yang seperti itu lagi. Satu yang saya sedih kerana ada juga antara kawan-kawannya, maaf cakap lah some are fake, manis di depan mengata di belakang.  

Wirda bila dia terlalu marah, tindakannya luar biasa yakni terus membisu. Kalau dia tidak lagi bercakap, telefon pun tidak berjawab malah hilang dari radar mahupun menjauhkan diri itu tandanya dia tidak boleh dipujuk lagi. Katanya bila tahap marahnya sampai ke hidung, justeru dia terus membisu. Dark side of her, never underestimate her silence.

Saya ada terbaca satu rencana mengenainya, ‘Finding a girl like Wirda happens once in a lifetime. And you will never be able to forget her. She’s the type of person who can face her problem alone but will do anything to make sure her loved ones don’t have to do the same. She doesn’t sugarcoat or beat around the bush because she would rather be brutally honest than one of those fake nice people. You never find a bigger heart in the world. If you are loved by her you’re lucky but never take advantage of her kindness. Her anger is dangerous once her trust is broken.’ 

“Wirda, you play an essential role in many people’s lives and you are often under stress, but you smile, even when you’re exhausted.” 

Nora Muhamad –   teman dan rakan perniagaan.

Wirda sebagai kawan, I must say she is a warm hearted, simply genuine dan mudah diajak berbincang. Tetapi dia punya cara dan gaya tersendiri, kalau tidak suka dengan caranya, dia tidak kisah tapi tidak juga marah. Buatlah apa yang kamu suka, this is my way and my style, gosh that’s her. “I will never change to fit in, I will be exactly who I am,” katanya. And the right people will always be by her side. Alhamdulillah.

Kami rajin juga berbual dikala habis tugasan. Banyak yang mahu dicerita dan dibincangkan. Saya rasa saya amat faham dirinya dan dia juga dapat faham cara saya. Dia terima kekurangan saya dan saya juga menerima kelemahannya. Lagipun kita manusia ada kala terkasar bahasa, ada ketika tersilap kata.

Saya seorang yang bila bekerja perlu teratur, tersusun dan terperinci dalam semua hal. Orang tahu bila saya bekerja saya akan buat kerja sampai habis, dan dalam apa pun keadaan saya akan siapkan. Dalam sakit saya bangun untuk menyiapkan sehingga selesai, forget about cuti, nor attending kenduri jauh sekali parti. Kadang bila saya tengok dia relaks, saya risau. Tetapi dalam kita rasa dia macam tidak kisah, yang dihasilkan baik sekali.

Semangat juangnya tinggi, she radiates love and doesn’t give up, anchoring to her friends and family.

Tahniah WM kerana telah mendapat pembaca seramai sejuta bulan April ini. Saya percaya majalahwm.com akan bertambah maju dari bulan ke bulan dan tahun ke tahun. Dan saya berharap rakan-rakan dan peminatnya di luar sana terus menyokong usahanya untuk meneruskan platform yang dikendalikan. Jom kawan-kawan, rajin-rajinkan diri melayari majalahwm.com kerana di situ pelbagai ilmu dapat dimanfaat sama ada di dunia mahupun di akhirat. Saya tahu Wirda is passionate about her life as a writer, lantas jangan kita dinginkan minatnya untuk tidak menyokong usahanya ini. Take a little of your time to read and digest whatever you have read. Wallahualam.  

Bill Keith – Designer

You all were the one who has made and led me to where I am today, dan aku tidak akan melupakan itu semua. Right from the bottom of my heart, I have tattooed all your names including Huzz that has been there to support me all these years. I shall not part with all the kind gestures and kind thoughts.

Aku sayang kau orang kerana semua itu. Sekalipun kita jarang bertemu tetapi ketahuilah you are everyday in my thoughts. You have been riding together in my journey as a designer. With much appreciation, I wish you all well and in good health always. 

MATI HIDUP KEMBALI – TOGETHER WE CAN MAKE THE CHANGE! – Mahani Awang 

Not me! Jerit hati saya. How could this be? Sungguh tidak adil! Sebaik berada di dalam kereta, saya meraung sekuat-kuatnya tapi yang kedengaran hanya keluhan hati yang remuk dan jantung yang masih berdenyut tak menentu. Buat saya semakin lelah dan sesak untuk terus bernafas. 

Kerana tidak ditemani sesiapa ketika itu, saya melayan rewang fikiran yang terbang jauh entah ke mana. Pendek kata, jauhnya hingga nampak liang lahad dan macam-macam terbayang di depan mata. Suami, anak-anak, cucu yang lima itu, kakak dan adik-adik juga semua sanak saudara serta kawan-kawan yang sentiasa meriuh dan menyerikan hidup saya menyapa seribu perasaan.

Saya ingat saya kuat. Cukup kuat dan tabah. As always, I’m quite positive about many things in life despite being challenged by the creator many times. Saya bangun, saya jatuh, saya bangun lagi, cuba dan dalam banyak hal, akhirnya berjaya. I’ve been through most of those obstacles. Memang kehidupan ini tidak lari daripada kekalahan tapi yang ini saya kalah teruk. 

Rupa-rupanya saya tidak sekuat mana seperti yang saya fikirkan. Apa yang dijelaskan oleh pakar jantung tentang penyakit saya itu sesungguhnya satu tamparan hebat dan buat saya terfikir dan bertanya-tanya sendiri, is this the end? 

Gejala kebocoran injap mitral jantung itulah penyakit saya. Ia banyak bergantung kepada tahap kebengkakan injap. Dalam kebanyakan kes, kebocoran injap mitral jantung hanya mengalami sedikit gejala atau langsung tiada gejala. Namun dalam kes saya, sekatan bekalan darah daripada injap mitral agak teruk, dan membuat saya sering kesesakan nafas, terutamanya selepas bersenam atau menaiki tangga, kekurangan selera makan, palpitasi jantung, rasa degupan jantung pantas tidak menentu dan adakala berdebar-debar.

Menurut pakar, kebocoran injap jantung saya disebabkan oleh pampasan apabila kekurangan kuantiti darah dalam organ. Gejala itu membuat saya mengalami kebengkakan jantung. Ketika ia berlaku jantung perlu mengepam darah ke seluruh badan dengan lebih kuat. 

Dari semasa ke semasa, keadaan ini akan melemahkan jantung. Kelemahan jantung inilah yang menyebabkan pengurangan keupayaan jantung saya untuk menginjap, dan terjadilah sesak nafas. Ini akan menyebabkan pulmonari edema diganggu dan mengancam nyawa. 

Terngiang-ngiang di telinga apa yang dikatakan oleh doktor sebelum saya bangun dan menutup daun pintu biliknya, sambil merenung belas dia berkata, “I’m so sorry for you puan, yours is quite a sad case. No cholesterol, not a diabetic, just a slight blood pressure and other results are good too except your heartbeat… so irregular and slow,” as if she was confuse too, just like me why it has to happen.“Other than that you are healthy,” tambahnya lagi.

Memang saya sihat. I jog three to five kilometres (sometimes), four to five times a week dan saya juga masa muda kerap bersenam robik dan jaga juga pemakanan. Sejak muda saya jarang sakit, lebih-lebih selsema, batuk, demam, senak perut atau gastrik kerana selalu kejar deadline hingga terlupa makan dan jika diwadkan pun kerana melahirkan anak. Sepatutnya saya sihat. Tetapi itu kata saya, Allah has his plan dan perancangan tersendiri untuk saya lalui.

Saya masih terbayang wajah doktor itu, sambil terhenti-henti berkata beberapa ketika, mungkin mencari ayat sesuai untuk diluahkan. “Hmmm! and you have to go through this,” saya hanya mampu senyum pahit, dia tetap merenung tepat ke muka saya, “But you don’t have to worry, the technology now is good and so advance. Trust me, it’s ok we’ve seen worse and you will be ok. Don’t worry, ok, we can fix it.”

Entah kenapa bibir saya mengiyakan. Yes, fix it! Tapi jauh di lubuk hati, saya tahu, it is far from ok to be cut open. An open heart surgery is not my option! Walau terpaksa saya tidak mungkin setuju. Apapun saya berterima kasih padanya kerana cuba memujuk dan menyejukkan hati saya dari awal lagi dan saya suka sikapnya yang berterus terang.

Dalam pada itu, saya redha, saya ciptaanNya dan mutlak saya miliknya. Qada dan qadar itu milikNya jua. Ya, Allah, perbuatlah apa sahaja jika tidak kerana redha dan rahmatMu, tidak mungkin aku terus bernafas dan mampu berdiri lagi. Saya tahu saya perlu kembali kepadaNya dan meminta. 

Dalam mencari-cari itu banyaklah pengajaran yang saya temui dan saya mula faham apa itu hikmah di sebalik setiap musibah khususnya kala seseorang itu menghadapi saat getir kesakitan. Patutlah sering orang kata, sakit itu penawar dan penghalang dosa. Barulah saya benar-benar faham apa sebenar yang dimaksudkan.

Seperti yang Allah perjelaskan, sakit itu penghapus dosa dan setiap rasa sakit yang kita rasakan di dunia ini, ada balasan pahala untuk itu di akhirat kelak. Berpegang teguh pada keyakinan itu, sedikit demi sedikit saya mula mengumpul kekuatan dan keyakinan diri yang masih tersisa. Saya belajar menepis bayangan-bayang negatif yang menerpa benak saya. I only choose positivity in many ways and in all circumstances. 

 Saya mula nampak jelas betapa Allah menyayangi saya dan membuat saya sakit supaya saya tidak leka hal-hal duniawi sahaja dan perkara-perkara yang boleh saja membuat saya terus terbuai dan terlalu banyak mengisi masa yang diberikanNya dengan hal-hal yang saya suka dan yang saya pilih sahaja. 

Saya belajar dan saya mula faham sedikit demi sedikit bahawa sakit itu untuk mengasingkan diri buat seketika, untuk benar-benar mengingatiNya dan mendekatkan diri kepadaNya sedara total.

Sepanjang waktu sakit dan dalam rawatan, saya sedar dan saya percaya sebahagian besar kekuatan dan azam saya untuk pulih dan ingin kembali aktif seperti dulu adalah atas dorongan ahli keluarga. Suami, anak menantu, adik-beradik serta saudara mara yang sentiasa membuat saya tabah dan tegar, “I must get well and take this challenge!”

Keluarga dan kawan-kawanlah yang banyak memberi dorongan dan rangsangan untuk saya terus tabah dan kembali back on my feet. Saya amat berterima kasih dan terharu dengan kehadiran rakan-rakan khususnya Wirda yang kala itu juga turut mengharungi saat getir kesihatan suami yang semakin menurun dan turut mengancam nyawa. 

Kini saya mula merasakan ‘nikmat’ sakit itu malah mensyukuri takdir yang Allah memilih saya. Maafkan aku wahai Maha Pencipta jika ada terdetik di lubuk hati sedikit kesal dan tidak redha dengan ketentuanMu dan terima kasih yang tidak terhingga for this second lease of life

Hasrat Dan Cabaran Kami

Pejam celik sudah lima tahun rencana pertama mengenai kami berdua, ‘Together We Are Stronger’.disiarkan.  Sejak detik majlis pelancaran yang sederhana di hotel lima bintang Palace of  Golden Horses itu, Wirda Adnan dan Mahani Awang berazam untuk mengangkat kegemilangan majalah online ini ke suatu tahap yang amat tinggi dan sentiasa relevan buat targeted viewers kami. 

Bagi kami majalah ini bukanlah sekadar warkah untuk dibaca bagi mengisi masa santai, berseronok dengan pengisian human interest, tetapi ia harus bermanfaat dan meninggalkan kesan yang mendalam di lubuk hati dan mempunyai intellectual discourse yang mencanai fikiran si pembaca menjadi matang, terangsang secara positif lagi berwawasan. 

Jika majalah WM yang diasaskan Wirda ini asalnya mewakili maksud ‘Woman Millennium’, sejak detik itu ia juga sinonim Wirda & Mahani. Yes, together we are stronger, itulah cogan kata yang membuat kami terangsang dan amat teruja untuk membuat yang terbaik dengan pengisian bermutu.

Sejak detik itu juga banyak yang telah kami lalui baik dari sudut home front, work, environment dan work ethics dan ekspektasi ahli keluarga serta masyarakat setempat dan juga global.

Setinggi dan hangatnya semangat yang sedang marak, setinggi dan sehangat juga cobaan yang kami lalui. Begitupun menguruskan majalah online tidak setinggi modal produksi publikasi cetakan, ia tetap menggunakan kepakaran yang hampir sama dan tidak mudah mengendalinya.

Musibah pandemik Covid-19 sedikit sebanyak melumpuhkan setiap sudut kehidupan dunia pada 2020 dan sebagai sebuah produksi kecil, kami juga terkesan terhadap perkembangan dan kelestarian majalah WM.

Terduduk kami dengan keadaan dunia yang kucar kacir, suram, seram dan paling menyedihkan syarikat gergasi media negara turut tutup kedai. 

What do we do? Do we rest the magazine for a while? Apakah kita juga patut gulung tikar seperti yang lainnya? Sudah tentu tidak!  So we both took the challenge. Keep on writing and producing human interest artIcles yang banyak berkait dengan pandemik dan keadaan semasa. 

Seingat saya masa itulah ramai wanita mencari resepi secara online, membeli belah pakaian dan barangan keperluan dapur malah membeli perabot pun secara online, a blessing in disguise. Rupa-rupanya bila terkurung di rumah masih-masing seronok membaca dan ber’shopping’ secara online.  Artikel yang kami tulis, tidak kiralah  topik hangat semasa masyarakat, bab agama mahupun makanan paling laris dipesan melalui Grab dan Foodpanda, hingga pentas fesyen Paris dan New York, kala pandemik memuncak  mendapat perhatian dan view fanbase MajalahWM.

Bersama Bangkit Dan Buat Perubahan

Menyebut perihal cabaran dan perubahan, kami berdua telah melalui pelbagai ujian sepanjang waktu lima tahun itu, and to cut the story short, Wirda kini bergelar nenek. Saya insyaAllah akan menimang cucu keenam pada hujung tahun.

Dalam pada saya tercabar bergelut dengan dugaan paling getir dalam hidup saya itu, Wirda pula pada ketika itu turut menghadapi hadapi ujian tersendiri. Kesihatan suaminya menghidap barah usus semakin menulur dan menjunam ke stage four. Wirda berulang alik ke hospital setiap hari, manakala saya juga dalam jangka waktu itu terbaring lelah dan bergelut dengan post treatment selepas pembedahan jantung.

Whatever, here we are! Me with my new lease of life yang Allah masih kurniakan dan Wirda walaupun kini bersendirian, we still have each other. Life goes on no matter what. Dengan bakat kurniaan Allah kami teruskan kehidupan. Wirda kini punya lebih banyak masa untuk ditumpukan pada penulisan sementara saya mula mengorak langkah dengan dorongan dan rangsangannya untuk terus aktif and move on.

Sekian lama tidak menulis ramai menyarankan saya menulis detik-detik dan kronologi getir perjalanan hidup saya setelah di’diagnose’ bermasalah jantung, bagaimana saya menghadapinya dan apakah petua yang boleh saya kongsi. InsyaAllah akan saya kongsi nanti di dalam WM akan datang.

Hampir setahun saya tidak mengetuk papan kekunci laptop. Sejujurnya ini adalah artikel pertama yang saya tulis menggunakan laptop antik saya ini sejak saya keluar hospital. Itupun saya temui setelah berminggu mencari. Rupa-rupanya sudah menjadi new toy cucu-cucu saya. Mujurlah tidak rosak dan masih boleh saya gunapakai lagi.

Menyentuh sedikit tentang support system, saya bertuah kerana mempunyai suami, anak-anak dan ahli keluarga terdekat yang amat penyayang serta prihatin menyokong dan membantu dalam proses pemulihan. Tanpa sokongan moral yang mereka berikan, saya tidak tahu di mana saya berada ketika ini. Mungkin terus lelah dalam keadaan yang entah bagaimana.

Satu lagi ingin saya pesan pada semua di luar sana, kawan-kawan juga adalah penyeri dan pendorong dalam hidup kita. We can grow and we can fall with friends. Jika anda miliki teman yang sentiasa berada di sisi dalam apa jua keadaan, maka peganglah tangannya erat-erat. Jangan sesekali dilepaskan. 

Nasihat kami untuk semua pembaca 

Ketika kamu gagal dalam sesuatu perjuangan, itu bukan bermaksud kamu harus menyerah dan berhenti berusaha Terus percaya dan berusahalah sehabis mungkin untuk meraih cita-cita. Jika kamu ingin masa depanmu menjadi lebih baik, maka bersusah payahlah mulai dari sekarang. Tahap kejayaan seseorang sangat dipengaruhi oleh betapa kerasnya perjuangan yang sudah mereka lakukan.Abaikan saja orang lain yang meremehkan usahamu. Tetapi, jangan pernah sesekali kita meremehkan diri kita sendiri.

Oleh: Wirda Adnan dan Mahani Awang

Gambar: Mohammad Irham Asrullizam
Solekan: Rossa Talip menggunakan alat solek Note Cosmetic, Turki
Penyelaras: Nora Muhamad
Pengarah Seni: Rossa Talip
Pakaian: Koleksi Vintage, Mahani Awang

Related posts

Food Is Like Love – Illiana Zakaria

admin

Perkahwinan Termahal, Termewah Di Dunia Putera Abdul Mateen dan Dayang  Anisha Rosnah

adminwm

Selamat Pengantin Baru IMTIAZ & ELISA

admin

Leave a Comment