Sejujurnya saya tidak dapat lari daripada bercerita hal ini, mengenangkan tarikh hari ini ialah 2 November. Dua hari bulan November adalah tarikh yang dipilih arwah suami untuk kami diijabkabulkan kerana tarikh ini adalah tarikh hari jadinya. Akan tetapi adat di kampung saya, hari Jumaat tidak diadakan sebarang majlis sekalipun pada sebelah petangnya. Maka terpaksalah diadakan pada 3 November majlis akad nikah dan resepsi. Jadi dua hari berturut-turut menjadi tarikh significant baginya.
Tanggal 2 November 2024, tidak seperti selalu, dengan mengenakan serba hitam, sebelum matahari sempat terbit, mujur kedai menjual bunga sudah dibuka, saya membawa diri ke pusara sendirian. Saya tahu kalau menunggu anak-anak, entah jam berapa baru sampai, kalau jam 12 tengah hari baru hendak bertolak, saya tidak mampu hendak berlama-lama dek panas terik yang akan membakar muka. Jadi saya beranikan diri ke tanah perkuburan Bukit Kiara di awal pagi. Mungkin yang terawal berada di situ. Assalamu’alaikum yaa ahlad diyaari minal mu’miniina wal muslimina wa innaa Allaahu bikum laa hiquuna. As-alullaaha Lanaa wa lkumul’as aafiyata.
Surah Yasin disedekahkan, dan bercerita saya dengan arwah akan keadaan semasa. Sayu memberitahu inilah harijadinya yang pertama kami tidak dapat berkumpul makan-makan bersama. Teringat hari jadinya yang ke 58 diraikan di hospital. Kek yang kami bawa, dimakannya hampir habis sekeping. Awal katanya dia tidak berselera tetapi tiba-tiba dia minta dan makan. “Sedap, nanti potong sikit lagi ya, malam daddy nak makan lagi,” pesannya pada Janna. “Pandai Janna pilih kek yang daddy suka.” Saya merenung Janna, dalam hati bila pula daddynya suka kek selain butter cake yang dibake oleh ibunya. Tapi saya diam sahaja. Syukur dia berselera kerana sudah beberapa hari yang masuk ke perutnya hanyalah sesudu bubur nasi.
Dan hari itu juga dengan gembiranya dia memberitahu menantu-menantunya yang hari jadinya sama dengan Shah Rukh Khan, malah dilahirkan pada tahun yang sama juga dengan pelakon Bollywood itu. Sempat berseloroh, “susahlah kau orang nak lupa hari jadi daddy, sebab sama dengan SRK. Janna dan Lisa mengiakan. Bila pulang ke rumah, Imtiaz pula yang bertanya saya, “Mummy siapa Shah Rukh Khan itu? Saudara daddy ke, without knowing yang SRK ialah pelakon Bollywood paling terkenal di dunia. Dua-dua anak saya tidak pernah minat Bollywood.
Ya, bagi ayah Tisham dan Imtiaz, hari jadi adalah hari yang penting untuk diraikan. Dan dia akan kecil hati bila dua anaknya itu lambat mengucapkan hari jadi padanya. Dan sesibuk macam mana pun, arwah akan meluangkan masa untuk bersama kami. Kadang kami makan di luar tapi dia lebih suka berkumpul di rumah. “You tak payah masak, I order food.” Dan yang menariknya arwah di samping menerima hadiah yang tidak sebeberapanya daripada kami, dia juga akan memberikan some little gift pada kami semua. Tidak mahal mana tetapi jam berjenama yang saya terima pada hari jadinya dua tahun lalu tali kulit putih seolah memberitahu diri ini, inilah hadiah terakhir daripadanya. Saya juga teringat dia memberikan sebahagian daripada wang insurans yang diterimanya. “Simpan ni, bila i tiada, dapatkan sesuatu paling berharga buat you sebagai kenangan kita hidup bersama. Yang lebih untuk buat haji Badal untuk I sekiranya I tidak sempat ke Mekah, kalau kesihatan ini tidak mengizinkan. Namun I percaya I akan sampai juga ke sana sekali lagi. Maaf katanya, dengan air mata berlinangan, masa you buat Haji I tidak ikut serta sebab mummy dan daddy tak sihat. So one of us has to be around kerana kalau apa-apa terjadi, I atau you yang menguruskan. Apa pun I akan lawan sakit ini sehinggalah Allah memanggil I untuk selamanya.”
Mungkin juga sebab itu arwah tidak pernah mengadu sakit jauh sekali to give up, kerana itu juga kami anak-anak macam tidak percaya hari dia berangkat ke hospital Jantung di Serdang, itulah hari terakhir dia di rumahnya ini. Dan sebulan di sana, saya juga mengambil kesempatan membaiki dan mengecat ruang bilik bawah kerana setelah bilik dari hospital HKL di bilik yang kecil itulah tempat tidur kami kerana dia tidak berdaya memanjat tangga ke bilik di atas. Kami mahu dia pulang dalam keadaan yang lebih cantik dan selesa.
Saya tahu semenjak cucu pertamanya Sheraaz lahir, dia lah atuk paling gembira. Sudah tiada lagi cerita lain setiap hari, walau balik tengah malam, dan saya yang tidur akan dikejutkan hanya bertanya tentang Sheraaz. “How is Sheraaz today, dia orang ada datang?” Dan kalau mama dan daddy Sheraaz tidak sempat mengambilnya dari daycare dadanya orang yang paling gembira dapat menjemputnya. Itulah masanya dia berbual-bual dengan cucunya dan mengambil jalan jauh untuk sampai ke rumah. Dia tahu cucunya, seperti anak-anaknya suka sangat kereta. Adoi daripada tuk arwah hinggalah cucunya dunia mereka adalah kereta dan kereta.
Sayang, Sheraaz sudah ada adik perempuan seorang lagi. Namanya Eeman Edrina. Lahir bulan lalu pada 1 Oktober 2024. Pasti kalau you ada you akan kata, rupanya lebih mirip mummy, lebih Pakistan daripada Melayu. Oh ya. I teringat you kata I rasa bersalah sangat sebab tidak sempat nak bermain-main dengan Esra. You kata kalau dah baik sikit, you nak ke kedai emas dan hadiahkan dia gelang emas. Ya Esra Ayesha sudah mula bercakap dan sayang pada sangat pada adiknya. Begitu juga Sheraaz, pandai sekali dia melayan kedua adiknya. I percaya kalau you masih ada, adoi memang you tidak ada cerita lain kecuamli tentang mereka. Sehari sebelum hari ini sewaktu Tisham dan Imtiaz mengatakan hendak ziarah kubur, Sharaaz yang ketika itu sedang bermain tetapi barangkali memasang teling, bangun terus memegang tangan daddynya, “I love Dada, I missed him so much, tomorrow please take me to kubur with you.”
Sayang, hari ini I nak beritahu you, your two sons especially Ihtisham are so into cars. Just like you, lepak malam dengan geng BMW, his friends now are all your friends. I rasa pasti you akan gembira kerana minat mendalamnya terhadap kereta kini diwarisi oleh anak you Tisham khasnya, dan ramai kawan-kawan you juga sudah mula menghantar kereta mereka kepada Tisham. Macam you jugalah, melayan kereta lebih daripada isteri. Jangan ada sepasang kasut pun di dalam kereta kerana kereta mesti kemas dan bersih. Dan dulu bila teman-teman masuk ke dalam kereta I mesti mereka puji kereta I sentiasa bersih dan berbau harum. Upp, hari ini, tidak berjaga sangat. Daddy you mesti sedih, kereta yang dia hadiah untuk menantunya ini, sudah tidak berkilat seperti dulu. Well it is not my fault, as I only know how to drive and isi minyak, the rest I leave it all up to you.
Sayang, pasti you hendak tahu bagaimana keadaan daddy dan mummy you. I dan anak-anak masih ingat pesan you. You kata kalau you sudah tiada, tolong tengok-tengokkan mummy dan daddy.”
Sayang keadaan mummy dan daddy sudah tidak seperti dulu lagi. They are still grieving,
I can feel that. Sejak you pergi, daddy lebih suka menyendiri, tidak lagi banyak cakap malah bila kami ke rumahnya dia lebih banyak berdiam. Berat badan daddy juga susut, kata mummy dia lagi tidak berselera untuk makan, dan selalu ke pusara you. Mummy juga bila bercerita fasal you air matanya akan berlinangan. Mereka berdua sebenarnya belum boleh menerima hakikat yang you pergi terlebih dulu daripada mereka. Mummy mulutnya tidak lekang berzikir menghadiahkan pahala itu untuk you.
Mummy juga sudah tidak larat masak, dan makanan yang dibeli juga kadang tidak dijamahnya. Mummy selalu tidak berselera, tetapi sesekali dia kuatkan semangat, katanya bila dia teringatkan anaknya suka makan ini itu, lalu dia bangun memasak dan minta kami datang mengambil makanan. Kadang rasa malu orang yang sakit menghantar makanan kepada orang yang sihat. Tapi bila dia tahu Tisham dan Imtiaz enjoy her cooking, hatinya terubat dan seronok kerana dulu-dulu yang menyeronokkan dia bila melihat you makan dengan amat berselera makanan yang dimasaknya. Dan tentulah makanan masakan seorang ibu yang paling sedap pada anaknya.
Sayang, setelah I balik dari kubur tadi, I terus ke rumah mummy. Menyusul Imtiaz dan Lisa yang terlebih dulu singgah menziarahi you sebelum ke rumah dadinya. Begitu juga Tisham, datang sekeluarga dan memperkenalkan anak ketiganya Eeman kepada onyangnya. Selepas itu menyusur ke pusara. Nampak air mata mummy berlinangan, antara suka dan duka. Suka melihat kami semua tidak lupa untuk bersamanya pada hari jadi you di rumah mereka, apa lagi yang boleh menggembirakan seorang ibu dan bapa melihatkan anak-cucu dan cicit berkumpul beramai-ramai lebih-lebih lagi pada hari yang paling penting dalam hidup kita. (pasti daripada didikan ibu ini yang dulu suka membebel mengingatkan betapa pentingnya tali silatulrahim. Anak-anak kalau tidak dididik demikian rupa, akan cepat lupa tanggungjawab mereka).
Mummy daddy juga sedih sepatutnya dalam kegembiraan makan bersama hari itu, sepatutnya you ada bersama.
Sayang, namun 20 hari lagi daripada tarikh hari ini, adalah peristiwa yang paling memilukan pada daddy mummy, isteri dan anak menantu you dan seluruh ahli keluarga, sepupu-sepupu tempat you berlawak dan bercerita, serta kawan-kawan you yang ramai itu, kerana tarikh 22 November 2023 adalah tarikh yang sungguh memilukan dalam hidup kami semua. Dan telah ditentukan olehNya, pada hari itu setahun yang lalu, maka berakhirnya hayatmu dan kembali kepada sang Pencipta. Kami juga akan sertai entah bila hanya Allah sahaja yang tahu, wallahuaklam.
Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa/fu anhu, wa akrim nuzulahu wa wassi’ madkhalahu waghsilhu bil-ma’i wath-thalji wal-baradi wa naqqihi min al-khataya ka ynaqqath-thawb al-abyad min ad-danas.
Ya Allah, ampunilah almarhum, berilah dia rahmatMu, kesejahteraan serta maafkanlah kesalahannya dan tempatkan dia di tempat yang mulia (syurga), luaskan kuburnya, mandikan dia dengan air, salju dan air ais.
Al Fatihah buat arwah Mohd Hisham Idris (2 November 1965 - 22 November 2023).